Sabtu, 25 Mac 2017

ANAK MUDA TAK ADA KERJA




320 Ribu Anak Muda Menganggur, AMK Kesal Kerajaan BN Gagal Memperkasakan Kehidupan Anak Muda Malaysia

Saya merasa kesal terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang sehingga kini gagal menyelesaikan masalah pengangguran anak muda di dalam Malaysia.

Merujuk kepada laporan Bank Negara yang terbaru, kadar pengangguran anak muda telah meningkat daripada 9.5% pada tahun 2014 kepada 10.7% pada tahun 2015. Ini bermakna seramai 320,000 daripada 3 juta anak muda di dalam Malaysia kini menghadapi masalah pengangguran!

Merujuk kepada laporan tersebut, Malaysia menghadapi masalah pengangguran anak muda yang lebih serius daripada negara berhampiran seperti negara Thailand (3.4%) dan Vietnam (6.3%), malahan lebih serius daripada negara Korea Selatan (10.5%).

Saya mendesak kerajaan supaya memandang serius terhadap isu ini kerana anak muda seharusnya meluangkan masa keemasan mereka dengan menceburkan diri dalam pelbagai bidang kerja dan menyumbang kepada ekonomi serta pembangunan negara.

Masalah pengangguran anak muda bukan sahaja bermakna pembaziran sumber dan tenaga telah dilaburkan dalam bidang pendidikan dan pembangunan anak muda, malahan akan mengakibatkan negara Malaysia kekurangan daya persaingan berbanding dengan negara yang lain.

Saya turut merasa risau dengan pendedahan laporan tersebut di mana anak muda graduan universiti yang memiliki sijil pendidikan tinggi menghadapi masalah pengangguran yang jauh lebih serius berbanding dengan anak muda yang tidak pernah belajar di kolej dan universiti.

Laporan Bank Negara turut mendedahkan bahawa daripada semua anak muda yang mengadapi masalah pengangguran, 23% daripada mereka merupakan pemegang sijil pendidikan tinggi. Ini bermakna 15.3% daripada anak muda lepasan pendidikan tinggi kini gagal mencari kerja di pasaran dan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan 9.8% anak muda tidak berpendidikan tinggi yang menganggur.

Keadaan ini amat merisaukan kerana statistik itu telah memberi gambaran bahawa sistem pendidikan tinggi di Malaysia yang menerima peruntukan RM13.38 bilion pada tahun 2016 dan RM7.4bilion pada thun 2017 gagal melahirkan modal insan yang sejajar dengan keperluan pasaran dan 15.3% daripada anak muda lepasan graduan gagal mencari pekerjaan.

Selain itu, hasil kajian majikan turut mendapati bahawa kebanyakan graduan lepasan universiti kini menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain serta tidak berupaya untuk melaksanakan tugas-tugasan yang diagihkan kepada mereka. Ini bermakna sistem pendidikan tinggi di dalam Malaysia telah GAGAL dalam melahirkan modal insan dan satu REFORMASI Sistem Pendidikan Tinggi perlu dilaksanakan dengan segera.

Maka, saya mendesak Kerajaan Barisan Nasional supaya membuat kajian semula terhadap sistem pendidikan tinggi dan memastikan bahawa graduan lepasan kolej dan universiti tempatan adalah berdaya saing dan sejajar dengan keperluan tenaga kerja pasaran.

Anak muda memerlukan sebuah kerajaan yang dapat menjamin kehidupan dan masa depan mereka tetapi bukan memerlukan sebuah kerajaan yang hanya pandai menganjurkan program rekreasi dan hiburan anak muda tetapi gagal menangani masalah pengangguran anak muda.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan 
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia




--------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedikit sangat

Baru 300.000 saja

Kalau 3.000.000 pun sikit lah

Apa ada kesah , tak ada macam kat Sudan tuh tak cukup makan sampai KIOK

Ekonomi bagus lagi , duit nilai tinggi lagi....


Baru GADAI secoit , kalau GADAI satu negri semua beres kaya raya lah anak muda macam kat DUBAI

Gadai terus , jangan tak GADAI.....

Tanpa Nama berkata...

Umno sibuk menjilat Najib dgn bik mama terlupa nak buat kerja la.. suh bawak Uber la..Duit brim buat byr muka keta. Keta tolak.

Tanpa Nama berkata...

apa susah?

cuci ZUBUR!

jual PANTAT!



atau

cuci zubur,
tunggu kena LIWAT!


lepas tu
boleh jual
nasi lemak,

"nasi lemak LIWAT"