Jumaat, 24 Julai 2015

SIAPA WATAK UTAMA





KENYATAAN MEDIA

Anwar: Ambil Tindakan Terhadap ‘Watak Utama’ Skandal 1MDB

Berikut adalah perutusan Anwar Ibrahim yang disampaikan melalui peguam beliau pada 22 Julai 2015:

“Pihak berkuasa akhirnya telah melakukan tangkapan berkaitan skandal kewangan 1MDB.

Skandal ini telah mendedahkan kepincangan urus tadbir dan rasuah di peringkat tertinggi kepimpinan BN yang amat mengejutkan, di mana Perdana Menteri sendiri didakwa terlibat.

Saya telah bangkitkan isu kepincangan urus tadbir dana 1MDB di Parlimen sejak 2009, tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan kerajaan mahupun Umno!

Kini negara menghadapi kehilangan berbilion ringgit dan rasa malu di kalangan masyarakat antarabangsa; nilai mata wang ringgit merudum dan keyakinan pelabur tergugat.

Ini mendatangkan kesan kepada kesihatan kewangan setiap rakyat Malaysia, dan BN mesti berikan penjelasan.

Walaupun beberapa tangkapan telah dilakukan, tidak salah untuk umum terus berasa curiga sehinggalah tindakan diambil terhadap ‘watak utama’ skandal ini.

Pihak berkuasa mesti bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti Interpol, kerana beberapa ‘watak utama’/saksi kini berada di luar negara.

Tindakan tegas mesti diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan para pelabur. Tiada sesiapa yang bersalah, tidak kira betapa tinggi kedudukannya, patut terlepas.”

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

23 Julai 2015




--------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pilih SATU jawapan nya
1/Mat Rempit
2/Mat Tolol
3/Mat Bahalol
4/Mak Kak Mah
5/BON BON