.

Selasa, 25 Julai 2017

NAJIB DIKEPONG TERSEPIT





Kenyataan Najib Mengenai Pimpinan Harapan Bukti Beliau Terdesak Untuk Terus Berkuasa

Kecaman Najib Razak pagi tadi di program Invest KL 2017 terhadap pimpinan Pakatan Harapan cukup memalukan dan membuktikan betapa terdesaknya beliau untuk mencemar nama baik Pakatan Harapan.

Pada ketika Pakatan Harapan semakin kukuh dan kuat dari hari ke hari dan semakin bersiap sedia untuk berhadapan dengan UMNO-BN di PRU14 nanti, pentadbiran Najib terus terpalit dengan krisis dan skandal kewangan seperti 1MDB.

Kenyataan Najib hari ini menunjukkan betapa takutnya beliau sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14, maka para kleptokrat dan perompak wang rakyat akan dibawa ke muka pengadilan.

Saya ingin mencadangkan agar  Najib tidak memperlekeh kekuatan dan iltizam Pakatan Harapan dalam membina Malaysia yang lebih baik, dan sebaliknya beliau perlu mengumumkan bahawa beliau bersedia menerima kehendak rakyat dan memastikan peralihan kuasa yang baik sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14 nanti.

Saya just menggesa  Najib untuk memberanikan diri dan berdebat dengan mentor lama beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan,  Dr Mahathir Mohamad, untuk menyangkal segala dakwaan yang telah dilempar terhadap DS Najib dan pentadbiran beliau.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden Pakatan Harapan

25 Julai 2017





------------------

5 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kalau lah ditakdirkan "harapan" yg menang PRU nanti. Najib dan Hajjah Rosmah akan ditangkap dan di rotan. Untuk merotan Najib aku tak risau. Yang aku risau mcm mana nak menibai bontot Puan Hajjah yang berat 750 kg tu .. mau kena guna ekor ikan paus tu. Aku tak mau Puan Hajjah ni terlepas gitu je .. tibai tetap tibai.

usop ali berkata...

Ini pm mana tahu malu...bukan ada perasaaan pun....perangai makin terok macamana la dorang boleh kekalkan org macam ni....aku pun konfius....

Tanpa Nama berkata...

Dikepitlah dikeliling lah dikepong lah pahtu plak byk negara buat siasatan, singapore lah perancis lah amerika lah mcm2 lah tuan tt sebut tp hakikatnya esok je syok jew Sapuman enjoy de menjoy keluar negara smpi skrg xda apa2 tindakan pown..makan ligat lagi merembat duit rakyat,ni tah duit mana plak kena rembat kasi gula2 felda nih..rakyat jugak melopong..bila sebenarnya hari2 saekor Sapuman ni tua tt?????cer tua tt kasi kupaskan anggaran brp lama lagi. 10 tahun ka,20 tahun ka, 30 tahun ka away smpi kiamat la rakyat malaxia kena tanggong Sapuman... Tuan tt kan pondan bijak bistari mesti ada congakan bila hari terakhir seorang pahlawang islam bugis mappudulung????

Tanpa Nama berkata...

semua tau, semua sedar, semua memahami apa yang berlaku tapi tapi demi agama, demi keselamatan negara, demi maruah bangsa akan terus sokong pemberi dedak, lupa memikir selama 60 tahun merdeka masih mengharap bantuan semata mata seolah olah kurniaan Allah swt... don't bite the hand that feed you konon lah kah kah kah tapi hakikatnya mereka ini mengigit tangan rakyat saban hari... walau sekuat mana kuasa, wang dan kedudukan...akan kecundang jua akhirnya....assalamualaikum pulus wasikom is superior kom wasatiyah al ham...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah...panglima bugis kutuk pembangkang depan mat salleh yg datang nak rembat ekonomi negara. Apa lah jibby nie, bik mama@ mak badak pun taknak dengar hahaha