PARIS - RANCANGAN SIAPA?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhh-RsdoINrQlMTbeSqMZjfr_CMVTJh_aAE8qAvwVyJ-Sa_b7tEV1oQT5GFgQ1tagCdHNJSaDMzMAbpIVzt8EnDqCHNyVW1Ag8PRS7R87QzzO08lB2EFIF-SWed4dtBjfpQN_VJWJE2L_VE/s320/7waysearnmoney4.png)
Hari ini false flag atau salah bendera memberi makna satu projek membuat onar secara gelap kemudian menuduh orang lain yang membuat. Onar ini dilakukan dengan tujuan jangka pendek dan jangka panjang yang telah diatur dan dirancang.
Ledakan di Paris telah berlaku lebih satu minggu dahulu. Dikatakan lebih dari 150 warga telah gugur. Dilaporkan juga 8 orang penyerang telah tewas meledakan diri sendiri.
Dalam masa satu minggu ini semakin banyak tulisan yang menyangkal naratif laporan media arus perdana. Tulisan-tulisan dan kajian makin kuat bertanya: Apakah serangan ini satu projek salah bendera?
Yang bertanya ini bukan calang-calang sosoknya. Yang mempersoalkan apakah serangan di Paris ini satu rancangan jahat dengan tujuan yang tersorok.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAWsCG-FvHMmgzJ2lFv39QEO0N8LrPBBbsL-Nivm8xdPF4So5Q8B98lMGyX7e2X0lhxxkhMfOhgYj-biYEDs5OZlY6VYI18HtWvLUfHRJzoVIUcIk0pBgWvtJ5hf81hVGy21zfhjlC6Zvc/s1600/WAR.jpg)
Laporan media arus perdana cukup senang. Naratif yang dihebohkan ialah gerila Isis datang menyerang. Mereka membunuh membabi buta. Mereka tak ada belas kasihan. Peranchis sedang dalam perang. Rakyat Eropah wajib berjaga-jaga.
Apakah naratif yang ceritakan ini benar? Atau ada lagi kesah dibelakang kesah benar ini? Satu naratif yang lebih benar dari benar.
Mari kita lihat kembali beberapa pekara ‘ ganjil yang memeranjatkan’ yang telah berlaku dalam serangan di Paris. Minggu lalu saya telah membuka sejarah ledakan Tugu Negara yang berlaku pada 27 Ogos 1975. Kad pengenalan Si Tukang Bom yang tercicir telah ditemui mengikut labon Ghazali Shafie menteri KDN ketika itu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAxXdpgBiSyEE6F4elCCYGL3vuvFrea2EaTQR-AWgc27ld3rg73wnjFCJRgLot9jxS7nkX-cschfTAJr1A0Mqg5bgApiH7_a3rVSlm3QilGMIhkLGPb9MnGOrgS089T8XFHQOfX0-RWxke/s320/TTPA+4.jpg)
Apa yang berbeza di Paris - kerana perkembangan teknoloji - untuk menguatkan cerita - dua hari sesudah serangan satu talipon bimbit telah ditemui dalam tong sampah berhampiran dengan Gedong Konsert Bataclan. Dari maklumat talipon ini pemburuan dilakukan hingga ke Belgium.
Wajib saya nyatakan disini bahawa kita semua bersimpati kepada yang gugur. Tetapi kita juga wajib sedar bahawa keguguran mereka ini adalah hasil dari satu perancangan licik yang diatur oleh elit politik untuk tujuan jahat. Kalau dalam filem, tv atau teater - yang gugur ini hanyalah ‘prop’ yang diwujudkan untuk lebih menyakinkan penonton. Dalam serangan di Paris ini anak-anak muda ini menjadi ‘prop’ yang tidak akan bangun-bangun.
