Jumaat, 16 Februari 2018

TABIAT ITIK






TABIAT ITIK


Kepada pembacha2  Tukar Tiub yang budiman...sedikit pencherahan mengenai perkataan KEBAS.

Generasi muda jika ditanya apa maksud  KEBAS....mereka kata  CHURI.Chontohnya:

"" Wang  masjid telah kena kebas"".....namun KEBAS  dalam context di churi bukan dalam persuratan Melayu lama.Ia  bahasa kasar macham perkataan KANTOI. Baru lagi di pakai dengan meluas .

Jadi bila seseorang itu di sebut KAKI KEBAS....lazim nya orang terus menyangka dia itu kaki churi..

Aneh sekali...Di masjid saya ramai  jemaah masjid Kaki Kebas!!!

Mungkin betul mungkin tidak tapi selalunya bila orang yang telah berumor itu dudok bersila lama 2 kaki mereka menjadi KEBAS.

Penggunaan  perkataan kebas di sini membawa maksud  keadaan anggota seperti tangan dan kaki menjadi kaku atau tegang kerana tertindeh atau terhimpit lama2. Ada juga yang sebut  SEMUT SEMUTAN yang akan diolah bersama KEMUT KEMUTAN di minggu hadapan.

Kembali pada perkataan KEBAS...teringat akan DIKIR BARAT ITIK ,.....oleh Arwah Cikgu Naim.Dia cherita kelakuan itek yang ditiru oleh manusia...Satu rangkap sebut :

TABIAT PUAK ITIK
DIA SUKA BERGAUL BEBAS
TUNANG ORANG PUN DIA KILIK
 BINI ORE PUN DIA  KEBAS..

Sunggoh banyak kata2 nasehat Cikgu Naim dalam  Dikir2 nya.Sila Google atau YouTube Cikgu Naim  serta di iringi Al Fatehah.

KEBAS LAH KAM




-------------

Tiada ulasan: