Jumaat, 15 April 2016

40 TAHUN MENUNGGU




Penduduk Chendor Menetap Lebih Daripada 40 Tahun Tetapi Masih Belum Mendapat Geran Tanah 

Penduduk Chendor Menetap Lebih Daripada 40 Tahun Tetapi Masih Belum Mendapat Geran Tanah.


ADUN Semambu YB Lee Chean Chung bersama dengan Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Fauzi telah membuat lawatan ke kawasan Chendor dan mendapati bahawa penduduk-penduduk di situ masih belum memperolehi geran tanah walaupun sudah menetap di sana untuk tempoh lebih daripada 40 tahun. Penduduk telah seringkali membuat permohonan geran tanah dengan Pejabat Tanah tetapi masih belum mendapat maklum balas. 

YB Lee menyatakan bahawa, kegagalan penduduk-penduduk memperolehi geran tanah bermakna ada kemungkinan bahawa anak cucu mereka akan dihalau daripada tempat tersebut, sedangkan mereka telah menetap di situ untuk lebih daripada 40 tahun. Beliau juga berharap agar pihak Pejabat Tanah akan menetiti dan menyelesaikan permohonan geran tanah ini dengan segera.


--------------

Tiada ulasan: