.

Rabu, 2 Ogos 2017

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB







KENYATAAN MEDIA

SPRM Perlu Siasat Isu Pembelian Kapal Selam Scorpene

18 Julai yang lalu, Abdul Razak Baginda telah dihadapkan ke mahkamah di Perancis kerana didakwa terlibat dalam “persubahatan secara aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat” dalam penjualan 2 kapal selam Scorpene kepada Malaysia pada 2002 bernilai RM5.06 bilion.

Pendakwaan ini cukup besar, memandangkan Abdul Razak Baginda pernah secara terbuka sebelum ini menafikan bahawa beliau menerima sogokan bernilai €30 juta.
Oleh yang demikian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan siasatan ke atas Abdul Razak Baginda serta mana-mana individu lain yang berkait dengan isu pembelian 2 kapal selam tersebut, termasuk Najib  yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika pembelian tersebut dibuat. Dan jika didapati sebarang elemen rasuah, mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke mahkamah.

Rakyat Malaysia tidak mahu melihat satu lagi kes "ala 1MDB" di mana siasatan dan pendakwaan berlaku di pelbagai negara lain berkait dakwaan penyelewengan wang 1MDB, tetapi tiada langsung sebarang pendakwaan di Malaysia. Sudahlah!

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

1 Ogos 2017





----------------

2 ulasan:

usop ali berkata...

Berani ke sidayus ni dah keluarkan fail baru....lancau la...harapkan pagar...pagar makan padi...camni cari rezeki bagi anak bini makan ker....mahzab mana ni....

Tanpa Nama berkata...

Siasat gak ni ha:
Employers: Why collect RM1.6b in jobless benefits when retrenchment costs RM300m?
1.6b - 300m = 1.3b,
Jadi dah ada setengah daripada 2.5-2.6bilion yang najib kena bayar pada ipic. Cuma nak cari lagi 1.2bilion nak kasi cukup.
Cukai bilik hotel nazri tuhari aku kira 300juta, tapi anggaran itu termasuk kalau rakyat tempatan pun kena cukai. Sekarang nazri dah u-turn undur, mungkin tinggal setengah je, 150juta. Hampas dedak je tu, cuma cukup tampal gigi ayam yang berlubang tergigit pasir dan batu masa seronok mencatuk dedak. Jadi tabung mana lagi nak dipecah untuk selesai masalah teknikal ni??