yang benar
Cherita ini hanyalah khayalan semata mata dan langsong tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun baik yang telah hidup atau pun yang telah mati KECHUALI beberapa orang sahaja.
Ada pun Mukim Perupok di daerah Bachok , Kelantan amatlah terpenchil pada tahun awal 1960an walaupun jaraknya Kota Bharu tak sampai 20 batu.Masa itu terdapat satu keluarga Inggeris yang tinggal di Pantai Damat di Mukim Perupok.Ini merupakan kali kedua mereka tinggal di Bachok..ahli2 Anthropology suami isteri.
Pada Hari Raya Haji..Mat Salleh laki bini berkunjong ke tempat lembu di korban. Pada masa itu hanya se ekor di tumbangkan.Kawasan pantai agak jarang lembu. Harga pada masa itu hanya lah RM18 sebahagian dan itu pun di kira lembu besar.
Pak Haji Durani sedang sibuk memotong daging dan Mat Salleh laki bini itu pula sibuk tangkap gambar.
Pak Haji Durani pula ashek posing semasa memotong tulang rusok lembu untok di masak singgang.Kerana mungkin kepenatan serta hulu kapak pun sudah lichin akibat terpalit lemak...dengan tak semena mena Pak Haji Durani telah menakik tulang keras. Mata kapak telah tergelinchir dan terpotong ibu kakinya...Pak Haji Durani jatoh pengsan
Malang tidak berbau...kata orang. Adohai sedeh !!!
Mujorlah rawatan kechemasan diberikan oleh ke dua dua Mat Salleh itu.Namun ibu kaki kanan Pak Haji Durani tak dapat di chantum semula kerana jauh dari hospital.
Orang2 kampong Pantai Damat ,Perupok semua nya mengikuti setiap langkah Mat Salleh laki bini mengubati luka Pak Haji Durani.
Sesedarnya Pak Haji Durani dari pengsan maka berkatalah Mat Salleh itu kepadanya dengan menggeleng geleng kesedehan..
""I am sorry Haji.You have lost your toe""....tapi Pak Haji Durani maseh kebingongan.Lantas Mat Salleh berkata dengan bahasa mudah...
"Haji ! No more Toe""....Orang orang kampong mendengar kata ungkapan Mat Salleh itu.
Semenjak dari Hari Raya Haji tahun 1962....Orang kampong semuanya ikut kata kata Mat Salleh kepada Pak Haji Durrani dan menggelarnya:
HAJI NO MORE TOE !!!!
Kejadian ini telah didengar oleh Kiyaki Kabushi seorang Jepun yang ketika itu sedang membuat kajian tentang ulat bulu untuk Yodo Nippon Gungtaiya. Bila Kabushi pulang ke Kyoto Si Mamat Jepun ini telah menggunakan nama Haji Durrani yang telah di Jepunkan untuk menjadi - Aji No Moto.
Maka dari sinilah asal usul aji no moto. Amin.
----------------------
2 ulasan:
Yuck. Not funny at all. Lame. Not connected. No relevance. Weak. Max 0.1 out of 10. Total crap. Deserving only to get chucked down the waste holding tank. Right away. Just like najib.
Banyaklah hang punya aji no moto, apa punya cherita raa...
Kah kah kah kah kah......
Catat Ulasan