.

Ahad, 4 September 2016

SAEKOR LAGI PENYAMUN DARI PAHANG




LAPORAN SPRM: ADAKAH PASDEC REALTY TELAH MENERIMA BAYARAN HASIL DARIPADA PENJUALAN KOMPLEKS MEMBELI-BELAH KUANTAN PARADE?

 
Saya WONG CHUN YUAN , 
NO. KAD PENGENALAN 890507-06-5397 
mewakili Angkatan Muda KEADILAN 
hari ini tampil membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) agar satu siasatan dibuat secara menyeluruh terhadap penjualan kompleks membeli-belah Kuantan Parade di Kuantan, Pahang.

Latar Belakang & Kronologi Isu Skandal Kompleks Membeli-belah Kuantan Parade

Kuantan Parade merupakan sebuah Kompleks Membeli-belah yang dibina oleh Pasdec Realty Sdn Bhd (215926-P) & syarikat ini merupakan sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

Pembinaan kompleks membeli-belah tersebut menyediakan lot perniagaan sejumlah 258 unit dan 168 unit telah dijual kepada orang awam manakala 78 unit dimiliki oleh pihak pemaju. Kompleks membeli-belah Kuantan Parade telah dijual kepada syarikat Premium Plaza Sdn Bhd pada tahun 2008 & Pasdec Realty telah digulungkan oleh Syarikat Pasdec Corporation Sdn Bhd (Anak syarikat PKNP) pada tahun 2011.

Kronologi Isu Kuantan Parade

2 Ogos 2006 – Syarikat Premium Plaza ditubuhkan

18 Ogos 2006 – Perjanjian ditandatangani antara PASDEC Realty & Premium Plaza dengan menjual unit yang dimiliki PASDEC Realty bersama tanah Kuantan Parade dengan nilai RM52,128,000

10 September 2009 – Permohonan Gadaian Tanah Kuantan Parade oleh Premium Plaza

12 Oktober 2009 – Pendaftaran Pindah Milik Tanah Kuantan Parade daripada Pasdec Realty kepada Premium Plaza

12 Oktober 2009 – Premium Plaza menyerahkan dokumen gadaian tanah Kuantan Parade dan telah mendapat pinjaman sejumlah RM38,258,779.32 daripada CIMB Bank. Wang tersebut tidak dibayar kepada Pasdec Realty tetapi dibayar kepada pihak ketiga Syarikat Maxi Wonder Sdn Bhd.

1 November 2010 – Pasdec Corporation memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuantan untuk menggulungkan Pasdec Realty

1 Febuari 2011 – Pasdec Realty digulungkan di Mahkamah Tinggi Kuantan oleh syarikat Pasdec Corporation


Sebagai Menteri Besar Pahang, Pengerusi PASDEC & Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Adnan Yaakob perlu disiasat dalam isu ini.

Terdapat beberapa kemusykilan yang diwujudkan dalam jual beli tersebut yang membawa kepada laporan saya pada hari ini.

Pembayaran Hasil Jualan Kuantan Parade
Syarikat Premium Plaza ditubuhkan pada 2 Ogos 2006, dua minggu sebelum menandatangai perjanjian jual beli Kuantan Parade pada 18 Ogos 2006.

Merujuk kepada laporan kewangan Syarikat Premium Plaza (yang tidak pernah menghantar laporan kewangan selepas tahun 2008), Aset semasa syarikat tersebut berakhir 31 Disember 2008 adalah RM5,212,800 dengan Liabiliti Semasa RM5,204,800. Merujuk kepada laporan kewangan tersebut, syarikat Premium Plaza tidak menunjukkan keupayaannya untuk membiayai pembelian Kuantan Parade.

Namun demikian, pada hari sama Pasdec Realty menghantar permohonan pindah milik tanah (Lampiran 1 – Borang 14A) pada 12 Oktober 2009, Premium Plaza telah memohon gadaian tanah tersebut pada hari yang sama dan mendapat hasil gadaian sejumlah RM38,258,779.32 (Lampiran 2 – Borang 16A), yang bukan dibayar kepada Pasdec Realty, tetapi dibayar kepada sebuah syarikat bernama Maxi Wonder Sdn Bhd.

Selepas itu, Kerajaan Pahang telah mengarahkan sebuah anak syarikat PKNP – PASDEC Corporation menggulungkan syarikat PASDEC Realty pada tahun 2010 selepas Kuantan Parade dijual dan telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 1 Febuari 2011 (Lampiran 3)!

PASDEC Realty telah digulungkan oleh sebuah anak syarikat PKNP, sedangkan Kuantan Parade telah dijual oleh PASDEC Realty atas nilai RM52.8 juta. Ke mana perginya hasil jualan tersebut? Tindakan menggulungkan Anak Syarikat PKNP menggunakan PASDEC Corporation menimbulkan kemusykilan sama ada Kerajaan Pahang sedang berusaha menghilangkan bukti hasil jualan yang didedahkan di atas.
Persoalan utama yang ditimbulkan adalah:

1.     Adakah PASDEC Realty telah menerima wang bayaran hasil daripada jual beli tersebut?

2.     Mengapakah PASDEC Realty yang baru menerima hasil jualan RM52juta daripada penjualan Kuantan Parade digulungkan oleh anak syarikat PKNP sendiri – PASDEC Corporation?

Demikian laporan saya. 

WONG CHUN YUAN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pahang







----------------

Tiada ulasan: