PAKATAN MENANG
KALAH DITIPU
Minggu lalu saya menulis tentang ramalan Mahathir yang mengatakan bahawa Najib sedang merancang untuk menidak adakan PRU14. Mengikut pandangan Mahathir PRU14 akan dihuru harakan oleh Najib. Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan telah lebih dari tiga kali dalam ucapannya berkata bahawa Najib akan menggunakan kuasa Majlis Keselamatan Negara dan Darurat untuk membatalkan PRU14.
Dalam hal ini saya tidak sekepala dengan Mahathir. Saya amat yakin PRU14 akan diadakan tidak lama lagi. Dalam masa yang sama saya tidak menafikan yang Mahathir ini memiliki maklumat-maklumat saheh ‘ dari orang dalam’ yang bercanggah dengan pandangan saya.
Saya juga amat yakin Mahahthir masih lagi memiliki sosok-sosok jaringan ‘ deep state-daulah terpendam’ yang bersedia memberi maklumat dalaman kepada Mahathir. Mustahil satelah berkuasa selama 22 tahun tidak ada Pegawai Tentera atau Pegawai PDRM atau Mata-Mata Gelap yang sedia membocorkan maklumat dalaman kepada Mahathir. Pasti ada.
Jika saya yakin bahawa PRU14 akan diadakan bukan bermakna saya menafikan jaringan ‘deep state’ Mahathir. Atau saya telah mengundur dan lari dari falsafah dan pandangan saya tentang pilihan raya yang anuti selama ini.
Saya masih lagi yakin bahawa dalam negara Dunia Ketiga jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan. Dalam pekara ini saya TIDAK berganjak.
Saya buktikan kenyataan saya ini dengan memberi ingatan sejarah. Pada tahun 1964 Pilihan Raya Kerajaan Tempatan telah diharamkam. Sampai hari ini kerajaan tempatan tidak ada pemilihan. Kenapa diharamkan? Kerana setiap kali diadakan pengundian yang menang ialah Parti Rakyat dan Parti Buruh. Parti United Malays National Organisation dan kuncunya dalamg Perikatan hilang wang pertaruhan. Ini sejarah.
Sekali lagi saya nyatakan secara hitam puteh disini bahawa dalam PRU13 Pakatan Rakyat telah menang. Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi rakyat. Dimana-mana dalam dunia ini jika satu parti politik telah mendapat 52% sokong undi rakyat maka parti ini akan menjadi kerajaan. Tapi ini tidak berlaku di Malaysia. Kenapa?
Di Malaysia ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan Najib dan United Malays National Organisation akan terus menang. Najib akan terus berkuasa. Ini tugas asal SPR. Tugas ini tidak beralih dari zmaan Tunku hingga ke hari ini.
Jika ada sesiapa tidak sedar dan tidak faham tentang hal ini maka saya cadangkan mereka pergi berehat dan kemudian hantukkan kepala sendiri ke dinding.
Sedarlah bahawa SPR adalah alat Najib. SPR adalah lembaga daulah yang Pengerusinya dilantik oleh Najib. Justeru lantikkan - orang yang dipilih - bertujuan untuk memastikan Najib menang. Kalau tidak Mamat Pengerusi SPR ini tidak akan dilantik oleh Najib.
Ini sama saperti lembaga-lembaga daulah yang lain. Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) Pengarahnya dilantik oleh Najib. Maka mustahil SPRM akan melakukan siasatan kes 1MDB. Bagitu juga dengan Peguam Negara. Sosok ini ini dilantik oleh Najib. Maka mustahil Peguam Negara akan membuka siasatan kes 1MDB atau kes pembunuhan Altantuya.
Mustahil. Ini tidak akan berlaku. Ini hakikat. Ini politik negara Dunia Ketiga. Ini politik Malaysia. Kita bukan di London. Kita bukan di Sweden atau di Melbourne. PRU14 akan djalankan di Malaysia sebuah negara Dunia Ketiga.
Dalam PRU14 nanti dari pemerhatian politik hari ini saya cukup yakin Pakatan Harapan akan menang. Sama saperti dalam PRU13 dulu - Pakatan Harapan akan mendapat sokongan majoriti. Rakyat akan berbendung-bendung memberi undi kepada Pakatan Harapan.
Tapi terima jugalah hakikat bahawa Najib dan Rosmah akan berkuasa kembali.
