Khamis, 14 Disember 2017

NAJIB TERUS SERANG









WOW

INI BERITA

AMAT BAIK

MASUK AKAL

ITU PASAL 

NAJIB TERUS

SERANG MADEY



Sokongan Melayu luar bandar Dr Mahathir lebih kuat berbanding Anwar



TARIKAN utama Pakatan Harapan (PH) pada masa ini ialah Dr Mahathir Mohamad kerana beliau lebih popular dalam kalangan pengundi Melayu terutama dari kawasan luar bandar, berbanding Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu kepada The Malaysian Insight.

Dr Mahathir ialah perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun sehingga 2003 tetapi pemimpin berusia 93 tahun itu kini mengetuai pakatan pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kukuh di luar bandar.

“Dalam kalangan orang Melayu kampung, saya nampak sokongan kepada Dr Mahathir tu agak tinggi berbanding dengan Anwar semasa mengepalai Pakatan Rakyat.

“(Waktu Anwar) ada sokongan di Pantai Barat, Melayu kelas pertengahan. Dan sekarang ni saya nampak disokong kuat orang kampung.

“Misalnya di Langkawi, di felda. Saya nampak ada nilai tambah selepas Dr Mahathir memimpin," katanya.

Dalam sesi retreat PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya awal bulan ini, dicadangkan Dr Mahathir menjadi calon perdana menteri dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, ia tidak dapat diumumkan kerana terdapat bantahan daripada beberapa pemimpin PKR.

Dr Mahathir berkata pada Selasa, beliau bersedia untuk dinamakan sebagai perdana menteri sekiranya PH “terdesak” dan tidak mempunyai calon lain.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata dalam menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH, tidak perlu ada istilah “interim” atau sementara.

“Kalau PH boleh terima, tak ada masalah Dr Mahathir untuk jadi calon perdana menteri.

“Tak payah sebutlah sementara, interim, memang dia sementara. Dengan umur dia, keadaan dia. Saya bimbang dengan umur dia, saya doakanlah umur dia masih panjang,” katanya.



OOPS..

DULU GUA BERSAMA
TONY PUA SANG MONGOL
KASHTURI PATTO
ADA BUAT CERAMAH DALAM FELDA
DI RAUB PAHANG

SEDIH SEDIH SEDIH
HANYA 17 ORANG YANG DATANG

TAPI GUA DENGAR
BILA MAHATHIR BUAT CERAMAH
BUKAN DALAM FELDA 
TAPI
TEPI KAWASAN FELDA
RIBUAN DATANG
OPPS....


--------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalo parti sosialis buat ceramah agak2 berapa datang? parti ni anti madey, parti ni anti kapitalis madey..kalo madey jadi calon pm sapa akan dtg sokong, kalo parti sosialis jd pm agak2 siapa yg sokong..kata byk membaca..agak2 berapa ribu org dpt dihasut dgn pembacaan2 hebat parti sosialis ini..madey berani lawan raja dan sultan sb madey tahu perjanjian persekutuan, madey faham kedudukan raja dan sultan itu cuma takat adat istiadat melayu dan agama islam shj, tapi madey bukan perli melayu, madey perli bugis..kalo sultan terasa maka adalah tidak wajar sb raja2 melayu itu wajibnya bukan bugis..agak2 parti sosialis ini berani dgn raja saperti madey ke? saja tanya, sb senjata rahsia umno itu adalah istana, raja dan sultan..lihat sultan johor kata madey tua nyayuk..walhal tanah johor digadai kpd china..agak2 parti sosialis ini ada telur macam telur madey tak??

Tanpa Nama berkata...

kampon FELDA ada sokong?

pakcik?
makcik?
datuk?
nenek?
cucu?
cicit?


AIYOYO!
R.A.H.M.A.N. dah makin dekat???

LARI!!!!!