Isnin, 23 November 2015

PANDANGAN WAN JI







FACE BOOK


Zahid Hamidi menyatakan umat Islam tidak dihormati kerana umat Islam tidak bersatu.

Umat Islam sejak dulu lagi tidak bersatu. Selepas wafatnya Nabi, umat Islam berpecah. Namun, dalam era itu, ada dari kalangan umat islam tetap dihormati.

Saidina Umar antara tokoh umat islam yang dihormati oleh lawan. Penguasa Rom dan Farsi amat menghormati ketokohan Saidina Umar. Beliau dihormati, bukan kerana umat islam di zaman itu bersatu. tetapi, beliau dihormati kerana beliau tidak rasuah dan benci rasuah; beliau dihormati, cara pentadbiran beliau telus dan transparent.

Umar Abdul Aziz juga tokoh umat Islam yang dihormati, walaupun umat Islam pada zaman itu masih lagi tidak bersatu. Beliau dihormati, kerana beliau amalkan bentuk politik yang amanah dan adil.

Justeru, Zahidi Hamidi kena sedar bahawa antra sebab orang bukan islam di Malaysia tidak respek orang islam, kerana tafsiran islam didominasi oleh melayu. Dan melayu pula, banyak terlibat dengan rasuah, penyelewengan, perkauman dan sebagainya.

Mendakwa umat islam tidak dihormati kerana kononnya umat Islam tidak bersatu, sama seperti seorang doktor memberi ubat sakit kepala kepada orang yang sedang sakit perut.






-----------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jom boikot omak kau

Tanpa Nama berkata...

DATOK SORRY PAU PAU PAU

Umat Islam di hormati bukan kerana BILYON BILYON tapi kerana PAU KAYA yang Asli di buat dari Santan Kelapa ORIGINAL dan bukan Kepala Otak....

Pau Pau Pau

Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!

Eh Chong ; Bungkus MOTOR BESAR HARLEY satu kasi hantar rumah OK!!!!!!!!

panglimo potaseh berkata...

Jam ni sakit kepala dan perut dikira sakit yang sama .. boleh diubati dengan telan duo bijik panadol .. ubat ajaib ciptaan yahudi.

Tu lah orang Islam masih terkial-kial selama berabad-abad mencari formula untuk bersatu sesama sendiri .. tetapi orang Amerika dah pun menerbangkan pesawat melintasi planet terjauh Pluto dan sedang meneroka Alam Bima Sakti.

Kalau lah orang Amerika itu berigama Islam .. maka Islam itu sedang disebarkan dipelusuk Bima Sakti dan lain-lain cakrawala?

Tanpa Nama berkata...

Respect are earned, not forcibly given.