Sabtu, 19 Disember 2015

LAGI KES NAJIB






AMK: 1MDB Didedahkan Terlibat Skandal AS$850juta, Isu 1MDB Tidak Akan Selesai Sehingga Najib Letak Jawatan

Saya merasa terkejut dengan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa bahawa syarikat 1MDB telah menghantar sekurang-kurangnya AS$850 juta kepada sebuah entiti pesisir luar yang dibentuk pada tahun lalu.

Ini bukan kali pertamanya syarikat 1MDB terlibat dengan transaksi pemindahan wang berbilion ringgit ke luar negeri. Sebelum ini, syarikat 1MDB telah didedahkan memindahkan dana sejumlah RM7 bilion ke dalam sebuah akaun sulit di Pulau Cayman, UK[1].

Malahan, Najib Razak sendiri turut dilibatkan dengan skandal 1MDB di mana dana sejumlah RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya pada tahun 2013. Sedangkan Najib sendiri telah mengakui bahawa RM2.6 bilion tersebut telah diterimanya tanpa memberi butiran bagaimana dana berbilion ringgit tersebut, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadapnya.

Sedangkan siasatan telah dijalankan oleh beberapa agensi kerajaan termasuklah Jabatan Audit Negara dan SPRM, Ketua Audit Negara pada hari semalam telah mengumumkan bahawa laporan penuh berkenaan isu 1MDB yang seharusnya diumumkan semalam terpaksa ditundakan. Keadaan ini telah menimbulkan kesangsian rakyat bahawa hasil siasatan tersebut kebarangkalian besar tidak akan memberitahu keadaan sebenar tentang skandal 1MDB.

Dalam keadaan bekas Timbalan Perdana Menteri yang mempertikaikan isu 1MDB turut dilucutkan jawatannya, Peguam Negara Abdul Gani yang merupakan salah seorang anggota pasukan petugas khas siasatan 1MDB turut dilucutkan jawatannya.

Tidak lama selepas itu, Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob yang sedang menjalani siasatan terhadap 1MDB telah ditukar secara tiba-tiba ke Jabatan Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia sudah hilang keyakinan terhadap sistem kehakiman di Malaysia dan turut tidak akan percaya terhadap hasil siasatan yang dijalankan oleh agensi di bawah kerajaan Barisan Nasional ini.

Maka, Angkatan Muda KEADILAN mendesak Najib supaya letak jawatan dengan segera supaya siasatan terhadap 1MDB dapat diselesaikan. Segala siasatan terhadap 1MDB tidak akan mendatangkan sebarang hasil dalam keadaan Najib Razak yang sendiri terlibat dengan skandal masih memegang jawatan Perdana Menteri di dalam Malaysia.

Lee Chean Chung
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN
ADUN Semambu




---------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingat Mat Bahalol nak senang senang pencen ke ????

Kepala Otak !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini plan sudah kantoi. Mulanya nak masukkan wang itu dalam akaun peribadi Anwar, nak bagi kantoi Anwar lah konon tapi tak tahu nombor akaunnya. Bila Rosmah tengok jumlahnya banyak eloklah beri nombor akaun bininya sendiri la pulak.

azam berkata...

PAS adalah duri dalam daging
PAS perosak jalan ke Putrajaya
PAS takkan biarlan Pakatan menang kalau bukan PAS yang menjadi ketua
PAS sanggup menjilat semula ludahnya
dulu kata menentang pemimpin rasuah tapi sekarang turut berkongsi hasil rasuah atas alasan mahkamah tidak mendakwa mereka.