Hujah memperkuatkan naratif serangan kota Paris ini sebagai projek salah bendera semakin terserlah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9eAODc_jaxG9tI_4re64R7ur6P89O5zYwuDrjkXrivQHiSVGtxqdiaculGJeCCYZ-n0NogBPXdQAOjEqUoTJHOAog1qU8MOhbJfxszdvE3FLNG1cvLS3wxjuvisN7oWuBFeDkhjj_DrXB/s320/Najib-Netanhayu.jpg)
Mengikut Tuan Doktor ini pada hari tersebut kereta ambulan, pekerja hospital, jabatan darurat hospital telah mengambil bahagian dalam latihan ini. Semua doktor di Paris terlibat dalam latihan ini.
Apa yang menarik dari berita ini ialah ketika WTC 9/11 diserang The North American Aerospace Defense Command ( NORAD) juga sedang mengadakan latihan. Latihan ini menjadikan kawasan udara kacau bilau tidak dapat dikenal pasti mana kapal terbang yang telah dibajak dan mana kapal terbang dalam latihan.
Pada 7 Julai 2005 - kota London pula diserang. Apakah para pembaca akan percaya apa yang saya tulis ini?
Saya bertanya kerana ketika London diserang pihak polis dan tim pemusnah bom juga sedang mengadakan latihan. Latihan ini berasaskan bom telah meledak dalam kereta api bawah tanah di stesen King Cross. Tup tup memang betul-betul berlaku ledakan di stesen King Cross. Ajaib bin Takjub.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4YG8oNyVTBa21XpGBqIDfxDKb0DlpDlnJHH8v76e32ZBRUld-negIsKlU9WCOJwp4ocDTpbuTpECrmWXOPhreKGH_TQOW69x7EqPKMHuV10IiqNd5GKNmaTqsy1nQ4F4ZFTwAd-PUzd99/s320/PERANG+2.jpg)
Hakikatnya semua babak-babak dan cerita-cerita ganjil ini telah berlaku. Semua ini menjadi asas sebagai tanda-tanda bahawa serangan-serangan ini sebenarnya adalah projek salah bendera.
Maka persoalan timbul apa tujuan projek salah bendera ini?
Pertama tujuan projek salah bendera di Paris ini ialah untuk meneruskan apa yang dipanggil ‘War On Terror’ atau ‘ Perang Melawan Keganasan ’.
War On Terror adalah dasar kuasa imperial Amerika yang dimulai dari zaman Presiden Bush. Sesudah serangan WTC di New York pada 11 September 2001 Amerika melancarkan Perang Melawan Kergansan (PMK) Ini bermakna dasar PMK telah 15 tahun digunakan. Afghanistan telah diserang, Iraq telah diserang, Libya telah diserang, Yaman telah dibom, Syria telah dan sedang diserang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjv03aajPvJXVuB7Y6wv6jUJmeKChOejUqDw0BlD2gqx5IGINULL0Z266IRNXUSfNdCViPYTNmX-JQf9VSFX_0LcUQA6MXPIN7dWk67Vg9R31JovfgryeX5PmC2Q6BOG5Plx7hxv_BUbpo0/s1600/CIA.jpg)
Projek salah bendera ini adalah alat untuk mengolah persetujuan orang ramai dan rakyat. Rakyat wajib diyakinkan , orang ramai wajib memberikan sokongan kepada pemerentah dan kepada kuasa yang sedia ada. Justeru inilah gunanya projek salah bendera - untuk menerima dasar PMK.
Dasar PMK ini ada berjangka panjang dan ada berjangka pendek. Tujuan berjangka pendek yang sepontan hasil dari serangan kota Paris dapat kita lihat dengan serta merta.
