Isnin, 11 Januari 2016

SATU PAKATAN - SATU HARAPAN








Kenyataan Media Bersama Pemuda AMANAH Pahang, Angkatan Muda KEADILAN Pahang, dan Pemuda Sosialis DAP Pahang.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 10hb Januari 2016, satu sejarah baru telah tercipta apabila pertemuan antara Pemuda AMANAH Pahang, Angkatan Muda KEADILAN Pahang dan wakil Pemuda Sosialis DAP Pahang telah diadakan di Pejabat Parti AMANAH Negeri Pahang.

Dalam pertemuan ini, pelbagai isu terutamanya senario politik anak muda di Negeri Pahang telah dibincangkan. Kami, wakil pemuda ketiga-tiga parti telah bersepakat bahawa:

1) Sokongan penuh diberi terhadap perjanjian yang telah dimaterai oleh pimpinan tertinggi Pakatan Harapan di peringkat nasional pada 9hb Januari di Shah Alam dan yakin bahawa perjanjian ini akan membawa kepada satu pembentukan pakatan yang lebih kuat dan kukuh;

2) Sayap Pemuda ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan Pahang akan memberi komitmen penuh terhadap pembentukan Pakatan Harapan serta menjunjung segala agenda bersama yang terkandung di dalam Perjanjian Pakatan Harapan;

3) Kami akan bekerjasama serta menggerakkan seluruh kekuatan di dalam Pahang untuk memberi kesedaran politik kepada warga Pahang serta berganding bahu mencapai misi mengambil alih pentadbiran Negeri Pahang daripada tangan Rejim UMNO Barisan Nasional;

4) Kami turut menyeru semua anak muda Pahang untuk menyokong perjuangan kami, bersama-sama menghentikan kezaliman dan kerakusan kerajaan BN;

5) Penubuhan sekretariat bersama Pemuda Pakatan Harapan sedang dirancang dan akan menjadi tunjang kekuatan Pakatan Harapan Pahang pada masa akan datang.

Kami ingin menyatakan komitmen penuh untuk berusaha meraih keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan. Dalam keadaan kehidupan yang kian mencabar, rakyat semakin bosan melihat politiking yang melampau dan akhirnya membebankan rakyat. Kami juga ingin mengingatkan UMNO Barisan Nasional supaya menghentikan politik perkauman dan sebaliknya menyelesaikan isu ekonomi dan beban rakyat yang kian meningkat.

Pemuda Pakatan Harapan Pahang akan menjadi benteng utama Pakatan Harapan Pahang dan barisan penyerang yang paling menggerunkan apabila diletakkan di barisan hadapan. Ayuh kita berganding bahu menjatuhkan kezaliman UMNO Barisan Nasional.

Kenyataan Bersama Oleh:

Mohamad Sabri Abdullah
Ketua Pemuda AMANAH Pahang

Wong Chun Yuan
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pahang

YB Leong Yu Man
Wakil ketua DAPSY Pahang




--------------

1 ulasan:

Oo Olla berkata...

Lebai2 tak dijemput lagi
Ada lebai sakit hati
Ada lebai susah hati
Ada lebai iri hati
Ada lebai hasad dengki
Elok lebai2 kurung diri
Zikir zikir maki maki
Selak jubah kencing berdiri
Pasang aeriel atas dahi
Cuba2 muhasabah diri
Janganlah lebai tinggalkan parti
Istiqomahlah sampai mati
Nanti boleh jumpa bidadari