Ahad, 10 April 2016

KETUA TWITTER NEGARA PUNTAU






PUNTAU

MUNTAU


Ini kenyataan YB Rafizi Ramli bg menjelaskan bagaimana beliau diarahkan meletakkan tangan di belakang. Rafizi menghormati bahawa pegawai-pegawai polis yang dibawah perlu menjalankan tugas mereka dan beliau ajak kita semua juga memberi ruang mereka menjalankan tugas mereka. Kritikan beliau terhadap Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )















9 APRIL 2016
PEGAWAI POLIS WAJAR DIBERI KEBEBASAN MEMBUAT KEPUTUSAN MENGENDALIKAN TAHANAN TANPA CAMPUR TANGAN PIHAK ATASAN ATAU PIHAK LAIN
Saya merujuk kepada kenyataan Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang dilaporkan oleh Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/337038 ) serta pelbagai komen dan tuduhan yang dibuat kononnya saya “berlakon” digari untuk cuba meraih simpati dari rakyat.
Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang ditugaskan menyiasat kes saya bahawa saya dikehendaki meletakkan tangan di belakang dan akan dipegang oleh pegawai-pegawai polis yang mengiringi saya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari Rabu, 6 April 2016.
Perbincangan ini berlaku sekitar jam 1130 pagi di Bilik Persidangan JSJK di Menara 238, Jalan Tun Razak dengan kehadiran peguam saya Saudara Mohd Faizal Abdul Rahman.
Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak Umno dan pegawai tertinggi polis kerana ia pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran diberikan kepada saya. Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari.
Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya.
Saya ingin melahirkan rasa kecewa apabila soal sama ada saya digari atau tidak telah dipolitikkan sewenang-wenangnya sedangkan isu yang lebih besar iaitu penyelewengan 1MDB, salahguna Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dan kelewatan pembayaran caruman LTAT pesara tentera cuba ditenggelamkan oleh isu ini. Malah ada yang memfitnah saya kononnya saya berlakon digari untuk meraih simpati rakyat.
Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat adalah bersama-sama saya selagi pentadbiran Najib berterusan menekan rakyat.
Saya juga ingin menyeru semua pihak (baik Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, baik rakyat atau pegawai tertinggi PDRM) supaya berhenti mempolitikkan layanan terhadap seorang ahli politik apabila beliau ditahan oleh PDRM atau mana-mana pihak berkuasa.
Pandangan peribadi saya ialah seorang ahli politik perlu diberi layanan yang sama seperti rakyat biasa yang lain – tidak lebih dan tidak kurang. Malah, pegawai-pegawai polis yang diberi tanggungjawab mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada seorang ahli politik itu digari atau tidak, selagi budi bicara itu tidak melanggar peraturan dan undang-undang.
Saya simpati dengan pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya selama ini kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap tindakan mereka akan mengundang kritikan (“damn if they do, damn if they don’t”). Jika mereka menggari saya, penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika mereka tidak menggari saya, besar kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa mereka tidak menggari.

Akhirnya mereka cuba mencari jalan terbaik dengan mengarahkan saya meletakkan tangan di belakang sambil dipegang oleh mereka yang pada pandangan mereka merupakan budi bicara mereka yang adil kepada semua.
Saya telah ditahan banyak kali dan telah berurusan dengan ramai pegawai polis dari pangkat konstabel hingga ke SACII (Senior Assistant Commissioner) sejak tahun 2012. Saya menghormati mereka dan menghargai penghormatan dan layanan yang mereka berikan kepada saya selama ini setiap kali saya di dalam tahanan. Saya dilayan secara professional dan berhemah baik di lokap sehingga ke bilik soalsiasat sehingga ke lokap mahkamah.
Anggota polis adalah rakyat biasa seperti kita yang boleh menilai baik buruk seseorang pemimpin. Mereka juga tersepit seperti rakyat biasa tetapi tertakluk kepada arahan pihak atasan.
Oleh yang demikian, seperti mana negara kini bermasalah kerana kepimpinan tertingginya tempang, saya juga merasakan sebarang kritikan itu perlulah disasarkan kepada kepimpinan tertinggi polis seperti Ketua Polis Negara dan bukannya anggota biasa yang cuba sedaya upaya melaksanakan kerja mereka secara professional.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang dipertanggungjawab menyiasat kes saya di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) baru-baru ini di atas sikap professional dan budi bicara mereka. Ucapan terima kasih juga kepada semua kakitangan Lokap Bersepadu Jinjang yang professional dan berhemah semasa mengendalikan tahanan saya di sana. Saya yakin masa depan negara adalah cerah jika sikap professional sebegini diteruskan.
Saya juga berharap Khalid Abu Bakar tidak mengulangi apa-apa kenyataan yang memberi gambaran saya berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari yang dipolitikkan sebelum ini. Jika beliau mengulanginya, maka saya akan rujuk perkara itu kepada peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




-----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dongeng sandiwara satu malaysia.... Arah pandu....cukup perlahan itupon paktam tk faham.

Tanpa Nama berkata...

Khalid Twitter bukan seorang polis yg baik dan jujur.

Nak tengok dan tahu samada polis professional atau polis crook ialah samada dia bertindak melindungi penjenayah daripada diambil tindakan undang2. Khalid telah melindungi Najib dari didakwa olih Gani Patail..dgn memberitahunya ia akan didakwa. Itu adalah jenayah melindungi penjenayah.

Seorang ASP perempuan diPulau Pinang telah dipenjara selama 2 th kerana membiarkan seorang suspek melarikan diri semasa dlm jagaan dia. Tak de beza perbuatan ASP tu dgn IGP tweet. Sama2 melindungi penjenayah.

Tanpa Nama berkata...

Tweet....tweettt....tweettt, apa????gambar bogel najib dgn suaminya berendam disiarkan dlm blog tukartiub....tangkapppp dibawah akta hasutan, akta queen, akta mesin cetak, sosma, kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Thumbs-up for pemimpin rakyat yang berhemah, santun and respectful to others including polis yang bekerja demi amanah dan mencari rezeki yang halal.

Marilah kita redha & meredhai sesama kita selagi kita tidak menzalimi each other - ko buat keje ko, aku buat keje aku. Yang zalim lagi korup samo-samo kita tendang masuk kubur.

Hidup Rafizi - the future PM for Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

aku tgk gambar pengganas lahad datu yg pakai baju bn ada gambar si apdal di belakang. dia tak digari pun.

HAH? KENAPA PENGGANAS TU TAK DIGARI?

mungkin sbb anggota utk suruh dia letak tgn dibelakang saja...

mcm yg rafizi buat tu la...