Pada ketika ini Eropah sedang dihantui oleh warga pelarian perang yang menyeberang Laut Tengah dari Libya dan Syria. Eropah Barat menjadi kelam kabut. Rakyat banyak bersimpati dan sedia menerima mangsa perang ini. Kerajaan berbelah bagi. German dan Sweden sudi menerima warga pelarian. Manakala Poland, Republik Czeh dan Austria berkeras menolak. Peranchis, Belgium, Sepanyol dan Portugal diam membisu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUvjUeo-VXRmn2JPJtBCMCj2VhP46SqjC3FEywlV_rLyz7ovPklVjzI3oS_Igt4-SM6f5xEabwBNNgE83lUdNEFh4d-Kh7ReDsTr42pWH7GwP3tGrkYLUbnVoa1yuWbcVou5MPKoAsvck7/s320/PERANG+4.gif)
Persetujuan telah diolah melalui naratif berita media arus perdana. Sama ada paspot ini saheh atau paspot tipu bukan persoalan. Yang penting kewujudan paspot ini telah mengolah persetujuan warga Eropah untuk tidak lagi menerima mangsa pelarian perang dari Timur Tengah. Juga bersetuju untuk mengetat pintu sempadan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFPAp8IDsc63tRCwC6h53VCxqCQHqDtziR90hgq4GSy-fS1SgSJDtD5CruSb1BKOusOyzLy_Y7nkn3jvd7E3vxhRDGRKgW2Jf_oT0LcRXurvQMLRRCQQ7uRZ9w1FcDUFha5aVnw9P4YooZ/s1600/WAR+1.jpg)
Tup tup tidak sampai satu bulan kemudian Paris diserang. PM baru Canada mendapat tekanan kerana dilihat tidak bersama ‘mengebom’ Isis di Syria.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiogp1JlAhBDM7JxJdYSc1CK8H-yts3i_bi-MgvMiS9ryVat4hNcJAJx123RNO9RSB_KDpsSZQoTH37o7JZqG8BQ8lbHv9lqyOdG0iGIdkswt7WWb1zEZ6Dtrm30n6uePrOX5DUdb6VmbLw/s320/AMERICAN+IMPERIALISM+2.jpg)
Canada dan Peranchis terikat dalam perjanjian NATO - North Atlantic Treaty Organisation. Dua negara ini adalah antara 12 negara awal yang menubuhkan perjaniian ketenteraan NATO pada tahun 1949.
Serangan di Paris memberi tahu kita tentang Artikle 5 dalam perjanjian NATO. Peranchis diserang oleh Isis. Jika mana-mana ahli NATO disernag maka ahli NATO yang lain wajib datang membantu. Jelas ini memberi tekanan politik kepada pemimpin Cadana yang baru. Canada tidak dapat lari dari dasar NATO dan PMK.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglHc3u6uMsmO2L2kZ1v85Q8NowbO-HNguYHXa4Y-CvL4A7aEC3gnpzy6X4q4zsiMa2oDT-a3wK3tYwOtrJQhhlrbKGrQwxaf_M7Ov-sp6xZopnIDeDRdFx-mJhzuJRzMhGRq7IpDGhLcJL/s1600/ISIS+AMERIKA.jpg)
Britain tidak bersama mengebom Isis. Cadangan awal untuk bersama Amerika telah ditolak oleh ahli Parlimen UK.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLcJPRRhpytt7DH2jwUPx1Oo_xREBBie84hvBo-r1ShWtS9lbb8C5j8iK9uZXlm-5Rl0O1FFfae8-luevIRndJNxapaLcxuLuJl6S9araiqaCvs52pGxMO1fjLA-Yzu-oYPt4pPMVyVaEG/s320/italy-migrants-refugees-asylum-seekers-1.jpg)
Kawalan sempadan semakin ketat. Persetujuan rakyat untuk mengebom Isis telah diterima. Niat dan cita-cita projek salah bendera jangka pendek telah berjaya. Bagaimana dengan stratiji jangka panjang? Tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmagGTPw3nECzMaMuMtRUmlniqKF7aHhtdDH4uiJl5LfK1M6TLqpbaT_3Z2QY6UsBJIZoiFk5PY21sYvy57a_SavXo_XF5MNCPiulpYhdhn_TqMuRYhB-1PLO5EOfMSasfYlhC2NoPbCNn/s320/REFUGEE+BOY.jpg)
---------------
2 ulasan:
Aku dah kata dah...hidup Hishamuddin Rais...pi jahanam sama Jamil Khir Mata Melilau.
Kerja bebudak BOHSIA BOHJAN tak dapat duit demo lah tu...
Habis siapa lagi pon
Cakap peranchis macam cakap bahasa jawa jugak ke ????
Catat Ulasan