Selasa, 10 Oktober 2017

TUMBUK RUSUK



ALANG ALANG

BIAR SAMPAI 

SENAK
Simpulan Bahasa...Tumbok Rusok amatlah jarang sekali diungkapkan kebelakangan ini. Jika pembacha2 Tukar Tiub  yang budiman kurang arif  akan istilah ini,jangan bimbang .Kita sama2 cuba rungkaikan..

Jarangnya ungkapan Tumbok  Rusok amatlah memeranjatkan.Kerana apa Tumbok Rusok ada lah budaya Melayu sepanjang zaman yang bermaksud SUAPAN atau RASUAH...

Chontohnya kalau nak chari Fail di Pejabat Tanah memakan masa.Anak muda yang tadi berurusan di Pejabat Tanah kembali ke rumah hampa dan memberi tahu orang tua nya Fail hilang.Lantas orang tuanya berkata :

"Hai kau ni Leman maseh lagi mentah... kalau nak jumpa fail itu Tumbok Rusok lah."

Leman ;"Apa dia  Tumbok Rusok tu Abah?'

Abah   : "Tumbok Rusok tu makna nya engkau kenalah suapkan sagu hati pada kerani rendah di Land Opis tu...barulah terang mata nya charikan Fail tanah kita."

Leman : "Bukankah itu salah Abah....dan berapa pulak  jumlah yang harus diberi?"

Abah :"Engkau ni Leman  memang mentah. Dunia ini lumrahnya yang kuat tindas yang lemah.Kita memerlukan sesuatu terpaksa lah kita bayar ...kalau tak sampai  sudah memang tak jumpa fail itu.

       Pasal jumlah suapan tu Abah pikir engkau pikirlah sendiri.Nasi champor pun  dah lebeh pada sepuloh ringgit.Tak kan pulak nak bagi kurang dari itu...Teringat pulak Abah akan  Atok engkau dulu.Masa  Abah mentah macham engkau Abah yang bertanyakan Atok engkau berapa suapan yangg harus di sediakan untok Pegawai Kupon Getah....kata Atok engkau pada Abah:

     "Hai kau ni Basit maseh lagi mentah....kalau nak suap Pegawai Kupon Getah itu mesti lah berbaloi bagi dia. Alang 2 Tumbok Rusok biar sampai senak"

KAH KAH KAH



-----------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Leman tu x lulus PT3 Isham ooi. Mentah pun xper. Cerah masa depan.

Leman adalah bakal MB Kedah.