Saya ulangi sekali lagi. Dalam PRU14 Pakatan Harapan akan menang. Tapi Najib akan terus berkuasa.
Ayat saya ini pelik dan berbelit-belit. Kalau Pakatan Harapan menang mana mungkin Najib dan Rosmah terus berkuasa? Kalau Pakatan Harapan mendapat undi majoriti bagaimana Najib masih lagi berkuasa?
Gelombang anti United Malays National Organisation makin ampoh. Gelombang benci kepada Najib makin menyerlah. Gelombang muak dan mual melihat muka Rosmah tergedik-gedik ke hulu ke hilir telah memberi kebaikan yang maha sangat kepada Pakatan Harapan.
Warga FELDA sedang bangun memberontak. Hutang Pak Cik dan Mak Cik peneroka tak pernah langsai. Lepas satu hutang ada lagi hutang baru. Mahathir sedang menghuru harakan FELDA. Najib terpaksa membuat FELDA 2.0 untuk ‘membodek kembali’ sokongan peneroka. Ada 54 kerusi parlimen terikat dengan FELDA. Jika warga FELDA beralih maka Najib dan Rosmah lingkup.
Cik Gu dan Cik Gi secara terbuka telah menyatakan benci kepada Najib. Pegawai kerajaan semakin ramai dan semakin berani berpaling tadah. Ini terbukti dengan amaran Pak Menteri Mahdzir Khalid kepada Cik Gu dan pegawai kerajaan yang akan dibuang kerja jika mereka menyokong Pakatan Harapan.
Ini bermakna undi akan meloroh masuk ke dalam tangki Pakatan Harapan. Betul. Saheh. Sekali pandangan kita akan lihat inilah yang akan berlaku. Tapi sabar dulu.
Najib akan melakukan silap mata. Ini silap mata yang lebih hebat dari David Copperfeild. Lebih hebat dari Raja Hussein Magic Show dari Jelebu. Lebih hebat dari Tok Bomoh Firaun yang menjadikan ular dari tali.
Pada ketika ini semua sedang diatur. Semua sedang disusun. SPR sedang menyusun silap mata ini. Ianya sedang berjalan dihadapan mata. Hanya para pembaca tidak sedar apa yang sedang berlaku. Maka kerana itu ianya dinamakan silap mata a.k.a PENIPUAN
SILAP MATA PERTAMA : Pengundi dipindah randahkan. Mana kawasan yang Najib mahu menang maka akan meloroh masuk pengundi penyokong Najib. Contoh terbaik ilah 6,000 malaon baru dari Bukit Aman masuk ke Lembah Pantai. Untuk memastian Nurul Izzah - Obor Reformasi - kalah. Ini silap mata namanya.
Berpuluh-puluh kawasan sedang menerima pengundi baru. Atau pengundi lama telah dilenyapkan. Atau dipindahkan tanpa Sang Pengundi sedar atau diberitahui. Ini silap mata yang dilakukan oleh SPR atas arahan Najib.
SILAP MATA KEDUA : dengan sakelip mata Papan Tanda akan tercacak. Papan tanda ini memberitahu kita bahawa sebuah Kem Askar akan didirikan di Semberong atau di Bangan Datuk atau di Bera.
Soldadu dan askar tak sampai lagi. Bangunan belum ada. Tak ada apa pun dibelakang Papan Tanda ini. Awas. Papan tanda ini membawa 5000+++ undi askar untuk membantu calon Najib. Ini silap mata namanya.
SILAP MATA KETIGA : Undi awal. Mengikut kenyatan BERSIH lebih dari 400,000 pengundi telah ditakrif sebagi pengundi awal. Mereka ini dikatakan wajib menjadi pengundi awal kerana pada hari membuang undi mereka bertugas.
Siapa mereka ini?
Mereka ialah Bidan, Cik Gu, Doktor, Juruwarat, Misi, Bomba , Polis - malah siapa sahaja yang diperlukan undi mereka oleh Najib akan ditakrif sebagai Pengundi Awal.
Apa rancangan gelap dibelakang pengundi awal ini? Apakah mereka bertugas untuk mengundi dua kali? Kenapa mereka mengundi awal? Apakah betul mereka bertugas pada hari itu? Ini silap mata namanya.
