Rabu, 12 Ogos 2015

SOALAN UNTUK NAJIB RAZAK





 SOALAN UNTUK NAJIB RAZAK

Ketika tulisan ini digarap - Najib Razak a.k.a suami Rosmah Mansor sedang kepanasan. Najib Razak yang juga  Presiden parti United Malays National Organisation sedang diserang oleh ahli-ahli parti sendiri. Suami Rosmah ini sedang terkepong oleh perbuatan sendiri.

Serangan warga  Pagoh minggu lalu keatas  suami Rosmah amat-amat difahami.  Ketua parti Ketuanan Melayu bahagian Pagoh ialah Muhyiddin Yassin sendiri. Pastilah warga Pagoh marah kerana anak watan Pagoh telah ditendang keluar dari menjadi menteri kabinet. Justeru, mesyuarat bahagian Pagoh  telah digunakan untuk menyerang suami Rosmah dan mempertahankan Muhyiddin.

Pekara yang sama telah juga berlaku dalam mesyuarat bahagian Keluang. Malah suasana lebih memeranjatkan. Bukan sahaja kepimpinan suami Rosmah telah dipertikaikan. Malah sebuah  cawangan United Malaya National Organisation Keluang telah meluluskan ketetapan yang meledakan suasana. Cawangan ini mengajukan resolusi : Siapa beri arahan bunuh Altanytuya?

Untuk pertama kalinya satu cawangan United Malays National Organisation secara resmi telah membawa resolusi ‘Altantuya’  ke dalam mesyuarat resmi parti.  Nama Altantuya ini bersabit rapat degan suami Rosmah. Altantuya mengikut Akuan Bersumpah PI Bala adalah ‘Penyedap Najib’. 

Mengajukan resolusi ‘Altantuya’ bukan mencari pasal. Cawangan ini menimbulkan isu Altantuya ini secara sedar sebagai senjata ampoh untuk menyerang suami Rosmah. Ini satu serangan  berbisa  dari penyokong Muhyiddin Yassin.

Apakah ‘ resolusi Altantuya’  ini akan sampai ke persidangan agong parti Ketuanan Melayu - kita lihat dan tunggu. Apa yang jelas  pada ketika ini  bontot suami Rosmah sedang dibakar.

Minggu lalu  rakyat  Malaysia terbaca berita bagaimana suami Rosmah telah juga  dimalukan secara terbuka di Pasir Gudang Johor. 

MB Johor Khalid Nordin selaku tuan rumah  dalam ucapan pembukaan tanpa segan silu telah menyatakan bahawa  suami Rosmah yang juga Presiden Parti, yang juga Perdana Menteri - TIDAK ada jemputan resmi untuk datang bertandang ke Pasir Gudang. Suami Rosmah mengikut kata Khalid Nordin telah menjemput dirinya sendiri. Ini satu ucapan yang amat jobo.

Ucapan sademikian bukan satu tamparan tetapi  jelas sebagai satu tendangan dari Bangsa Johor  terhadap suami Rosmah.

Dari klip video mesyuarat Pasir Gudang kelihatan suami Rosmah berapi-api menjual propaganda BRIM. Sayangnya ahli parti  dalam dewan TIDAK  ambil pot. Luka bertambah sakit apabila suami Rosmah melaung bertanya ‘ nak BRIM lagi atau tidak?’  - tetiba ramai  yang menjawab ‘tidak’. 

Suami Rosmah yang telah dimalukan dengan 
Laungan ‘tidak ‘ ini telah cuba ‘berpolitik’ dengan menerangkan bahawa ada lagi kes yang lebih besar dari kes 1MDB. Kes syarikat kapalterbang MAS misalnya. Tetapi suami Rosmah enggan membuka kesah ini untuk menjaga parti kunun. Tetiba terdengar laugan  dari dalam dewan ‘ buka.. buka.bukalah pekong’.

Di Pasir Gudang, pada awalnya suami Rosmah diumumkan akan mengadakan sidang akhbar . Tetapi selesai memberi ucapan suami Rosmah telah lari keluar dewan tanpa menegok air. Sidang akhbar dibatalkan kerana suami Rosmah telah cabut lari. 
Semua ini bukan fitnah pembangkang. Semua ini bukan fitnah  dari Wall Street Journal. Semua ini bukan fitnah dari portal Sarawak Reports. Tidak ada agenda Yahudi disini. Ini adalah fakta  dan babak politik yang telah berlaku. Semua ini adalah serangan ahli parti  United Malaya National Organisation terhadap Najib Razak.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Apa yang sedang berlaku sekarang bukan satu pekara yang baru. Ini adalah sambungan dan rentetan dari beberapa babak yang terdahulu.  Pemain utama ialah Mahathir Muhamad bekas  PM Malaysia. Mahathir mahu suami Rosmah mengundur diri dari menjadi PM. Mengikut lojik Mahathir jika suami Rosmah terus menjadi PM dan memimpin United Malays National Organisation maka parti ini akan kalah dalam PRU14.

