Sabtu, 16 Disember 2017

SUSU DARI NEGARA MANA?



SEKARANG

BARU JELAS

SOALAN

ADAKAH INI

PRODUK DARI

CHINA  MERAH?


Susu tiruan, pengguna dinasihat pulangkan semula ‘Enfalac A+ Step 1 Infant Formula’

MEAD Johnson Nutrition Malaysia (MJN) menasihatkan pengguna dan peruncit di seluruh negara supaya memulangkan produknya; Enfalac A+ Step 1 Infant Formula dalam pek 1.8 kg untuk penggantian segera. 

Dalam satu kenyataan semalam, MJN berkata program penggantian produk sedang dijalankan susulan siasatan untuk menghapuskan produk tiruan dan setakat ini mengenal pasti sebilangan kecil produk disyaki tiruan dijual di beberapa kedai runcit di Johor.

Menurut kenyataan itu, MJN segera memperluaskan aktiviti sokongan pengguna melalui Program Penggantian Produk secara syukarela yang bermula semalam.

“Oleh kerana produk tiruan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah tanpa membuka karton, kebimbangan pengguna hanya boleh ditangani dengan diatasi sepenuhnya melalui Program Penggantian Produk.

“Matlamat program ini ialah untuk melupuskan karton taruan dari pasaran dan membolehkan pengguna mendapatkan hanya produk MJN yang tulen, berkualiti tinggi yang selamat dan sesuai digunakan bagi setiap label produk,” kata  kenyataan itu.

Sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dilaporkan dirampas di Johor baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, MJN akan mengumpulkan semua stok produk sedia ada dari kedai runcit dan menukarkannya dengan produk gantian selaras dengan mekanisme program yang kini dimaklumkan  kepada peruncit.

Pengguna boleh menghubungi 1-800-88-3585 (Isnin  hingga Ahad, 9 pagi hingga 11 malam) atau melengkapkan borang dalam talian di www.enfagrow.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemulangan produk dan arahan penggantian.  –  Bernama, 16 Disember, 2017

Makanan Palsu Dari China Khabarnya Telah Sampai Ke Malaysia ...

beritaviral.click/.../makanan-palsu-dari-china-khabarnya-telah-sam...

Translate this page
Apr 16, 2017 - #2 Susu bayi. Sekitar tahun 2009, berlaku satu skandal susu melamina di China. Seramai 53,000 orang kanak-kanak dan bayi yang jatuh sakit akibat mengambil minuman susu mengandungi melamina. 4 orang bayi meninggal dunia disebabkan susu tipu ini. Dikhabarkan bahan kimia tersebut ditambah ...

Skandal susu China 2008 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia ...

https://ms.wikipedia.org/wiki/Skandal_susu_China_2008

Translate this page
Skandal susu China 2008 ialah satu kejadian keselamatan makanan di Republik Rakyat China yang melibatkan susu dan rumusan bayi yang dicemari melamina. ... pada sekian lamanya kerana siromazin, satu derivatif daripada melamina, adalah satu perkara biasa yang digunakan di Chinasebagai racun serangga.
Missing: tipu

Skandal makanan China - Global - Sinar Harian

www.sinarharian.com.my/global/skandal-makanan-china-1.602672

Translate this page
Dec 25, 2016 - Skandal makanan China. Pihak berkuasa memeriksa susu formula bayi Sanlu berikutan kes pencemaran melamin kimia pada tahun 2008. SHANGHAI - CHINA. Pihak berkuasaChina mendedahkan, lebih setengah juta pelanggaran keselamatan makanan direkodkan dalam sembilan bulan pertama tahun ...

-----------------

Tiada ulasan: