Khamis, 5 Oktober 2017

PELIK TAPI BENAR








PELIK TAPI

BENAR

HANYA

DIMALAYSIA

IA TERJADI

Bom, peluru dalam peti besi ketika serbuan


Bom, peluru dalam peti besi ketika serbuan
Bom tangan dan peluru hidup antara yang berjaya ditemui polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kubang Chandong, Bota Kanan, awal pagi tadi.

IPOH – Polis menemui sebutir bom tangan bersama 79 butir peluru hidup yang tersimpan dalam peti besi di sebuah rumah di Kampung Kubang Chandong, Bota Kanan, awal pagi tadi.

Bahan berbahaya itu ditemui kira-kira jam 1.30 pagi hasil serbuan dilakukan anggota Balai Polis Bota di kediaman itu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat lima penduduk tempatan berusia lingkungan 16 hingga 43 tahun berada dalam rumah terbabit, dua daripadanya wanita.

Menurutnya, kesemua mereka berada dalam keadaan khayal disyaki sedang menghisap dadah.

“Polis merampas 13 paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki methamphetamine, (dua) balang kaca yang diubah suai untuk menghisap dadah, (1) pemetik api, (1) alat penimbang digital dan (1) plastik di dalamnya berisi plastik disyaki untuk membungkus dadah.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan rumah telah menjumpai sebuah peti besi mengandungi satu butir bom tangan dan 79 butir peluru hidup,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada ditahan berusia 29 tahun yang bekerja sebagai peniaga memiliki empat rekod jenayah lampau , tiga merupakan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Katanya, ujian air kencing juga mendapati, empat daripada mereka termasuk dua wanita terbabit positif methamphetamine.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 8A Akta Senjata Api 1960 untuk mengetahui tujuan bahan berbahaya itu disimpan, bersama mengikut  Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

KAH KAH KAH

INI TIM

MAT PET KE

ATAU

GENG

BEN LADIN

KAH KAH KAH




-------------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah upgrade sekarang bro. Bukan masih di takuk lama lagi tau. Transformasi la. Dulu raid polis akan jumpa parang. Kekadang pemutar skru atau besi pengumpil. Sekarang raid polis jumpa senapang, peluru dan bom.