.

Selasa, 31 Mei 2016

SATU HARI DI MAHKAMAH





                INI GUA BOSAN 
             MENUNGGU LAMA


HARI INI
gua satu hari
dimahkamah
bersama anak muda
yang berani
SALUT


Black 505: 15 aktivis, termasuk Adam Adli disabitkan bersalah

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman bersalah kepada 15 aktivis kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan merusuh di luar Parlimen pada Jun 2013.
Mereka termasuk anggota PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, aktivis Adam Adli dan Safwan Anang.
Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan.
"Lima tertuduh dikenakan denda RM2,000 bagi pertuduhan pertama pada perhimpunan haram di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan manakala 10 lagi tertuduh didenda RM4,000 bagi pertuduhan kedua kerana merusuh di bawah Seksyen 147,” katanya.
Abdul Rashid berkata, sekiranya mereka gagal membayar denda itu, mereka boleh di penjara selama tiga bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan bagi pertuduhan kedua.
Badrul Hisham, Adam Adli, Edy Nor Reduan dan tujuh yang lain didenda sebanyak RM6000 kerana menghadapi dua pertuduhan.
Selain itu, lima lagi peserta lain Muhammad Aiman Hakim Zainal Arifin, Mah Chee Hoe, Tong Chan Sang, Abdullah Hassan dan Annie Ooi Siew Lin didenda sebanyak RM2,000 kerana berhimpun secara haram.
Pada Julai 2013, Chegubard, Adam bersama-sama dengan 31 yang lain didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur kerana menyertai perhimpunan haram, menyeru peletakan jawatan ketua-ketua dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).








-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berhimpun secara haram? Mcm haram!!
Nak kena ada sijil halal jakim ke?

Lahir di malaya, ic malaya, surat beranak malaya, sekolah, bekerja, membesar di malaya tapi tak boleh berhimpun ramai2 di malaya? Wtf!!