Rabu, 10 Januari 2018

BILA MUSUH TIDAK MENYERANG





BILA MUSUH 
TIDAK
MENYERANG

Pada Ahad 7 Januari 2018 telah berlangsung Konvenshen Ke 2 Pakatan Harapan di Pusat Konvenshen IDCC Shah Alam. Gua datang hadir bukan nak tengok-tengok. Dari pagi sampai petang gua disana memasang niat untuk bersama dalam babak sejarah yang sedang diukir.

Ini sejarah tanah air kita beeeb!

Gua ingat lagi pada bulan Disember tahun 2004 gua  telah menumpang kereta seorang kawan untuk naik  ke Tok Pekong di Ipoh. Bukan tujuan untuk ambil number tikam ekor. Tidak. Gua datang untuk menjadi saksi ijab kabul kenduri kahwin Parti Keadilan Nasional (PKN) dengan Parti Rakyat  Malaya (PRM). 

Hebat sejarah dua buah parti politik ini. Termaktub dalam babak sejarah tanahair dua parti ini berkenduri dalam Tok Pekong. Ini babak sejarah hebat belum pernah terjadi. 

Hanya Parti Komunis Malaya (PKM) sahaja yang pernah membuat mesyuarat penting dalam gua di Batu Caves pada bulan Ogos 1942. Ini dizaman perang Dunia Ke Dua

PKM mencari tempat rahsia kerana mereka sedang bergerila melawan soldadu Jepun.  PKN/PRM bermesyuarat dalam Tok Pekong bukan kerana hendak menyorok. Mereka berkongres dalam Tok  Pekong  kerana tidak ada sesiapa yang berani menyewakan dewan untuk babak bersejarah ini. Hakikatnya dua parti ini  juga sedang bergerila menentang kezaliman.

Biar gua beri tahu - setiap kali gua  nak hadir ke persidangan, seminar,  bengkel, koferensi, ceramah atau konvenshen saperti Ahad lalu - gua  merasa takut. Gua takut tak ada orang datang.  Tidak ada sambutan. Paling takut kalau gua sendiri yang mengatur program. Tak ada yang datang ertinya gua buat kerja  gagal. Ini babak gerun  lagi mengerunkan.

Tetapi ada lagi yang lebih gerun dari mengerunkan. Lebih seram    dari semua yang menyeramkan. Lebih takut dari Pak Pandir yang takut dengan Tok Tok Kai Serondong Batang Mana Hinggap Tengah Belakang. 

Konvenshehn Ke2 Pakatan Harapan  diadakan dalam tahun 2018. Bukan tahun 1942 atau 2004. Suasana berbeza. Perang Jepun telah lama tamat. Pulau Pinang dan Selangor sudah bertukar kerajaan. Kini dibawah kerjaan Pakatan Harapan.

Tapi waspada ini bukan bermakna kezaliman telah tamat. Yang zalim dan jahat kini menjadi  pencuri dan penyangak. Dengan kuasa ditangan mereka merompakan dana negara secara tebuka dihadapan mata kita.

Dalam suasana inilah kaum kerabat , sanak saudara, penyokong dan pemimpin Pakatan berkumpul dan berbincang di Shah Alam. Jadi apa yang menakutkan gua?

Apakah gua menjadi takut kerana dipintu masuk itu akan ada kumpulan yang membawa sepanduk dan melaungkan R-E-F-O-R-M-A-S-I. 

Atau gua takut kerana  diberitakan Jamal Ikan Tongkol akan datang bercawat untuk minta saham air dan sebidang tanah paya dari Azmin Ali? 

Tidak. Bukan ini yang menakutkan gua. Kalau pekara ini yang menakutkan ianya tidak sampai ketaraf Karipap King Kong. Semua ini hanylah tahap  ‘kacang putih dan gula singam’. Gua langsung tidak takut.

Malah gua akan menyokong sesiapa sahaja untuk melakukan apa saja dihadapan pintu masuk ke Konvenshen. Ini kerana gua lahir dan menganut  mazhab dilarang melarang.

