Isnin, 25 April 2016

MB GANU JANGAN RISAU






AHMAD RAZIF

JANGAN RISAU



Semua darjah kebesaran MB Terengganu lucut mulai 22 April

April 25, 2016
"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu," demikian menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja
KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa Jumaat lalu.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.
Kenyataan itu berbunyi: “Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman, berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.
“Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu.
Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri, pada April 2015.
Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, pada 12 Mei 2014.

KAH KAH KAH

woit 

datuk seri razif

jangan risau

jumpa rani kulup

cari sultan melaka

atau jumpa

lokman adam

wakil sultan sulu

kah kah kah

semua darjah 

ada dijual

YA AMPOOON

--------------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Wah bukang maing berselera lagi kawang kito Mat Said makang .. habih lapang pinggang .. lauk ikang tambang pong sedap ko .. laing macang mu ni .. ada apa-apa ke.

Unknown berkata...

Tahniah Yb Mat Said kerana telah mentelamatkan harta minyak Terengganu dpd di rompak oleh Najibul

Nazrio berkata...

Woi...najik akang jumpa syuLtang...
Hangpa jangan story duLuuu
Semua story freez duLuuu...