OOOH MAK
DATUK
YA AMPOON
SULTAN
MELAKA
KOMENTAR
anugerah datuk datang
dari banyak sudut dan bucu
ada anugerah dari kamboja
ada anugerah dari sulu
ada anugerah dari medan
maka apabila sultan melaka
menganugerah pangkat datuk
maka ini akan
menambah ramai para datuk
ini satu kejayaan
Bergelar Datuk kerana jasa kepada rakyat
Malah, Rani Kulup turut mempertahankan Sultan Melaka dari kritikan orang-ramai
PETALING JAYA: Aktivis selebriti, Abdul Rani Kulup Abdullah baru-baru ini menerima gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka dari individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka Darul Islam, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah.
Rani, ketika dihubungi pemberita berkata, pengurniaan gelaran itu barangkali hasil perjuangannya membawa isu rakyat dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.
“Saya mendapat gelaran ini, mungkin sebab saya memperjuangkan isu rakyat, mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu, agama dan negara dengan membuat laporan polis apabila sesuatu isu itu dibangkitkan,” kata Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) itu.
Mengulas lanjut, Rani berkata walaupun individu yang mengelar dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’ itu tidak diiktiraf oleh Majlis Raja-Raja, namun beliau menghormati undang-undang yang ada pada insitusi tersebut.
Malah, Rani bingkas membidas pihak yang berani mengkritik ‘Sultan Melaka’ dan pengurniaan gelaran itu tanpa usul periksa.
“Nak kritik tak tahu hujung pangkal, kutuk sana sini, jadi nak kritik ikut sedap mulut, tetapi tak mahu kaji sejarah, saya angap pemikiran mereka (pengkririk) terlalu lemah dan cetek ilmu.
“Sultan Melaka telah diiktiraf dunia, kalau nak tahu cerita sebenar tanya Sultan Melaka, dia boleh tunjuk bukti dan ada sijil pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Antarabangsa (ICJ),” katanya.
Nama Rani mulai terkenal kerana jumlah laporan polis yang dibuatnya meliputi pelbagai isu terutamanya berkenaan isu pengguna dan politik. Untuk rekod, beliau telah membuat sekurang-kurangnya 1,000 laporan polis sejak dari tahun 2011.
KAH KAH KAH
woit
datuk rani memang hebat
datuk rani bikin sejarah
datuk rani pejuang bangsa
datuk rani pejuang melayu
saperti belut
pulang ke lumpur
saperti pinang
pulang ke gagang
saperti unggas
terbang melayang
nama rani bin KULUP
cukup cocok dengan sosok
cukup cocok dengan watak
hanya yang kulup
kenal yang kulup
kah kah kah
TAK KULUP
-----------
4 ulasan:
Menpertahankan kekayaan, projek, bank bank account, supaya dapat hidup mewah, in d expense of rakyat.... Inilah Datuk.... 150 ribu aje kalau minat, pasti ade agentnya...
Budak BAHALOL dapat DATOK banyak lah
Muka muka BAHALOL sama saja
Hanya Si BAHALOL BANGGA JADI BAHALOL
Teringat Mat Bahalol nun
TT gwa syok baca rangkap nukilan yg lu buat ..
Seperti belut pulang ke lumpur.
Seperti pinang pulang ke gagang.
Seperti unggas terbang melayang.
Hanya yang kulup kenal yang kulup.
Dasat lu tt .. teringat gwa lagu "annie song" 1974 .. tahun kemuncak "student power".
Rani Kulop kalau standart Tanah Melayu ni memang layak dapat datuk .. apa taknya budak umur 26 tahun pun boleh dapat datuk, datuk seri lagi .. ramai pemakan rasuah dan bodoh yang macam-macam bentuk datuk mereka dapat .. ada pulak kes nama nya Dr.XX .. kemudian Dr. nya dilucut sebab pakai phd tipu .. lepas tu jadi plak Datuk XX .. bayangkan dah pakai phd tipu pun boleh dapat datuk. Mungkin u yg bagi phd tu tipu kot.
Apa pun gwa tetap respek pada penjual "holly water", Datuk Dokter Ostaz Lebai Haji Padilah. Gwa pun tabik spring dengan En. Kazim, ostaz yang ada datuk tapi tetap bahasa dirinya Enceee Kazim .. islam melarang kita guna nama kebesaran .. kan ke riak tu dosa besar .. op lupa lak gwa yg kita dah ada mesin basuh dosa.
Tapi gwa akan heran jika TT jadi datuk .. bila lak dia kawin .. kahkahkah .. aniwei, selamat menyambut tahun baru keristian 2016.
Seperti kata Samy Velu..'Sekarang ini ramai orang gila. Ada macam-macam jenis gila'
Yang paling gila sudah tentu 'Najib Razak'. Sebab gila menipu..!
Diikuti no2 paling gila 'Ahmad Maslan'..Gila kelentong rakyat.
Catat Ulasan