Jumaat, 2 Disember 2016

ASALKAN BUKAN UMNO




Surat Buat Rakyat : Ego UMNO Yang Terakhir

Dari lojik matematik, UMNO BN masih kekal memerintah adalah kerana hasil dari sumbangan besar kerusi BN di Sabah dan Sarawak.

Ini jawapan matematik yang semua orang tahu. Formula matematik ini juga dikira hampir mustahil untuk dilakukan apatah lagi dengan mengambil kira senario politik pembangkang ketika ini.

Maka lojik matematik ini masih meletakkan pembangkang ditempat yang sama seperti sebelumnya.

Mungkin ada teori lain yang boleh menjadi faktor pembolehubah atas lojik matematik tersebut. Teorinya barangkali harus merujuk kepada naratif politik itu sendiri.

Kekuatan UMNO pada ketika ini adalah terletak pada ego dan hagemoninya, bukan semata-mata pada kekuatan sumber dana dan sumbangan BN di kerusi Sabah dan Sarawak. 

Ego ini mewujudkan hagemoni UMNO, ia mencipta imaginasi dan metos hingga komponen BN di Sabah dan Sarawak cukup takut, begitu juga dengan MCA, MIC dan Gerakan juga takut dan tunduk atas kemahuan UMNO. Begitu jugalah dengan rakyat, malahan segelintir pemimpin pembangkang.

Selama ini, ego dan hagemoni UMNO inilah yang membina politik perkauman dan sentimen keagamaan. Ugutan dan tekanan kepada semua pihak bermula dari ego UMNO ini. Ianya tampak tidak berkesudahan.

Dari mana ego dan hagemoni UMNO ini muncul? 

Seperti yang saya katakan tadi, kita harus kembali kepada naratif sejarah politik UMNO itu sendiri.

Sejarah politik UMNO bermula di Johor. UMNO di Johor sebelum 2013 tidak pernah terjejas sedikit pun dengan pengaruh pembangkang. 

Disinilah sejarah ego UMNO muncul dan bertapak, bukan di negeri-negeri pantai timur atau Malaysia Timur hatta Utara. Dalam kempen pilihanraya 2013 lagi, slogan Johor adalah Tiang Seri UMNO menjadi azimat kempennya, semua orang percaya.

Semalam, wakil UMNO Johor, Datuk Ayub Rahmat yang juga EXCO kerajaan negeri telah berucap dalam sesi Persidangan Agong UMNO (PAU17) dengan terang memberi isyarat dalam beberapa ungkapannya.

Beliau mengatakan bahawa parti itulah yang sepatutnya berterima kasih kepada orang Melayu. Bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan Umno. Umno yang terhutang budi dengan orang Melayu.

Ayub mengingatkan kepimpinan parti itu agar jangan sesekali lupa siapa di sebalik kejayaan Umno hari ini.

Ini adalah isyarat penting UMNO Johor kepada pemimpin elitnya. Ia membuktikan bahawa ego UMNO ini wujud dari naratif sejarah penubuhan dan kekuatan UMNO di Johor.

Malah, jika dilihat dengan hati-hati, UMNO Johor ini lebih licik dan kemas kerjanya berbanding UMNO dinegeri-negeri lain. Kekuatan ini bersandarkan sejarah dan tradisi yang kuat. Bukan sekadar slogan semata-mata.

Justeru, jika ego ini dapat digugat, pastinya UMNO akan bergoncang kuat. Ia boleh menjadi sebab berakhirnya ego dan hagemoni UMNO yang mencengkam rakyat dan komponen BN.

Dengan kata lain, pembangkang mesti menang besar di Johor, ini boleh menjadi ‘pembolehubah’ yang berkesan.

Kemenangan pembangkang di Johor akan menandakan berakhirnya legasi kubu kuat UMNO. Kita harus sedar bahawa kemenangan ke atas ego UMNO ini adalah kemenangan moral yang cukup besar dan ia akan memberi nilai yang cukup signifikan ke atas lanskap politik negara. 

Dengan berkuburnya ego UMNO di Johor, maka kita akan dapat lihat kesan teori domino. Kesan domino ini akan melenyapkan hagemoni dan metos UMNO ke atas rakyat, parti di Sabah dan Sarawak termasuk rakan komponennya.

Tanpa Selangor, Pulau Pinang dan Johor, UMNO ibarat sudah tiada kaki dan tangan, hanya tinggal badan yang pastinya sukar untuk mereka bergerak lagi.

Ketika ini, parti-parti di Sabah dan Sarawak tidak lagi memerlukan UMNO kerana tidak ada apa lagi yang ingin dibimbangkan kerana ego dan hagemoni UMNO sudah tiada lagi. 

Pada fasa inilah rundingan antara pakatan pembangkang di Semenanjung dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak dapat dijalankan untuk melicinkan peralihan kerajaan pusat.

Tanpa kemenangan pembangkang di Johor, ego dan hagemoni UMNO akan terus hidup, ego dan hagemoni ini akan terus mencengkam rakyat dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

Justeru, usaha menewaskan ego UMNO yang terakhir, perlu dijalankan. Kerajaan UMNO di Johor ketika ini sedang tersepit, mereka gagal menawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat. Inilah masanya rakyat bangkit.

MAHDZIR IBRAHIM
PENGARAH BIRO 
PENDIDIKAN POLITIK
DAP JOHOR.









-------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oit bangsa johor..tanah johor dah dijual ke china..apa bangsa johor bole buat? apa sultan melayu johor yg cenggeh bole buat?kalo ketika ini pun jual air murah ke china singapore agak2nya kalo abang besar china komunis dah duduk ditanah kemelayuan johor ni, apa saja bole jadi murah kot..to china made, when your secret tunnel will be ready..?melayu johor kuat bukan bererti tanah milik melayu...

Tanpa Nama berkata...

Apa kebende nih ????

Parti Lahanat tuh pasti BUNGKUS selagi Melayu tak BODOH dan suka jadi BODOH

Khalas.