Khamis, 9 Julai 2015

TANGKAP DAN DAKWA






SIASAT MAKLUMAT WALL STREET JOURNAL, BUKAN MENGHUKUM PEMBERI MAKLUMAT
Pendedahan yang dibuat oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mengenai dakwaan terdapat dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang berkaitan 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat yang menuntut agar siasatan dan penjelasan dibuat terhadap tuduhan tersebut.
Namun, kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar hari ini bahawa polis akan menyiasat WSJ di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 kerana mendedahkan maklumat ini adalah amat mendukacitakan.
Siasatan ini seperti ingin mengalih perhatian daripada persoalan utama iaitu samada RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib. Sebaliknya, tindakan pantas IGP untuk menyiasat bagaimana dokumen tersebut boleh bocor adalah seolah-olah beliau lebih berminat untuk mencari kesalahan pemberi maklumat iaitu WSJ sedangkan siasatan terhadap 1MDB mahupun Najib Razak sehingga kini masih menemui jalan buntu.
Justifikasi yang diberikan oleh  Khalid Abu Bakar bahawa pendedahan dokumen ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi negara adalah tidak masuk akal. Malah, rakyat sepatutnya berterima kasih kepada WSJ yang mendedahkan kepincangan 1MDB yang wajar diberi tumpuan untuk mengelakkan lebih banyak ketirisan berlaku.
Ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa memberi tekanan terhadap pemberi maklumat tetapi intimidasi terhadap agensi antarabangsa seperti WSJ hanya merendahkan integriti polis dan memalukan negara. National Oversight and Whitsleblowers (NOW) ingin mengingatkan pihak berkuasa agar menumpukan siasatan kepada perkara utama dan berhenti daripada mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat.
8 JULAI 2015
MOHD RAFIZI RAMLI
AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif
National Oversight and Whistleblowers (NOW)



-----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu pun ada hati nak jadi 'Negara Maju' lagi 5 tahun..2020 ?

Maju terus menipu boleh la.

Haram jadah punya UMNO dan barua2nya.


Tanpa Nama berkata...

Tulah. Lain kali sapa2 jadi tok ketua jangan angkat penyapu atau haram jadahkan rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Bila undang2 wujud utk melindungi pemimpin lanun ni...ni lh jadi!yg membntu polis tngkp penjenayah yg dsiasatnya!! Engkau pikir ada negara nk berdagang dgn lanun ni?? Yg hancur lebur rakyat marhaenlh...ringgit jatuh, harga brg melambung naik...kerja rajin2 utk tujuan bayar cukai kt pukimak ni semua...jangan marah kalo kita dh marah!! Ape hadi pd semua diktator dunia... s