Rabu, 15 November 2017

DARI AUSTRALIA PULAK






GUA UDAH

BILANG

ADA DALANG

DARI LUAR

BIKIN

NAJIB

SAKIT JIWA

Pegawai Bank ANZ tahu RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib


TIGA pegawai kanan Bank ANZ dimaklumkan mengenai pemindahan sejumlah besar wang ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Razak di AmBank  , menurut laporan berita Special Broadcasting Service (SBS) Australia, semalam.

SBS News berkata tiga pegawai ANZ itu sebahagian daripada lembaga pengarah AmBank dan mereka diberi taklimat ringkas berkenaan transaksi besar itu yang dibuat beberapa kali antara September dan November 2014.

Laporan berkenaan berkata ketua pegawai eksekutif AmBank pada ketika itu, Ashok Ramamurthy, yang juga bekas pegawai ANZ yang dipinjamkan kepada AmBank, diarahkan melaporkan mengenai pindahan wang dalam jumlah besar itu pada Bank Negara Malaysia (BNM).

Stesen penyiaran itu berkata ia ada menghubungi BNM untuk bertanya bila mereka dimaklumkan mengenai pemindahan itu.

Wall Street Journal (WSJ) pada 2015 mendedahkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion pada masa itu) didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di AmBank antara Januari 2011 dan April 2013.

WSJ turut mendakwa wang itu daripada syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd menerusi sistem pergerakan wang membabitkan akaun pesisiran pantai di Kepulauan Cayman, Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Najib menafikan sebarang salah laku dan berkata wang itu daripada keluarga diraja di Arab Saudi bertujuan untuk mempromosikan Islam moderat dan memerangi keganasan.

Menurut laporan SBS, perbankan gergasi Australia itu mempunyai tiga pegawai dalam lembaga pengarah AmBank kerana ia pemegang saham terbesar dengan 24%, yang dibeli pada 2006.

“Pegangan 24% ANZ dalam AmBank, yang dibeli pada 2006 memberikan ia hak untuk melantik pemegang jawatan penting dalam pengurusan di AmBank dan layak memegang sehingga empat tempat dalam 12 anggota lembaga pengarah AmBank.”

SBS melaporkan, ketua eksekutif ANZ, Shayne Elliott memberitahu inkuiri Parlimen Australia pada Oktober 2016 bahawa kakitangan ANZ terbabit dalam apa yang berlaku di AmBank.

"AmBank menjalankan siasatan itu. Tuduhan terhadap AmBank membabitkan satu syarikat dengan nama 1MDB.

“ANZ tidak ada hubungan dengan syarikat itu. Tidak ada kakitangan ANZ terbabit dalam syarikat itu atau apa yang dikatakan berlaku di AmBank,” kata Elliott.

SBS melaporkan Elliott sebagai berkata apabila kakitangan dipinjamkan dari ANZ ke AmBank, mereka bukan lagi kakitangan ANZ, tidak perlu membuat laporan kepada ANZ dan hanya bertanggungjawab kepada lembaga pengarah AmBank.

“Sebaik saja kakitangan dipinjamkan ke sana, mereka pada asasnya putus ikatan dengan ANZ hampir 100%," kata Elliott. – 14 November, 2017.


 SATU LAGI

KONSPIRASI

DARI LUAR

INI GERAKAN

NYAH NAJIB

KAH KAH KAH



----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lepas ni.........dari mana pulak?

πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ padan muka....sakit jiwa ajer.....


paling bes sekali........masuk sg buloh....jadi teman si BADAK, si LUCAH, dengan KERABAT AMENO!

Tanpa Nama berkata...

Buka balik kes pengerusi ambank mati ditembak dan bongkar apa motif pembunuhan kejam beliau. Sesuatu di bawah fail kes itu berbau busuk ala ikan jamal.

Tanpa Nama berkata...

Soalan sakit jiwa - Berapa banyak tong drum dan kampit simen diperlukan untuk disumbat setiap orang yang tahu transaksi akaun Ambank Najib sebanyak 2.6b datang daripada skandal 1MDB?