Justeru kalau pun ada Tongkol atau sesiapa yang ingin membuat bodoh gua juga tidak akan melarang. Pada hemat gua bodoh mungkin  merebak tapi  bodoh bukan penyakit  berkuman yang berjangkit. Sesiapa  nak jadi bodoh gua tidak melarang dan  gua tidak takut. 

Malah gua sokong hak mereka untuk bersuara. Jangan kita ketepikan  atau ditindas hak mereka untuk bersuara. Gua akan menyokong bermati-matian hak  mereka untuk menjadi bodoh. Walau pun mereka musuh gua. Jangan sesekali di tindas diketepikan sosok-sosok yang nak menjadi  bodoh. Menjadi bodoh itu adalah hak asasi mereka.

Jika hari ini ini kita menindas  hak asasi mereka untuk jadi bangang dan bodoh - satu masa nanti kita sendiri akan jadi bangang dan bodoh. Jika mereka tidak setuju dengan cadangan untuk mencalonkan Mahathir - itu  hak mereka. Kalau sesiapa nak menjadi Lokman Adam atau Azwan Bro biarkan saja.  

Jika semua ini tidak gua takuti - apa yang gua takut? Kalau Tok Tok Kai pun tidak ditakuti - apa yang gua takut?

Gua amat-amat takut bila musuh tidak menyerang gua lagi.

Sekali lagi gua buka kesah Mao Zedong yang lari  diburu oleh soldadu General Chiang Khai-sheik. Pengerusi Mao menyorok dalam gua di Yenan Utara China.  Dari gua  ini pada 26 May 1936 Mao telah mengeluarkan satu tulisan kepada anggota  Parti Komunis China (PKC).

Tajuk tulisan ini ialah - Di Serang oleh Musuh Bukan Satu yang Tidak Baik Tapi Satu yang Baik. Tulisan ini menjadi pedoman kepada aktivis,  kader, gerila  PKC. Malah dalam tulisan ini Mao menunjukkan lagi gila babi datangnya serangan  lagi  baik. 

Kegilaan serangan membuktikan  bahawa antara kita dengan musuh jelas  wujud pertelagahan dan perbezaan. Garis  dan agenda politik yang berlawanan. Justeru musuh menyerang. 

Jika tidak diserang mengikut pandangan Mao bermakna kita telah menjadi lembik atau telah  sama setaraf dengan musuh. Yang ini gua takut - bila gua tidak diserang.

Pandangan Mao ini terbukti tepat dan benar. Minggu lalu Subky Latiff penulis  dan pemimpin Parti Pas tanpa sedar telah membuktikan ajaran Mao ini. Subky dalam tulisan di Harakahdaily pada 6 Juanari 2018 telah menerangkan kepada ahli Parti Pas tentang betapa bahayanya kedudukan Parti Pas sekarang ini kerana tidak lagi diserang oleh parti  United Malays National Organisation.  Yang dulu ditakrif sebagai seteru dan musuh ketat.

Malah  Si Subky ini amat kecewa kerana dua kali Presiden United Malays National ini telah memuji Parti Islam ini. Pertama dalam  ucapan Najib di  Perhimpunan Agong United Malays National Oganistion  pada 5 Disember 2017 dahulu. Kedua dalam Ucapan Tahun Baru Najib. Parti Islam dan kepimpinan Hadi telah dipuji.


Berasakan pandangan Mao dan mengikut  pandangan Hishamuddin  Rais  dalam suasana politik tanah air hari ini sesiapa  sahaja yang dipuji oleh Najib adalah hampeh mampeh. Ini amat jelas.

Pekara yang ditulis oleh Si Subky inilah yang menakutkan gua. 

Bayangkan - sesudah Konvenshen Pakatan Harapan Ke2 media membuat laporan. Berita muncul disana sini. Media sosial heboh dengan gambar selfie. Tidak lebih dari itu.

