Selasa, 19 Disember 2017

SABAH SARAWAK MAHU MERDEKA










HEBAT

APA MAKNA

BERITA INI?

MAKNANYA

SABAH MAHU

MERDEKA
Warisan: Perbincangan MA63 mesti dengan Tanah Melayu, bukan Malaysia
 | December 17, 2017
Pemimpin pembangkang Mazliwati Abdul Malek berkata sebarang kajian semula MA63 perlu disertai wakil 4 penandatangan tetapi Tanah Melayu tidak lagi wujud.






KOTA KINABALU: Persoalan sama ada Tanah Melayu menyamar sebagai Malaysia membuka telah merumitkan keadaan, terutamanya tentang isu mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Parti Warisan Sabah.

Ahli Majlis Tertinggu Warisan Mazliwati Abdul Malek Chua berkata persoalan yang ditanya oleh aktivis politik Zainnal Ajamain dan dilaporkan FMT itu suatu kejutan yang boleh menggugat usaha membincangkan MA63.

“Apabila Ketua Menteri Tuan Haji  Musa Aman berkata kerajaan Sabah dalam proses merundingkan MA63, mereka berunding dengan siapa?

“Mengikut hak, menurut Perkara VIII MA63, Sabah sepatutnya berunding dengan Persekutuan Tanah Melayu.

“Kita tak nampak di mana kerajaan Tanah Melayuy sekarang ini. Di tempatnya sekarang ini ialah kerajaan persekutuan tetapi ia bukan dan tidak sepatutnya mewakili kerajaan Tanah Melayu,” katanya.

Peguam itu berkata sebarang rundingan atau kajian semula MA63 perlu disertai perwakilan dari 4 penandatangan iaitu Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan United Kingdom (Singapura meninggalkan Malaysia pada 1965).

Beliau menambah tidak memadai jika perbincangan itu hanya membabitkan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu kerana MA63 merupakan suatu perjanjian antarabangsa dan difailkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau berkata meletakkan kerajaan persekutuan di tempat Persekutuan Tanah Melayu suatu tindakan yang salah kerana kerajaan persekutuan sekarang terdiri turut dianggotai pemimpin Sabah dan Sarawak.

“Keberadaan orang Sabah dan Sarawak dalam kerajaan persekutuan bererti ia bukan Persekutuan Tanah Melayu.

“Tetapi, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mesti wujud dan tidak boleh diwakili oleh pelantikan.

“Kita bercakap mengenai suatu perjanjian antarabangsa, bererti ini rundingan antara kerajaan dengan kerajaan,” katanya.

Mazliwati berkata rakyat Sabah dan Sarawak letih dengan permainan politik yang dimainkan kerajaan BN apabila ia mengenai mengembalikan hak, dan mahu kembali ke meja rundingan dan menangani pelanggaran yang dilakukan sejak 5 dekad lalu.

Beliau berkata ramai pemimpin di Sabah, terutamanya di Sarawak, bersedia membentangkan kes mereka tetapi tidak tidak dapat meneruskannya selain bercakap kepada media dan mengeluarkan kenyataan media mengenai “rundingan” atau perbincangan akan datang.

“Sebenarnya, mereka tidak tahu mereka perlu bercakap dengan siapa kerana perdana menteri bukan wakil Persekutuan Tanah Melayu. Dia wakil Malaysia. Mengapa kita perlu bercakap dengan dia?

“Musa berkata dia dalam proses merundingan perjanjian itu, barangkali dengan kerajaan persekutuan sekarang, bererti dia tidak faham MA63 atau dia sedang memperdaya rakyat.

“Tetapi semua pelanggaran itu, dilaporkan lebih 50 pelanggaran, mesti ditangani dan dibetulkan atau kita merisikokan keseluruhan perjanjian itu dan membahayakan masa depan persekutuan ini,” katanya.

Beliau berkata penyelesaian yang mampu dia fikirkan sekarang ini ialah mengembalikan Persekutuan Tanah Melayu agar perbincangan dapat diteruskan.

Bagaimanapun, beliau tertanya sama ada kerajaan persekutuan sekarang mampu melakukannya dan berapa lama untuk melakukannya.

“Saya tidak nampak cara lain. Saya berharap ia tidak mengambil masa 50 tahun lagi. Rakyat Sabah mahukan hak mereka sekarang, kerana penantian 54 tahun sudah terlalu lama.”


MAKNANYA

NASIONALISMA

DAYAK IBAN

MAKIN MEREBAK

MAKIN LUAS

MAKIN AMPOH

INI DIBANTU

OLEH NAJIB

YANG BANYAK

MASALAH

----------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"TANAH MELAYU MENYAMAR SEBAGAI MALAYSIA" ...?????

kepala bana apa maknanya ni?? tunku abd rahman pakai kostum santa claus atau santa claus pakai baju melayu!?? tak paham aku makna ayat tuu. mohon pencerahan. atau macam tukar2 kejap jadi islam kejap jadi kristian? ke? mcm tu ke?

Tanpa Nama berkata...

CERAI AJER!!!!

BUAT APA NEGO' SAMA DIA?

CERAI TALAK TIGA AJER!!!!!!!!!!!!!!!!!


Lepas cerai, 50 tahun bole MAJU saperti Singapore....jadi SingaRICH



cerai TALAK TALAK TALAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!