Jumaat, 18 Ogos 2017

WA TAK FAHAM





YA AMPOON

YA MAULANA 

Kerabat Kelantan sekali lagi didakwa

PETALING JAYA- Kerabat Diraja Kelantan, Tengku Iskandar Tengku Ahmad, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan menggunakan perkataan Yang Maha Mulia dan menandatangani watikah penganugerahan tanpa kebenaran, empat tahun lalu.

Beliau selaku orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Berdasarkan pertuduhan, Tengku Iskandar, 71, didakwa menggunakan perkataan Yang Maha Mulia sebagai gelaran namanya pada dokumen watikah pelantikan tanpa kebenaran bertulis daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.

Beliau juga didakwa bertindak bagi pihak Kerabat D'Raja DYMM Long Yunus dengan menandatangani dokumen watikah penganugerahan menggunakan darjah kebesaran  Seri Panglima Perkasa yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja kepada ahli perniagaan  Kok Wai Peng, 64, yang turut tertera lambang pertubuhan kerabat tersebut, seolah-olah memegang jawatan Yang Dipertua pertubuhan itu.

Pada 20 April lalu, Tengku Iskandar yang juga merupakan ahli perniagaan mengaku tidak bersalah menggunakan gelaran dan lambang Kerabat Diraja Long Yunus, tiga tahun lalu.




OPPPSS....

SORI WA

TAK FAHAM

APA JENAYAH

I RES MI KES

MI LORD

KAH KAH KAH

------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini kes monopoli jual daulat raja.. alaa mcm monopoli puak agama la jugak, benda simple cenggitu pun tt buat2 tak paham, nak kena tampor la tuu.

Tanpa Nama berkata...

kerabat kelantan ini kerabat agong gak ke? dah la kes selngor pun dimesyuaratkan di kota bharu, masjid2 selangor pun diceramahkan oleh sarjana2 middle east asal kelantan, dah la nik abdoh pun kelantan, dah la 70persen warga gomen itu asal kelantan, pakat2 semua nya dari kelate belako, AG apandi kelate, hancus malaya..