Ahad, 13 November 2016

LEDAKAN BERITA - GEMPAR NEGARA





APA MAKNA

BERITA INI?

KOMENTAR
maknanya cukup senang
inilah yang dipanggil united front
inilah yang dikenali sebagai barisan bersatu
inilah dianya front bersatu

inilah garis perjuangan
inilah  taktik perjuangan
menggalang seramai mungkin
kawan dan sahabat
kawan seperjalanan dan sahabat barua
dalama satu barisan
dalam satu kancah 
dengan  satu cita cita
untuk menewaskan musuh yang satu

penggalangan front bersatu ini wajib dilakukan
untuk mencapai  kemenangan

sejarah dunia telah membuktikan
taktik dan strateji ini akan membawa menang

musuh kepada musuh adalah kawan
kawan yang menasehat musuh adalah musuh


Kini Anwar 'terpahat' di dada Mahathir

SHAH ALAM - Pelbagai momen menarik yang dapat dicoretkan sempena konvensyen Pakatan Harapan 2016 hari ini.

Antaranya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu)  Dr Mahathir Mohamad yang dilihat memakai lencana 'bebas Anwar sekarang' di bahagian  poket kirinya.‎

Mahathir yang ditemani isterinya Dr Hasmah Mohd Ali dilihat duduk sebelah menyebelah sepanjang konvensyen berlangsung.

Terdahulu, Mahathir dalam ucapannya mengesahkan hasrat parti itu untuk  menjadi sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan. ‎

Menurutnya, tidak ada sebab Bersatu tidak bersetuju dengan perjuangan Pakatan Harapan memandangkan ia berpegang kepada dasar-dasar yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.  ‎

‎“Saya tidak ada masalah untuk menyokong reformasi.  Bersatu akan menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan dan saya berharap akan diterima untuk bersama-sama menjatuhkan kepimpinan Najib,” katanya.

Mahathir yang sebelum ini merupakan lawan kepada  Anwar Ibrahim ‎dalam dunia politik mengejutkan negara apabila menghulurkan salam perpaduan tatkala menemui Anwar di Mahkamah Tinggi pada beberapa bulan yang lalu.


TURUN TURUN

19 NOV 2016



--------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ayat Ayat INSAF dan TOBAT ini sudah wujud dan di terima sejak kedatangan manusia di bumi ini

Bagus lah TUN sudah sedar dan balik pangkal jalan

ALAMAK dan GENG LOL nya biar lah dalam dunia DUNYA nya sendiri

Cuba menipu TUHAN tapi semdiri di TIPU oleh SETAN YG DI REJAM

DEDAK tuh punca nya