Jumaat, 22 Januari 2016

ANGKATAN PEMUDA INSAF







FACE BOOK

Angkatan Bahaman 
 
 
Zana Tingtong shared Angkatan Bahaman's photo.
 ·
Semoga tenang di sana, pejuang.
 

Hari ini, genap 33 tahun dahulu adalah hari kepulangan seorang pejuang kemerdekaan, tokoh politik dan sasterawan, allahyarham Haji Datuk Ahmad Boestamam ke rahmatullah. Berasal dari Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak, allahyarham merupakan pengasas Angkatan Pemuda Insaf (API), satu pertubuhan anak muda radikal yang berjuang 100% untuk kemerdekaan Tanah Melayu pada era selepas Perang Dunia Kedua.

Daerah Temerloh merupakan salah satu kubu kuat bagi API pada waktu itu dan hal ini tercatat dalam laporan The New Straits Times, 17 Julai 1947, yang menceritakan sejarah API dan sebab-sebab pengharaman pertubuhan ini oleh penjajah British ketika itu.

Kebanyakan anak-anak muda Temerloh pada waktu itu seperti para pemuda dari Kampung Buntut Pulau dan Kampung Lubok Kawah memasuki API dan para serikandi pula memasuki Angkatan Wanita Sedar (AWAS), dan ini menjadikan Temerloh sebagai satu kawasan hitam bagi British pada era tersebut.

Daerah Temerloh juga kemudian menjadi kubu kuat bagi Parti Rakyat Malaya yang ditubuhkan allahyarham pada 1955, dan allahyarham sering bertandang ke daerah Temerloh sepanjang hayat beliau khususnya ketika musim berkempen politik kerana daerah Temerloh adalah kubu kuat bagi setiap para perjuang politik pada waktu itu.

Sumber artikel: The Straits Times, 17 Julai 1947, Halaman 4
Sumber foto Ahmad Boestamam: Berita Harian, 21 Januari 1983
Kredit: National Library Board, Singapore.






------------

Tiada ulasan: