Isnin, 11 Disember 2017

TENGKU FRAUD BERTITAH LAGI







HEBAT KUASA

GEREMBOLAN

KETUANAN MELAYU

DI AKHIRAT PUN

BOLEH DAKWA

Ku Nan: Kita akan dakwa wartawan di akhirat
Media yang didakwa memutar-belitkan ucapan pemimpin kerajaan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat kelak, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tuan Haji  Tengku Fraud Adnan  Mansor hari ini.
Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini Tengku  Fraud Adnan berkata setiap wartawan perlu bertanggungjawab atas setiap laporan yang mereka buat.
Namun katanya masih ada kenyataan dibuat pemimpin kerajaan dilaporkan secara salah dan mendapat kecaman, terutama daripada pembangkang seolah-olah semua yang dilakukan kerajaan adalah tidak betul.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405085#zpMTvWXxsAquqpzD.99




INI SABDA

TENGKU FRAUD

KAH KAH KAH



TENGKU FRAUD

Siapa Tengku Adnan Ini?

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. 

Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’. Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336

Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat. Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.

Kesultanan Melaka amat hebat di abad ke 15, Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia yang mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengannya. Disebabkan Raja-rajanya yang memerintah secara zalim mengikut hawa nafsu, maka Allah s.w.t t telah menghantarkan bala tentera dari luar (Portugal dan Inggeris) meruntuhkan kesultanan Melaka sehingga ke hari ini, Melaka tidak beraja. Jadi, tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan hidup Adnan ini penuh dengan mistri.


------------------------

3 ulasan:

yobstim berkata...

one more time - chit poorah!

Tanpa Nama berkata...

dna parti syurga sudah meresap masuk kdlm rohul kudus ahli2 united malay national organisation..syukur alhamdullillah..minta tambah rm90juta bole?takbir..takbir..takbir..take beer...

Tanpa Nama berkata...

Yinni worang betul punya title patut panggil sama dia tengkurak. Dia punya muka serupa yittu lanun juga ada, dia punya cakap macam Bentung Kali banyak serupa.