Prestasi dan keupayaan suami Rosmah telah diukur oleh Mahathir dalam PRU13. Terbukti dalam PRU13 suami Rosmah kehilangan  lebih banyak kerusi berbanding dengan Abdulah Badawi yang terkenal dengan tidornya. 

Mahathir Muhamad sedar jika United Malays National Organisation kalah dalam PRU14 maka  malapetaka akan sampai. Mahathir Muhamad sendiri, bersama  suami Rosmah dan kuncu-kuncunya  pasti akan ditangkap untuk didakwa. Jenayah Mahathir Muhamad ini tidak jauh bezanya dari jenayah yang sedang  dilakukan oleh suami Rosmah.

Hakikatnya : Mahathir Muhamad mahu suami Rosmah berundur kerana Mahathir mahu menyelamatkan dirinya sendiri.  Dalam strateji perang apa yang dirancang dan dicadang oleh  Mahathir ini adalah betul. General yang manai pasti akan kalah perang. Apatah lagi jika General ini takut pada bini.

Sebelum Muhyiddin dan Shafie Afdal digugur dari kabinet ada dua lembaga sedang menyiasat kes 1MDB.  Pertugas Khas Parlimen dan  SPRM telah secara rapi membuat siasatan. Umum mengetahui bahawa  tali jerutan siasatan ini semakin rapat ke leher  suami Rosmah. 

Beberapa sosok  penting yang bersangkutan dalam  SRC International ( anak syarikat 1MDB) telah hilang melarikan diri. Yang lain telah memberikan keterangan. Hakikatnya SPRM telah mendapat bahan bukti yang diperlukan. 

Hakikatnya - Pejabat  Peguam Negara telah bersedia untuk mendakwa suami Rosmah. Hakikatnya dakwaan pecah amanah keatas Muhamad Najib bin Abdul Razak. Pecah amanah kerana duit dari syarikat kerajaan telah masuk ke dalam akaun pribadi Muhamad Najib bin Abdul Razak. Khalas. Period.
Jangan silap faham - memang betul ada 2.6 bilion ringgit masuk ke dalam akaun suami Rosmah. Ini duit dari luar negara. Agak susah untuk dicari salasilahnya.

Apa yang disediakan sebagai asas  bahan dakwaan  oleh Peguam Negara ialah duit sebanyak 42 juta ringgit dari Syarikat  SRC International - anak syarikat 1MDB. Duit dari SRC telah masuk ke akaun suami Rosmah selewat awal tahun ini - sebelum kenduri kahwin anak Rosmah.

Justeru, empat  pegawai dari syarikat inilah yang telah lari menghilangkan diri. Dua diantara pegawai SRC International dikhendaki oleh Bank Negara. Mereka lari untuk menyelamatkan suami Rosmah.

Sebelum  surat dakwaan Peguam Negara  sampai ke tangan suami Rosmah  , dengan licik suami Rosmah telah menyerang balas. Rombakan kabinet dilakukan, Jawatan Pertugas Khas Parlimen ‘disabotaj’ dan SPRM diganggu  gugat. Peguam Negara dipaksa bersara. Pengarah SPRM ‘dicutikan’ ke Amerika.

Dengan sakelip mata suami Rosmah selamat. Apakah  betul suami Rosmah selamat? Apakah bangkai rasuah 1MDB dapat ditutup? 

Surat dakwaan keatas suami Rosmah dari pejabat Peguam Negara tetiba bocor.  Dengan pantas suami Rosmah berkata ini surat dakwaan palsu.

Yang menjadi lawaknya ialah ada pula ahli Majlis Tertinggi Parti Ketuanan Melayu menuduh semua yang berlaku ini adalah rancangan Yahudi. Ini  kerana Sarawak Report berpusat di London dan Wall Street Journal di New York. 

Tidak cukup dengan menyerang Yahudi  - lembaga SPRM mula diserang. Pegawai SPRM ditangkap, ditukar dan diugut. Semua ini dilakukan dengan niat agar siasatan keatas suami Rosmah dihentikan.

Sayang seribu kali sayang - semua ini tidak meredakan serangan terhadap suami Rosmah.  Face Book, Twiteer, portal berita dan blog terus menyerang. Lawak jenaka terhadap suami Rosmah makin menjadi-jadi dalam alam siber.
Akhirnya media baru telah berjaya memunculkan satu persepsi bahawa Najib Razak suami Rosmah tidak boleh lagi  di percayai. Suami Rosmah ini sedang membawa malapetaka kepada Malaysia. Malaysia  sedang  menuju ke arah ‘negara gagal’ jika Rosmah dan suaminya terus berkuasa.  Persepsi ini telah membeku dan menular luas.