Inilah ketakutan gua. Gua  paling takut musuh  Pakatan Harapan  tidak ambil pot. Gua takut Pakatan Harapan tidak diserang. Gua takut media arus perdana milik United Malays National Organisation senyap membisu.  Gua  amat takut kalau-kalau Geng Cik Gu Bard tak berkata apa-apa. Gua juga takut Haris Ibrahim senyap berkhalwat. Gua  akan takut  dan kecewa jika Mat Ezam Mat Nor  terus angguk kepala tanda  setuju. Gua juga takut jika Dr Kua Khoo Soong tidak  mengelurkan pandangan sepuluh sennya. 

Biar gua cakap jujur jujur. Gua betul betul takut. Gua seram sejuk. Kaki gua menggigil takut.

Jika semua senyap ertinya Konvenshen Pakatan  gagal. Meleset gagal.  Semua kerja politik sebelum ini gagal. Tulisan gua juga gagal meleset. Gua sendiri dengan sedih hati terpaksa mensenaraikan  Tukar Tiub  sebagai ‘ Bapak Gagalis  Sedunia‘. 


Sabar dulu… mes amies .. wait a moment my friends.. not so fast dear comarade… 

Apa  yang gua takutkan TIDAK berlaku. Malah Konvenshen belum pun selesai serangan bertalu-talu telah sampai.  Tak putus-putus musuh menyerang Pakatan .  Semua cadangan dan pandangan dalam dewan persidangan telah ditibai.  Telah dikoyak rabakkan. Telah dibakul sampahkan.

Serangan ini bukan dari nyamuk dan agas. Atau dari pijat dan kutu yang berkumpul di Dewan China tetapi dari musuh besar rakyat Malaysia. Musuh utama rakyat Malaysia - seteru politik Pakatan Harapan - telah  gila  babi menyerang Pakatan Harapan.

Maka mengikut ajaran politik kiri  Mao dan juga mengikut pandangan Si Subky Latiff serangan sabagini  adalah petanda  yang baik. Lagi gila serangan sampai  lagi jelas apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan ialah  betul dan tepat.

Pagi ini Senin 8 januari 2018 ini  gua menggarap tulisan ini. Dari awal pagi gua terus membaca kutukan dan serangan terhadap Pakatan Harapan. Portal berita tidak henti-henti melaporkan serangan terhadap  apa yang berlaku kelmarin di konvenshen Pakatan.

Wakil Cukong Wee Kia Siong dari MCA  mengingatkan  rakyat Malaysia terutama penyokong Pakatan Harapan terhadap kezaliman Mahathir. Gua rasa nak genggam kentut dan lepaskan ke muka Mamat Cukong ini. Dimana wakil cukong ini  berada ketika Mahathir menjadi Perdana  Menteri. Apakah Mamat Cukong ini masih bergelong dalam kelongsong telor ayahandanya. 

Gua terbaca komen sedih lagi sayu dari Veil Paari seorang gedebe MIC yang juga peminat siri drama Tamil di RTM. Gedebe MIC ini merasa sedih  hingga menitiskan air mata biawak apabila mengenangkan nasib para REFORMIS yang telah dibelangkong oleh Mahathir.

Tapi yang peliknya Si Gedebe ini tidak pula menangis sedih apabila seorang  pelakon Drama TV Tamil RTM didapati mati terbunuh. Walau apa pun gua cukup senang hati mendengar serangan sedih dari saorang  Gedebe lagi samseng.

Tup tup  gua terbaca kenyataan Menteri Rahman Dahlan memperli Pakatan Harapan sampai nak rak. Menteri ini menyindir Pakatan. Pak Menteri ini mentertawakan dan memperlekeh isi Manifesto Pakatan. Pak Menteri Rahman berkata semua keputusan konvenshen Pakatan adalah satu trajedi.

Aduh! Gua amat amat senang  hati kerana Mamat  ini menganggap  Pakatan Harapan ini satu trajedi. Gua tahu kita baru saja menghadapi trajedi  apabila Najib memberhentikan Ahmad Maslan dan Hasan Malek dari menjadi menteri.

Hilangnya Hasan Malek  dan Mat Maslan ini trajedi kecil kerana kita hanya kehilangan pelawak. Trajedi yang paling besar yang akan dihadapai oleh Pakatan ialah apabila Rahman Dahlan bersetuju dan menyokong agenda Pakatan Harapan. Bila ini berlaku gua tutup kedai.

