Isnin, 22 Februari 2016

AHLI PAS RAMAI KANFUSE









JANGAN SiLAP

BUKAN 

PERMATA NAN

HiLANG

TAPI

PEMIMPIN HiLANG



Kajian dedah kepimpinan tanpa hala tuju ulama PAS punca ahli keliru

Selepas 8 bulan kumpulan konservatif mengambil alih kepimpinan PAS, ahli akar umbi kini terkontang-kanting dalam pelbagai isu kerana tidak mendapat penjelasan sikap sebenar parti dalam banyak hal, menurut satu kajian.
Kajian terbaru Ilham Centre mendapati, ahli akar umbi turut keliru disebabkan kenyataan bercanggah kepimpinan PAS terutamanya mengenai kerjasama dengan Umno.
Kajian juga mendapati ramai pemimpin di peringkat kawasan di utara semenanjung tidak berpuas hati dengan kepimpinan negeri yang dilantik PAS.
Pengarah Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Abu Bakar berkata, kepimpinan PAS di peringkat nasional juga tidak begitu aktif bertemu dengan ahli akar umbi dalam ceramah atau program.
Selain itu, ahli PAS juga merungut tentang kepimpinan nasional yang tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun tentang strategi parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Hisomuddin.
"Mereka mula mempertikaikan apa yang dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang menang besar muktamar lalu dalam menjelaskan isu ini kepada mereka.
"Pada masa sama, kenyataan media yang dibuat pemimpin bercanggah antara satu sama lain," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.
Pemilihan PAS pada Jun tahun lalu antara yang paling memecahbelahkan dalam sejarah 55 tahun penubuhannya.
Kumpulan konservatif berjaya menyapu bersih semua jawatan utama dan menyingkirkan golongan progresif.
Kumpulan progresif  – terdiri daripada ahli Parlimen PAS yang terkenal meninggalkan parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
PAS pada masa sama menolak untuk menyertai gabungan baharu Pakatan Harapan tetapi mengekalkan kerjasama dengan PKR.
Hala tuju PAS tidak jelas
Sejak itu, terdapat persoalan mengenai hala tuju PAS.
Sesetengah pemimpinnya mahu hubungan lebih rapat dengan Umno sementara yang lain mahu PAS kekal sebagai parti pembangkang independen.
Hisomuddin berkata, rungutan terbesar ahli akar umbi ialah berhubung kenyataan bercanggah kepimpinan nasional.
Ini termasuk kenyataan daripada presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung.
Mesej dihantar kepada orang ramai menggambarkan PAS tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri, kata Hisomuddin.
Dalam isu kerjasama dengan Umno, rata-rata ahli PAS sukar menerima pendirian parti untuk bekerjasama dengan Umno melalui konsep "taawun" (bekerjasama untuk kebaikan).
"Tiada penjelasan tuntas terhadap satu polisi besar ini. Ahli di bawah berbalah dan bertengkar atas perkara yang tidak difahami dengan jelas. Lebih malang pimpinan tertinggi tidak membuat pekeliling atau penjelasan rasmi parti.
"Bayangkan selama ini ahli PAS bertembung sengit dengan ahli Umno di kedai kopi, tiba-tiba sesi ini mereka diminta 'bekerjasama' dengan Umno yang dahulunya musuh politik kepada mereka.
"Sebahagian memberikan gambaran akan tawaqquf (tangguhkan) sementara daripada gerak kerja parti ekoran pendirian PAS dengan Umno ini," kata Hisomuddin.
Bahagian pertama kajian Ilham Centre dilakukan sejak 2 bulan lalu dengan menemui pemimpin akar umbi PAS di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak. Bahagian kedua akan dilakukan di kalangan ahli PAS di Kelantan dan Terengganu.
Pemimpin “hilang”
Di antara rungutan diterima ialah ahli akar umbi tidak dapat bertemu secara langsung dengan kepimpinan pusat sejak pemilihan Jun lalu.
Sebagai perbandingan Hisomuddin berkata, ahli yang ditemui mengatakan kepimpinan sebelum ini lebih menonjol dan rajin memenuhi ceramah anjuran kawasan.
"Ceramah hanya kepada ahli PAS saja. Gagal menarik minat pihak yang lain.
"Lebih malang, nama sebesar ketua Pemuda, ketua penerangan, kehadiran sekadar mereka yang hadir ke majlis tahlil saja," katanya.
Menurut Ilham Centre, pelantikan kepimpinan negeri di Kedah dan Perak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli akar umbi.
"Pemimpin yang dilantik untuk memimpin di negeri ini tidak dikenali atau bersifat kontroversi," kata Hisomuddin.
Terakhir yang menjadi rungutan di kalangan ahli ialah PAS masih belum melakukan persiapan untuk menghadapi PRU14.
"Ada beberapa sebab antaranya aktivis atau penggerak sebenar jentera sudah berhijrah menyertai Amanah.
"Tinggallah mereka yang tiada pengalaman mengurus kendali modus operandi pilihan raya," katanya. – 22 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kajian-dedah-kepimpinan-tanpa-hala-tuju-konservatif-pas-punca-ahli-keliru#sthash.uHF0QmO2.dpuf
KAH KAH KAH

woit
ini berita kurang baik
ahli pas sudah kan fuse
kah kah kah
tak kan fuse macam mana
sotong yang jadi kepala
kah kah kah
sotong ke hulu ke hilir
tak ada tujuan
hanyut bersama gerombolan
dibantu oleh jinakolojis
dibantu bersama tonton pornowi
dibantu oleh nik abodohi
satu tim cukup lengkap
kah kah kah

PORNOWi


------------

3 ulasan:

melaju7010@gmail.com berkata...

Memang tujuan PAS selepas TGNA meninggal...pecah kecil kecil ahlinya dan bagi BNumno menang PRUakan datang.pecah perintah...MU TUNGGU PAS...sial punya pemimpin.nauzubillah.

Tanpa Nama berkata...

Pas sudah tidak releven utk rakyat malaysia berbilang kaum.elok pas buat satu perkampungan dlm hutan rimba nun lepastu depa menyalak sesama depa aje sudahla.jgn masuk dgn masyarakat umum.memalukan aje,mengabiskan beras lagi menyesatkan....pakai ayat quran demi menjaga nama tp geng2 porno jugak. Kahkahkah. Ape ke nama pelakon porno tu mst tantawi masih igt terngiang2 suaranya dtelinga tontowi.kahkahkahkah.oh yeahh.

Tanpa Nama berkata...

Mana ada sama ORANG MASYOOKKK

Dengan Orang Bahalol

Melayu Melayu kan orang Bahalol

Ulam Mamak MASYOOKKK teknik GERMAN

Mana ada sama Teknik Rokiah dan Bujang

Teknik GERMAN senyap dulu baru meletop

SOTONG gila hidup JERUNG mana nak sama

JERUNG masyookkkkk besar duduk HIGH SOCIETY lah Abang

Melayu BODOH BANGGANG BAHALOL

TUHAN pun tak boleh tolong

Ada MASYOOOKKKK

Mesti CUNT - FULUS !!!!!!!!!