.

Khamis, 18 Ogos 2016

STADIUM TEMPAT MANIN BOLA







BUDAYA

POLITIK

JALAN RAYA


KOMENTAR
tunjuk perasaan ialah politik
tunjuk sokongan ialah politik
tunjuk kebencian ialah politik

budaya politik ini wajib dilakukan
ditempat terbuka
ditempat awam
untuk dilihat
untuk disaksikan
oleh warga negara
oleh dunia

demo atau tunjuk perasaan
bukan dalam stadium
bukan dalam hutan
bukan dalam kolah
bukan dalam kelambu

kalau pilihanraya kita buat dalam dewan
kita mengundi di bilik sekolah
kita pangkah dalam bilik khas
kita mengundi secara rahsia

tapi bukan untuk demo
demo wajib diadakan di jalan raya
demo wajib ditempat terbuka
demo ditempat orang ramai
inilah namanya politik jalan raya
bukan politik pilihan raya

NOTA
stadium negara
ialah tempat main bola
atau buat kosert rock
jangan cuba nak alih alih
agar demo dalam stadium
poooooorah


Demo di stadium? Bukan nak main bola'
BERSIH tidak akan takut berdepan ancaman pemimpin Umno Sungai Besar Jamal Yunos untuk mengadakan perhimpunan Baju Merah serentak dengan BERSIH 5, kata pengerusinya.

Maria Chin Abdullah berkata pihaknya meletakkan tanggungjawab memastikan keamanan kedua-dua perhimpunan itu di tangan polis.
“Pada pendapat saya kedua-dua kumpulan berhak berhimpun seperti dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

“Tanggungjawab mengawal himpunan kedua-dua pihak terletak di tangan polis.

“Jika menjadi perkauman, ia kerja kerajaan dan Baju Merah,” katanya.

Beliau membangkitkan himpunan Baju Merah pada 16 September tahun lalu yang berbaur perkauman ketika peserta mahu merempuh hadangan polis di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada beliau akan membuat pengubahsuaian perhimpunan BERSIH 5 susulan langkah kumpulan berbeza pandangan itu, Maria menolaknya.
Sementara itu, dalam perkembangan berbeza, aktivis Hishamuddin Rais pula menolak cadangan supaya perhimpunan #Tangkap MO1 pada 27 Ogos diadakan di dalam stadium.
“Kita nak buat apa dalam stadium, main bola?” soalnya sinis.

Sidang media hari ini dianjurkan BERSIH dan sembilan NGO bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan #TangkapMO1.




-------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JALAN RAYA di'tempah' khas untuk MAT REMPIT aje,

Bukan Orang Kurang Upaya (OKU), bukan untuk warganegara miskin, bukan untuk pejalan kaki, bukan untuk basikal, bukan untuk beca.

KHAS UNTUK 'MEMBER' YANG PANDU KERETA MEWAH DAN PENJILAT ZUBUR, AJE.
(Untuk V V V I P, aje)

TERLUPA PULAK! UNTUK 'PASAR MALAM', DAN WARUNG2 DAN MEJA2, DAN PASAR RAHMADAN AJE.

Tanpa Nama berkata...

Budak Bahalol MAKAN GAJI DUIT RAKYAT lupa jadi orang jugak

Bahalol tu tak ada limit ke ?????

Kepala Otak

Kalau tak ada Rakyat , Budak Bahalol tak ada kerja lah

Anak siapa nih ???????