Jika Pakatan Harapan tidak diserang oleh menteri Rahman maka pada pendapat gua ini adalah trajedi untuk kurun ini.

Yang paling menyejukkan hati gua - paling berjaya membuat gua senyum puas hati ialah apabila Menantu Abah Bos Tingkat Empat Khairy Jamaludin menyerang. Waspada Mamat ini tidak pernah berkata apa-apa bila Najib mencuri duit 1MDB. Mamat ini buat deek saje.  Mamat ini juga tidak bersuara tentang kes-kes rasuah FELDA. Mamat ini buat donno.

Justeru apabila Khairy menyerang  Pakatan Harapan ini petanda yang paling baik. Ini fikrah dari  lulusan Oxfart. Telah terjulur pandangaan Khairy untuk menyerang. Mamat ini  amat jarang menjulurkan lidah.

Khairy  berkata jika Mahathir mengkemudikan Pakatan maka Malaysia  akan menjadi tidak stabil. Ekonomi akan merosot. Ringgit akan merundum. Pelabur lari lintang pukang. Wow! Gua salut dengan seranan ini. Ini serangan berilmiah. Serangan berasaskan ilmu teori ekonomi politik. 

Serangan saperti inilah yang  gua tunggu-tunggu. Bukan serangan  Mahathir nak jadikan anaknya Perdana Menteri atau Mahathir nak menobatkan anak angkatnya Azmin Ali sebagai  PM. Pada hemat gua ini Ini bukan serangan politik - ini cerita ketiak  masam.

Kesah dan labon ketiak masam ini kita tinggalkan kepada sesiapa sahaja yang nak jadi Lokman Adam atau nak jadi pengikut Azwan Bro.

Gua tersenyum puas apabila Pakatan Harapan terus gila babi diserang. Amin. (tt)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



-----------------------

3 ulasan:

1msia berkata...

woiii...lu anak anak buah musuh tidur slumber lagi ke? bapak musuh ko bawa famili empat generasi pi arab pantau lokasi sampai masa cabut pigi... lohhhh

Tanpa Nama berkata...

encik isham..bila tengok gamba madey dgn papan tanda hak milik kekal, sy teringat sambungan kata2 papan tanda itu..hartanah hak milik kekal dan berdekatan dengan singapore..cuba lu fikir, pasal apa ayat-ayat akhir itu " berdekatan dgn singapore".pasal apa tak tulis berdekat jb, angsana mall dan dan dan? jawapannya mudah bro..sb warga2 china yg kaya raya sendiri mahu keluar dari china dan mahu mendptkan PR..ramai artis2 dari china dulu kala sudah ada PR singapore..tp nape singopre? jawapanya mudah sb singapore moden dan teratur.singapore ada byk produk2 amerika dari hiburan sampai kasino.oleh itu, warga2 china mahu membeli tanah kekal di johor dan berjoli di singapore..hartanah dijb lebih murah berbanding disingapore..

Tanpa Nama berkata...



Bilo musuh tidak menyorang ibarat panTAT bacin yg takdo berdocit2 n takdo meraung takdo mengorang laei!

Bilo musuh tidak menyorang umpamo pok Imam usTaT ahWANG eddy yg khusyuk semayang Tahajjud tapi takdo dapek duit CURI kek dlm akaun Affin bank 90juta, so khusyuk tunggangTunggit jd sio2 jo n mano buleh nak dapek panTAT bidadari!

Bilo musuh tidak menyorang raso mcm poyo jo, mcm melancung jauh nun kek German tapi totap bukak n mengadap siaran drama TV1 n TV3suku hu hu..

TAPI..
Tapi, bilo musuh dah mulo menyorang..tengok camno macho nyo siTontontv memogang kontol yg boto2 koreh menating2 didopan TV PORNO German pay-perVIEW melancap berfantasikan bidadari jeli bermata biru sampai naik domam kawan tu hu hu!!