Laporan berita  mesyuarat bahagian parti Ketuanan Melayu yang sedang berjalan  memperkukuhka lagi persepsi ini. Pegawai-pegawai  kerajaan mula melihat bahawa parti United Malays National Organisation ini semakin lumpuh dan wajib diganti. Orang-orang kampong mula bersembang ‘ kosong’  tentang Rosmah dan suaminya.

Najib Razak sedar akan bahaya  persepsi ini. Justeru minggu lalu dalam mesyuarat bahagian Bandar Tun Razak - si Najib ini merayu agar ‘ pejuang siber’ parti Ketuanan Melayu bangun menyerang mempertahankan Presiden Parti. Suami Rosmah ini bermimpi dan berharap ahli-ahli partinya  akan mengikut ‘perangai’ ahli dan penyokong pembangkang  yang terus menerus mempertahankan Anwar Ibrahim dalam apa sahaja keadaan.

Apabila suami Rosmah merayu dan bermimpi saperti ini maka umum melihat ini sebagai tanda-tanda  bahawa nafas suami Rosmah semakin sesak. Hari hari akhir semakin dekat.

Pada tahap ini - persepsi yang diwujudkan melalui ruang siber ini telah merebak dan mempengaruhi gulungan perniagaan. Nilai ringgit  berbanding dengan dolar semakin susut.   Disempadan Siam dan di Kota Jakarta - Pengurup Wang - telah mula enggan menerima ringgit. Mereka tidak mahu rugi kerana nilai tukaran ringgit terus merundum. 

Dalam masa yang sama di Bursa Saham Kuala Lumpur saban hari nilai saham jatuh beberapa mata. Semua ini memperkuatkan lagi persepsi bahawa suami Rosmah tidak  ada pilihan melainkan berundur.

Lalu timbul soalan untuk Najib Razak:

Najib Razak  telah menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa duit sebanyak 700 juta dolar bersamaan 2.6 bilion ringgit yang masuk ke akaun pribadinya itu sebenarnya adalah  wang derma. 

Ya ampon ya Maulana - jika duit ini duit derma kenapa tidak diumumkan pada hari pertama berita  ini meledak dalam Wall Street Journal? Kenapa baru sekarang hendak diterangkan?

Ya ampon ya Maulana - jika duit  2.6 bilion ringgit ini  wang derma kenapa pula Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdal ditendang keluar dari kabinet? (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45




-------------------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu benda yg nko tertinggal;

Hj hadi ketua lebai Pro kata: kemukakan 4 org saksi! Negara kita negara demokrasi, biarlah najib habis kan penggalnya!

Bahalulnya ulamak ini........biarkan dia habiskan penggalnya, khazanah negara pun akan habis lebai oooi!

NAJIB ADA PENYOKONG BAIK PUNYA......PARTAI PAIH!

DIDI KOTA BELUD berkata...

Mari belajar berbahasa...perkataan...BABI MELINTAS...dalam bahasa dusun...tumalip ie wogok....bajau....nyebrang bakas tu tauk....jawa...BABI MELAYU....eiii..jangan marah aku...ini peo javanese......bereti ..ayat sesuai untuk najib...ieeee...najib babi melayu saja jadi pm ni...dapat duit..chow chin chow...kau ini bagaimana..aku harus bagaimana..dia bagaimana..dia kayalah..kau dan aku...garu kayaplaaaaaaaaa.......kakkakakaka

Tanpa Nama berkata...

tt Najib dah sebut ada skandal besar di Malaysia Airlines berbanding 1MDB kat AGM Umno Pasir Gudang.

Kalo cam tu tolong telanjamg sama skandal Mas tu.

Bravooo .

Panglimo potaseh berkata...

Bilo nak sumpah bahawa ekau tak kona Jhlow?

kiedentech berkata...

Hadi anak awang ini ketinggalan keretapi dan berada di zaman batu. adalah mustahil untuk mencari saksi yang boleh dipercayai sekarang ini, oleh itu bukti fizikal dan kehadiran pelaau ditempat kejadian serta motif banyak digunakan untuk memudahkan keadilan ditegakkan

Tanpa Nama berkata...

Sapa yang percaya duit rm2.6 b adalah derma adalah manusia paling bangang lahir kedunia ini. dalam dunia ni mat salleh kata nothing is free, maknanya tiada apa yang percuma.Derma?pi mampossla....kah...kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

Tolong bagitau najib.
Woooi najib.. hang nak kencing bufak tadika boleh laa..
ini bijak pandai ada banyak tauu.... jng lupa , kau belajar habis sampai mana ye..