Isnin, 28 September 2015

AWAS JEREBU






BERHATi HATI

JEREBU LAGi



12 kawasan catat IPU tak sihat setakat 8 pagi

Keadaan jerebu di negara ini semakin pulih dengan hanya 12 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini, berbanding 20 kawasan pada 10 malam tadi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka dengan bacaan tertinggi 132, Samarahan (130), Bukit Rambai (124), Port Dickson (122) dan Kuching (177).Tujuh lagi kawasan dengan IPU tidak sihat ialah Seremban dengan bacaan IPU 115, Banting (108), Putrajaya (107), Muar (105), Pelabuhan Kelang (103), Nilai dan Jerantut masing-masing mencatatkan bacaan 102.
Sementara itu, sebanyak 28 kawasan mencatatkan bacaan sederhana dengan Cheras merekodkan bacaan tertinggi iaitu 100 diikuti Tanjung Malim (99), Shah Alam (98) dan Batu Muda (97)
10 kawasan mencatatkan IPU baik iaitu Kapit (50), Bakar Arang di Sungai Petani dan Kampung Air Putih di Taiping (42), Tanah Merah (41), Seberang Jaya 2 di Perai (31), USM (26), Langkawi (23), Pasir Gudang (22), Kangar dan Perai masing-masing mencatatkan bacaan 17.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.


JERAM TOI DI JELEBU
-----------------

Tiada ulasan: