Selasa, 26 Disember 2017

KENAPA HANYA FELDA?







SETUJU

SOKONG 

TAPI.... TANAH

YANG NAJIB GADAI

DI TERENGANU

DI MELAKA

DI JAY BEE

MACAM MANA

Gadai aset Felda adalah khianat kepada orang Melayu


TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) amat kesal aset penting iaitu empat lot tanah milik Felda di jalan Semarak di Kuala Lumpur berpindah tangan kepada syarikat swasta yang disifat sebagai transaksi yang mencurigakan.

Pendedahan kes tersebut hanya diketahui apabila media melaporkannya sedangkan ia berlaku pada 2015.

Teras tidak boleh menerima kenyataan dari pihak yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan bahawa kes ini hanya diketahui sekarang.

Selama dua tahun pemindahan milik tanah tersebut diketahui oleh pihak pengurusan, kenapa sekarang baru hendak disiasat dan tapak itu mahu dikaveat untuk dipulangkan semula kepada Felda.

Apakah pihak pengurusan sengaja mahu menyembunyi transaksi yang telah merugikan Felda ratusan juta ringgit ini?

Nampaknya Felda yang diletak secara langsung dibawah Pejabat Perdana Menteri masih gagal menjaga ketelusan dan kepentingan peneroka Felda.

Dari satu isu kepada satu isu, Felda kini telah mengalami kepincangan yang sangat mengecewakan.

Dari isu FGV sehingga isu aset yang dibeli di London, keyakinan rakyat bahawa Felda berada di bawah pengurusan yang cekap dan amanah kini sangat diragui.

Felda adalah aset bangsa Melayu terbesar. Jika ia disalahurus , maka tidak ada pengkhianatan yang lebih besar dari ini.

Dulu peneroka Felda LBJ terpesona dengan pampasan yang lumayan sehingga ramai yang menjual tanah kepada pemaju. Kini pihak pengurusan Felda sendiri yang melakukan hal yang sama, malah lebih buruk lagi. Nilai tanah Felda itu yang mencecah lebih RM1 bilion kini dipindah milik hanya dengan nilai RM270 juta sahaja.

Lebih buruk lagi, pengerusi Felda sendiri menyatakan sehingga hari ini Felda tidak menerima sebarang pembayaran daripada pemindahan milik tapak tersebut.

Siapakah yang membuat keputusan tersebut? Siapakah pemilik syarikat Synergy Pormenade Sdn Bhd yang diberi kuasa penuh membangun tapak tanah tersebut?

Reaksi GWF dan Majlis Belia Felda yang melenting terhadap isu ini adalah wajar. Peneroka bukan sahaja rasa ditipu malah mereka rasa dikhianati.

Teras menegaskan jika aset Felda digadaikan dengan kecuaian sebegini, lambut laun aset Melayu akan akhirnya terhakis semuanya.

Kami mendesak rombakan dan status pengurusan Felda perlu disemak semula. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku sehingga ia sudah dilihat sebagai skandal. – 25 Disember, 2017.

*Mohd Azmi Abdul Hamid
adalah presiden 
Majlis Perunding 
Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)



NAPA FELDA

KHIANAT TAPI

NAJIB GADAI

TANAH MELAYU

PADA 

CHINA MERAH

TAK BERSUARA


---------------------

2 ulasan:

1msia berkata...

Gadai Aset Felda Khianat Melayu?
Wooiii...pas hadi tak sepandangan bersama ye.
Mampui Felda pon si Hadi apa peduli.
Jangan ko kenakan PM kleptokratik ni.
Hadi pas mau PM samun Felda kekal jadi pm.
Hadi nak lawan 3-penjuru menangkan PM.
Ee

Tanpa Nama berkata...

dimana ada UMNO......disitu mesti ada LEMBAGA!



petua dari nenek kebayan!