.

Jumaat, 10 Februari 2017

POLITIK KEDAH TERKINI





AHMAD BASHAH RESAH: TAKUT UMNO DAN BN BUNGKUIH JIKA PEMBANGKANG BERSATU DI KEDAH
1. Ternyata ketakutan Umno Kedah(jiwa kacau) kian menyerlah apabila Menteri Besar Kedah, Tuan Haji  Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah menyatakan UMNO Kedah sedia berkerjasama dengan PAS.

Saya percaya kenyataan Ahmad Bashah yang umpama memujuk 'ayam masuk seron' itu adalah datangnya dari hasil kajian UmnoBn menunjukan, jika parti pembangkang bersatu dalam satu pakatan politik (grand coalition) sudah pasti logiknya UmnoBn akan bungkuih tersungkur dalam PRU 14.

2. Kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS bukannya satu kesungguhan dari UMNO.Ianya sekadar 'janji manis' untuk helah memujuk masuk 'seron' yang telah diketahui rakyat penuh dengan 'taik'.

'Trik' yang digunakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ini semua orang boleh 'baca' dan sayangnya semua sudah terlambat kerana rakyat hari ini lebih bijak menilai 'yang mana kaca yang mana permata' .

Apa yang penting dari kesediaan UMNO itu adalah agar PAS tidak kembali kepada pakatan politik pembangkang. Bagi Umno jika PAS tidak kembali kepada pakatan pembangkang, ianya sudah cukup untuk UMNO terus menerajui kerajaan selepas PRU 14 nanti.

3. Bagai bulan jatuh ke riba jika Umno mendapat respon dari pihak PAS bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dan pakatan pembangkang.


Ini akan mengekalkan PAS bersendirian asalkan tidak kembali menyertai pakatan pembangkang dan menjadikan PRU 14 nanti pertandingan 'tiga penjuru' dan undi pembangkang diharapkan akan berpecah.
4. Perkiraan Ahmad Bashah dan UMNO itu sebenarnya salah. Pertandingan tiga penjuru akan membawa kepada perebutan segmen pengundi yang sama antara PAS dan UMNO.

PAS akan merebut undi UMNO bagi menambah jumlah kekuatan dan UMNO akan merebut undi PAS bagi memastikan kemenangan, tetapi UMNO lupa yang UMNO sedang menghadapi pengurangan pengundi kerana penghijrahan ahli UMNO kepada PPBM dan PAS juga mengalami pengurangan undi kerana penghijrahan ahli PAS ke parti AMANAH dan PPBM, oleh itu sudah pasti memberi kelebihan pada PPBM dan Pakatan Harapan.

4. Ahmad Bashah masih mengharapkan jika PAS tidak sertai pakatan politik pembangkang ini akan memberi nyawa kepada UMNO dan BN untuk menarik nafas lega. Kenyataan Ahmad Bashah bersedia untuk kerjasama dengan PAS hanyalah semata-mata untuk menghalang PAS kembali wujud bersama pakatan besar pembangkang (grand coalition).

Pilihanraya Umum ke-14 nanti akan memperlihatkan pertarungan diantara 'kleptokrat' dan demokrat. Oleh itu Ahmad Bashah sedar bahawa jika pembangkang bersatu dengan agenda 'satu lawan satu', pasti UMNO dan BN bungkuih tersungkur pada PRU 14.

"Pertarungan diantara mereka yang sedang dan telah merompak wang rakyat dan mereka yang sedar akan kebobrokan kerajaan serta badan-badan legislatif yang telah dimanipulasi atas niat politik sempit mereka".

Perangkap politik yang dipasang oleh Ahmad Bashah perlu disaingi dengan politik harapan yang menggarap semua suara rakyat untuk membawa negara 'nyah kleptokrat' dan membawa keadilan sosial kepada semua segmen masyarakat.

#RakyatSudahCerdik
#BersatuPembangkang
#RanapkanUmnoBnPru14
#SelamatkanKedah
#SelamatkanMalaysia

 MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
2.30pm Taman AlWalid Alor Setar
9 Feb 2017/12 Jamadilawal 1438H





-------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sapu bersih duit depa