SILAP MATA KE EMPAT: Persempadan semula. Ini adalah silap mata yang lebih hebat. Pada pilihanraya 2004 dahulu telah diadakan persempadan semula. Maka dengan hebat United Malays National Organisation menang besar. Maka Profesor Datuk Abdul Kang Kong dari Universiti Sintuk memberi analisa bahawa kemenangan ini kerana peranan Mat Ngantuk yang bernama Pak Lah yang dibaca sebagai Mister Clean.
Ini bohong. Pak Lah tidak tahu apa-apa. Pak Lah lepas tangan. Pak Lah hanya kenal Khairy Jamaluddin dan samseng Tingkat Empat. Khalas. Persempadanan Semula yang membaNtu Pak Lah menang besar. Ini fakta. Ini hakikat bukan lebong Hishamuddin Rais.
Projek Persempadan Semula tahun 2018 ini akan membantu Najib untuk memastikan yang Najib akan terus berkuasa. Kawasan dialih dan diubah. Pengundi beralih dan bertukar.
Wajib diberitahu Projek Persempadan Semula ini wajib diluluskan oleh Parlimen. Bila diajukan dalam Parlimen saya cukup yakin projek ini pasti lulus. Perlu diberitahu bahawa cadangan persempadanan semula ini untuk dilulus oleh Parlimen TIDAK memerlukan undi dua par tiga. Menang satu undi pun Najib akan menang. Ini silap mata namanya.
SILAP MMATA TERAKHIR: Pengerusi Pakatan Harapan Mahathir telah mengumumkan secara resmi bahawa dalam masa 100 hari pemerentahan Pakatan Harapan Najib akan di tangkap untuk didakwa.
Kes 1MDB Najib ini sedang berjalan di Amerika, di Switzerland, di Singapura, di Luxumbourg , di Hong Kong dan di Abu Dhabi. Najib sedar pekara ini.
Kalau tuan tuan pembaca adalah Najib apakah yang akan tuan tuan adik kakak lakukan? Apakah dengan rela hati Najib dan Rosmah akan menyerahkan kuasa kepada Mat Sabu, Mahathir, Guan Eng dan Wan Azizah?
Apakah Najib bersedia untuk diheret ke mahkamah di Los Angles atau dihantar ke Switzerland? Fikir baik baik. Minum air sejuk. Tegok air sejuk baik baik dan fikir rapi rapi. Apakah Najib akan mengundur jika Pakatan akan menang? Apakah Najib dan Rosmah bersedia untuk didakwa didalam dan diluar negara?
Inilah silap mata terakhir. Maka disinilah Najib akan menjadi Houdini. Mamat Houdini iani ialah Pakar Silap Mata tersohor dalam dunia. Houdini dikat, digari, dimasukan ke dalam peti besi dan dicampakan ke dalam kolam. Tapi Houdini masih dapat melepaskan diri. Kali ini Najib akan menjadi Houdini untuk terus berkuasa.
Saya tidak boleh membohongi dan mengkhayalkan para pembaca dengan mimpi indah melihat Najib dan Rosmah ke Penjara. Saya wajib sedarkan para pembaca bahawa dalam negara Dunia Ketiga tidak pernah berlaku perubahan kerajaan melalui pilihan raya. Ini hukum dan syarat politik dalam negara Dunia Ketiga.
Dalam masa yang sama saya cukup yakin Pakatan Harapan akan menang undi majoriti dalam PRU14. Ertinya Pakatan Harapan Menang tetapi kuasa dinafikan? Salah. Bukan dinafikan. Nafikan adalah hujah yang salah. Pakatan akan menang. Jika kalah kerana ditipu. Kalau Pakatan Harapan ditipu apa jawpannya? Tunggu minggu hadapan. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
--------------------
2 ulasan:
ALWAYS TRUST DISHONESTY TO BE DISHONEST
wut 2 do?
education FEL! (dulu profesor kang-n-kong, sikalang professor BOMOH!)
moral FEL! (kena belajar pededakan moral)
language FEL? (zam zam ular kazam ajer)
polly-teekus FEL! (buat laluan teekus)
religion FEL! (Murder Death Kill!)
MUA HAR HAR HAR HAR HUH??????????
sumpah atas KORAN dalam masjed lagi kah!
dah crita USANG
dah jelak!
tarak crita baru kah?
ingat bole pakai TAQIYAH bila sumpah atas KORAN, dalam jamban!
Catat Ulasan