Selasa, 29 September 2015

BUKAN KES RASUAH






BEBASKAN

KHiR TOYO
ini satu kes berat
ini kes aniaya
ini bukan kes rasuah
toyo beli rumah dan tanah
harga 3.5 juta ringgit
dari shamuddin hayroni

harga rumah dan tanah
di pasaran ialah 6.5 juta
saheh - ini bukan rasuah
ini kes melayu bodoh
beli harta mahal jual murah
shamsuddin hayroni bodoh
tapi bodoh bukan satu jenayah
khir toyo patut dibebaskan

GiGi
semua tanya tentang duit
mana khir dapat 3.6 juta
beli rumah dan tanah
woit
khir doktor gigi
dari umur 6 tahun khir
sudah kerja cabut gigi
sama macam rosmah beli cincin
dari kecik khir dah menabung
khir juga jual tempe

Khir Toyo dakwa dianiaya pemimpin UMNO


PETALING JAYA: Selepas dikekalkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan, bekas Menteri Besar Selangor,  Mohamad Khir Toyo tampil memberikan penjelasan terperinci mengenai kontroversi melibatkan dirinya.
Beliau mendakwa, seorang pemimpin UMNO menganiayai dirinya dengan mengupah jurugambar untuk mengambil gambar rumahnya menggunakan helikopter bagi menunjukkan kepada masyarakat kononnya rumah itu sebesar istana.
“Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya,” tulisnya panjang lebar di blognya.
Menteri Besar Selangor selama lapan tahun itu menjelaskan, sepanjang perbicaraan pihak pendakwaraya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah.
Katanya, secara asasnya unsur rasuah seharusnya dalam keadaan beliau mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd,  Shamsuddin Hayroni
“Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya.
“Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain

BELi BUKU iNI


-----------

7 ulasan:

azam berkata...

TT jangan jadi bodoh
Jual murah untuk dapatkan surat sokongan dapat projek adalah rasuah
serupa aku beli batu RM1bilion dari syarikat kawan aku guna wang syarikat yang aku cuma pekerja

Lebai Roger berkata...

Ini mesti gulungan berkuasa menggunakan khidmat arun din tak? Patut puji arun din kerana najibon bon tak bodoh sehingga mendapat derma masuk akaun peribadi 2.6 bilion beb, alangkah bodoh dan kerdilnya si toyol ni, songlap 3.5 milyon ja kena penjara lak tu! Jin apa agaknya najibon bon pakai, sedangkan jin toyol pun kena tangkap? Sapa tau tolong wassup mai!

panglimo potaseh berkata...

Ini contoh:
Jika MARA beli barang harga RM2,000 tapi MARA dengan murah hati bayar RM3,700. Ini ada yang tak kena. Jika Si Tuyol beli barang harga RM6.5 juta tapi bayar dengan harga RM3.5juta je. Ini pun ada yang tak kena. Kedua dua contoh ini adalah perlakuan rasuah. Rasuah itu macam hantu. Hantu tak ada bentuk .. ia boleh datang dengan berbagai rupa .. misalnya dalam kes Si Toyul .. rasuah datang menyerupai toyol. Toyol bila curik, ia tak rembat semua .. Si Tuyol bila beli, dia tak bayar semua.

Tanpa Nama berkata...

Pau Pau Pau

Mat Kampau !!!!!!!!!!!

Patut nya Pangkat Darjah semua kena chabut buang , melalu kan Sultan Agong saja

Bangla Indon pon tak ada Darjah tak mencuri rasuah

Kepala Otak !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

TUAN TT Hakim di Malaysia sekarang ini pandai main angka.Cuba bandingkan DUA BELAS dengan SATU.12 itu banyak dan 1 itu kecil sengaja tidak hukum 1 tahun tetapi 12 bulan.Jadi raayat pun rasa hukum 12 bulan itu adalah banyak .Nasib baik dia tak hukum 52 minggu atau 365 hari kalau tidak lagi banyak.

Tanpa Nama berkata...

Cukuplah aku tibai dia pagi2 buta semalam. Dia pun dah minta maaf. Aku pun jadi belas pada dia yang masih ada sifat penyesalan diri. Dia masih ada hati dan jiwa yang mulia. Ada rasa menyesal atas salah silap dalam perhubungan sesama manusia. Soal masalah dia dengan tuhan, percayalah tuhan akan segera mengampunkan.

Ada dua orang lagi yang kita dok perati. Dok tenung dalam2. Sorang berserban tinggi tak mahu menyesal dan minta maaf. Pagi petang siang malam dok cerita keindahan islam tapi kepada orang islam juga dia buat musuh. Dia buat hukuman tanpa merujuk mupti negara. Menuduh dan menjatuhkan macam2 hukum kepada kawan2 sendiri. Dengan petikan hujah2 seperti jebon, anjing, babi dan macam2 lagi nas yang tiada dalam mana2 kitab. Dia tiada rekod jenayah menyamun tapi sedang mencipta rekod menghalau 20 juta orang kapir di negara ini dari memahami islam, dekat dengan islam.

Yang sekor lagi memang tak payah ceritalah. Khir toyo punya kes 3 juta saja dah kena 1 tahun. Yang ini tuan2 kena ambil calculator kira sendirilah berapa dia kena. Kena bagi kenalah juga. Jangan khir toyo sorang je. Jangan permain undang2lah. Dia landing esok, ambil sajalah. Cantik kalau ambil sepasang sekali. Barulah adil.

curiuosct berkata...

cakap jela noh omar yang buat..
nk berkias-kias pulk..
woi noh omar pun ada rumah kt situ..kah,kah,kh..
tanyala bini muda dia yang konon arti tu..