.

Sabtu, 25 Mac 2017

PAS - UMNO - INI KALI LAH









PAS nak bersendiri hanyalah ‘lawak petang’, kata aktivis veteran

 | March 25, 2017
Gelombang ke-3 yang didakwa mahu ditubuhkan PAS pada PRU depan sebenarnya tidak wujud, kata Hishamuddin Rais.

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis veteran menganggap keyakinan PAS untuk berjuang bersendirian tanpa kerjasama dengan parti pembangkang lain adalah sesuatu yang tidak bertempat di sebalik realiti politik Malaysia.

“Keadaan di Malaysia tidak membenarkan untuk bersendiri, kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk. Jika PAS kata hendak bersendiri, ia hanyalah lawak petang,” kata Hishamuddin Rais kepada FMT, di sebalik pelbagai desakan supaya PAS memutuskan hubungan dengan PKR.
Hubungan PAS dengan PKR satu-satunya kerjasama politik yang masih berterusan selepas melibatkan parti Islam itu, selepas Pakatan Rakyat terkubur susulan permusuhan PAS-DAP.

PAS bakal bersidang bulan depan, dalam muktamar yang bakal menentukan hala tuju politik PAS yang masih samar menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan pada 2018.

Muktamar kali ini merupakan kali PAS berhimpun 2 tahun selepas tokoh “progresif” disingkirkan golongan “konservatif” di bawah pimpinan presidennya, Tuan Haji Abdul Hadi Awang, dalam pemilihan pucuk pimpinan.
Umno atau…

Menurut Hishamuddin, muktamar PAS yang akan datang kini berdepan satu lagi gelombang perubahan – sama ada mahu memilih Umno sebagai rakan baharu.

Katanya, walaupun PAS kini hampir kesemuanya diterajui kelompok “konservatif” pro-Hadi dan pemimpin Dewan Ulama lain, garis perbezaan masih wujud.

Ini, kata Hishamuddin, dapat dilihat apabila anak bekas mursyidul am PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, tewas terus dalam pemilihan PAS Pengkalan Chepa baru-baru ini.

Nik Abduh hanya meraih 37 undi melawan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin yang menerima 209 undi bagi mempertahankan jawatan timbalan yang dipertua PAS kawasan itu.
Nik Abduh, yang juga ketua Pemuda PAS, merupakan antara suara utama dalam parti itu yang mengkritik kerjasama dengan Pakatan Rakyat, gabungan yang kini ranap dan digantikan oleh Pakatan Harapan yang tidak disertai PAS.

Sumber dalaman parti memberitahu FMT, kekalahan Nik Abduh, tokoh yang berpengaruh dan rapat dengan pemimpin tertinggi parti, adalah bukti suara akar umbi PAS menolak pemimpin yang dilihat mesra Umno.

“Kalau kita lihat, garis politik yang wujud dalam PAS sekarang ialah sama ada mahu bersubahat dengan Umno atau berterusan menjalankan dasar ‘amar makruf nahi mungkar’,” kata Hishamuddin kepada FMT.

Muktamar kali ini akan diikuti rapat untuk melihat sama ada perwakilan PAS kali ini mahu bersama Pakatan Harapan (PH), meneruskan hubungan dengan PKR, atau berjuang bersendirian pada pilihan raya umum akan datang.

“Tetapi dari maknanya, sudah tentu PAS menyatakan parti itu tidak mahu bersama PH,” kata Hishamuddin merujuk gabungan antara PKR, DAP dan parti serpihan PAS, Amanah.

“Tetapi, menolak PH, itu ertinya bersama Umno, itu makna tersiratnya,” katanya.

Hishamuddin menjangkakan antara isu yang bakal dibangkitkan PAS pada muktamar yang akan diadakan di Kedah bulan depan ialah peranan “gelombang ketiga” yang diwujudkan parti Islam itu dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia, sebuah parti kecil diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, yang menjalinkan kerjasama dengan PAS di bawah “Gagasan Sejahtera”.

“Gelombang ketiga itu tidak wujud. Adakah dengan adanya Ikatan itu mewujudkan suatu gelombang? Hakikatnya tidak,” katanya.




-----------------

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS sama BN tuh pasal Juta Juta saja

Anak buah melopong saja mana dapat saham nya

Lepas PRU14 bungkus terus

Yang kaya Juta Juta tuh kaya lah

Yang papa kedana kat kampong tuh KAYAP terus saja lah

Dengan BN saja bebudak GOBLOK! dapat buat juta juta

Mana ada nelayan sampan boleh dapat juta juta

Pikir saja lah

Kena pulak nelayan PATIN Sungai....

Tanpa Nama berkata...

Apa kau merapu ni issey? Tok pa pun ckp kt klate di org musuh PAS, ko nk PANDAP apa pulok ni? Takat hidup sbg balaci pd bangsa lain bukan pior Melayu la... Patut la Melayu di Singapore lemah, mcm tu la issey nk ye tak?

Tanpa Nama berkata...

Patuit la LKS yg bg pilihan kat PAS, rupanya nk jd ketua yg hisei cintai ni. Elok la hisei, nnt diorg mng ko jd tempat lap kaki diorg je la. Kalo dua2 PAS xpilih mmg merana la agenda DAP nk musnahkan & nk tarik seramai mungkin ahli PAS sokong mereka. Harapkan PAN xblh belah... Lembap.

Tanpa Nama berkata...

Paling hidup spt biawak hidup skrg ni nampaknya PAN. Elok la level balaci ja dilakukan oleh DAP pada mereka. Kesian...kesian...

Tanpa Nama berkata...

Mamat dan Minah PAS, ko jgn sebut nama parti AMANAH ja.. terus meroyan gila babi, inilah politik matang bawaan Haji Hadi.

Tak caya, boleh test.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg walaunta ni merepek ni. Tak maki hamun, fitnah tak boleh ke??

Tanpa Nama berkata...

Amanah parti kecik tapi join PH, so jadi pembangkang besar. Pas terkote2 sorang2 tapi ada cita2 nak tawan 5 negeri, Kelantan tu pun dah susah nak pertahan... PAS hanya boleh bermimpi..

DIDI KOTA BELUD berkata...

hehehehe...nik abduh bukan buduh...tolong jaga mulut korang...dia bukan buduh...dia BODOHHHHH.....kakakkakakakak

Mohd Zaki Abdullah berkata...

Bila masa PAS main isu assabiyah pulak nihh...ini mesti gestapo umNo dlm PAS...

Tanpa Nama berkata...

pas nak bersendirian dengan 5 negeri..yg lain tu terserah kpd umno..ini dinamakan politik matang..parti lain tak matang..yg matang hanya la parti pas tinggalan nik aziz..