Selasa, 13 Februari 2018

ADA JIN DADAH DI KELANTAN





KESAH BENAR

DI KELANTAN

ADA JIN SURUH

AMBIL DADAH

‘Ada jin suruh hisap dadah’

BACHOK – Orangnya dilihat sederhana, berkopiah putih, memakai seluar jeans dan berjaket. Siapa sangka jejaka yang dilihat normal itu sebenarnya sudah lama bergelut dengan masalah penagihan dadah.

Mat (bukan nama sebenar), berusia 28 tahun berasal dari sebuah kampung berdekatan Jelawat adalah anak keempat daripada lapan beradik.

Mengetahui mengenai susur galur keluarganya, dia bukan orang susah, malah sudah banyak wang dihabiskan ibu bapanya untuk mengubati Mat sejak beberapa tahun lalu, namun lazimnya ia hanya bertahan seketika sahaja sebelum Mat kembali menagih.

Mat berkata, dia mula terlibat dengan gejala dadah pada usia 14 tahun dan sehingga kini dia masih gagal mengatasi masalah ketagihan itu berikutan mendakwa ada ‘jin’ yang mengarahkannya untuk terus menagih dadah.

"Lepas berubat saya pulih seketika, namun bisikan jin itu datang lagi. Dia kata kalau saya ambil dadah saya akan kembali sihat,” katanya ketika ditemui di Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok.

Mat berkata, dia hanya mendapat pendidikan setakat tingkatan dua di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa dan di situlah dia mula ponteng kelas dan masuk hutan untuk menghisap rokok.

Dia juga pernah dihantar ke sebuah pondok di Tunjung, seketika sebelum keluar dan ketagih dadah semula.

“Mak ada beri minum air bacaan Yasin dan ayat suci al-Quran dan ia mengurangkan sedikit ketagihan saya. Namun, bisikan seperti itu juga akan muncul ketika saya sedang bertasbih, sedang solat dan ketika berbual-bual.

“Ada ketikanya ia munculkan makhluk besar dengan wajah berbulu hitam seperti beruk besar tapi saya tak takut. Kalau saya hisap dadah dia tak ganggu, tapi kalau saya solat dan berzikir ia akan ganggu. Dalam mimpi pun ada sehingga saya sering terkejut dalam tidur,” katanya yang mengambil pelbagai jenis dadah termasuk syabu dan pil kuda.

Mat melukis rupa jin yang sering datang dalam fikirannya

Mat mendakwa, hasil pertemuan dengan bomoh mengatakan syaitan dalam hatinya sudah tiada tetapi masih ada di dalam fikirannya.

Dia mendakwa, bomoh mengatakan jin itu terlalu ramai dan hanya sebahagian sahaja yang dapat dikawalnya.

“Saya solat lima waktu tapi ada kalanya kalau saya tak dapat kawal diri, jin  paksa saya mengamuk sama ada tendang pintu atau tumbuk mesin basuh. Bila dengar orang bercakap pun saya rasa nak marah.

“Saya tak boleh bunyi bising atau pelik-pelik nanti saya terkejut dan ia membuatkan jin itu mengamuk,” katanya.

Mat berkata, kini dia juga lebih sudah setahun dirujuk ke pakar psikiatri di hospital Kota Bharu.

“Orang kata ‘benda’ itu tak boleh dihalau tapi kena selalu baca ayat suci al-Quran. Malangnya saya hanya tahu baca sampai ‘kulya’ (surah Al- Kafirun) saja. Nak hafal al-Quran pun susah bila macam ini.

“Saya pun kena ambil ubat setiap hari dan saya ingat dah tak mahu lagi terlibat dengan dadah ini. Saya jarang ke masjid sebab takut ganggu orang dan tak sihat sangat.

"Muka saya rasa sakit macam ditarik, kadang-kadang sakit usus, sering sawan dan lenguh badan. Saya cuba cari kudrat macam dulu untuk pulih,” katanya yang pernah ditangkap polis pada 2015 dan terlibat kes mencuri di sebuah restoran di Pasir Mas.

Bercakap mengenai matlamat masa depannya Mat berharap dia akan pulih sepenuhnya dan ingin bekerja untuk mencari pendapatan sendiri sebelum membeli kereta dan mendirikan rumah tangga.

“Banyak benda yang saya dah tertinggal, dah lama saya tak puasa sebab tak boleh tinggal rokok dan dadah. Saya harap sangat dapat hafal al-Quran dan bantu ibu bapa.

“Jadi saya juga harap remaja di luar sana tak cuba dadah apa lagi merokok. Semua itu tak bermanfaat dan merosakkan masa depan,” katanya.


DIMANA JIN INI

TINGGAL?

DI KAMPONG

 ATAU

DALAM PEKAN?


---------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biasa lar.....
banyak JIN kat sini
ada JIN angin
JIN api
JIN tanah
JIN "eTAKE"

tapi JIN paling terrer......dari wilayah PEKAN
namanya JIN DARAH


ko tao gwa tao lay............
HAR HAR HAR ....salah lay

WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOF WOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOF

Tanpa Nama berkata...

Bang....

Cilake betol mat pet ni. Dia kelentong lebai2 tu bulat2. Lobai2 tu tak tau ker sebenarnya jin pun takut dengan mat pet?? Apa punya bangang la percaya jin goda mat pet....