.

Rabu, 14 Mac 2018

PERANGKAP MENUNGGU NAJIB




RAGA BULUH

SUDAH DIPASANG

Satu ketika dahulu keluarga kami duduk dikampong. Kami ada sawah, berternak ayam itik dan sempat memilihara saekor kerbau betina bernama Kembang. Sering kali saya diberi tugas oleh arwah Emak untuk menangkap ayam bila diperlukan sebagai santapan keluarga atau tanda hormat menyambut tamu. 

Arwah Emak akan mengenal pasti Sang Ayam mana yang akan dikorbankan. Tugas saya ialah  memasang raga  buluh untuk memerangkap. Saya menggunakan umpan padi dan nasi sejuk. Kami tidak ada dedak.

Ramai itik  dan ayam datang berkerumun makan umpan. Tapi saya hanya ada satu sasaran. Saya menunggu untuk menjatuhkan raga apabila sasaran saya telah masuk ke ruang  raga yang terbuka luas.

Jika  sasaran ini agak degil untuk masuk perangkap maka saya akan mengejarnya   sekeliling kampong  sahingga ayam ini letih. Arwah Ayah saya yang agak lebai  - lulusan sekolah Pondok Lebai Maadah Batu Kikir - tidak membenarkan saya mencederakan Sang Ayam sebelum disembelih.

Hari ini dunia sedang melihat raga kepongan telah dipasang untuk memerangkap Najib. Saperti ayam saya dahulu Si Najib ini agak liar dan agak susah untuk masuk perangkap. Pada hemat saya besar kemungkinan Si Najib ini akan diburu sahingga dia jatuh letih sebelum dihantar ke hadapan Tuan Hakim atas tuduhan mencuri duit 1MDB.

Pada ketika ini ada dua raga yang sedang dipasang untuk menangkap  Si Najib ini. Satu raga tempatan buatan Malaysia. Satu lagi raga yang dipasang oleh kaum pemodal antara bangsa a.k.a global capitalist. Raga buatan luar negara ini kelihatan ketat kukuh dan diyakini akan menjerut.

Ketika saya memburu Sang Ayam untuk disembelih, saya juga tertanya-tanya apakah Sang Ayam ini tahu bahawa dia akan berakhir dalam belanga tanah liat?

Ketika perangkap terpasang untuk menangkap Najib apakah Si Najib ini ada terlintas dalam fikrahnya bahawa hari hari akhirnya semakin dekat. Bila-bila masa sahaja perangkap ini akan melejang. 

Ini bukan bermakna  Si Najib ini akan digulai dalam belanga saperti ayam yang saya tangkap. Saya yakin tidak ada sesiapa yang ingin memakan gulai Najib. Biawak Sungai Kelang pun  saya rasa akan menolak daging Si Najib ini.

Projek memerangkap Najib ini telah lama dipasang.Raga tempatan dan raga luar negara ini sedang bekerja saling bantu membantu. Dua-dua raga ini memiliki cita-cita untuk menangkap Najib. Malah tujuan untuk menangkap Najib ini memperlihatkan saolah-olah ada kerjasama. 

Dua-dua raga ini menggunakan 1MDB sebagai umpan. Cuma - raga tempatan dan raga luar negara ini tidak duduk sameja untuk membicangkan cara terbaik, tercepat dan terheboh untuk memerangkap  Najib.

Pada ketika ini - dua perangkap ini - bekerja tanpa korodinasi. Tapi hasil kerja dua tukang perangkap ini saling bantu membantu.

Amat jelas jaringan perangkap tempatan semakin melebar.  Buktinya terbonjol. Pada 28 Febuari 2018 Equanimity - kapal  mewah yang berharga 1 bilion ringgit milik Jho Low telah ditahan  di  Bali.

Pada 2 March 2018 Sang Menteri Kerouk telah berkata bahawa kapal ini bukan milik Jho Low. Apandi - Peguam Negara  juga secara ngok telah bersuara  menyatakan bahawa kapal ini bukan milik Malaysia. 

Suara-suara ini adalah suara ayam dan itik yang memakan dedak taburan Najib. Bila raga perangkap jatuh - Najib didalamnya -  saya amat yakin ayam jenis  Apandi  atau ayam jenis  Kerouk akan bertempiaran lari. 

Justeru pada ketika ini saya tidak ambil pot dengan ucapan ayam-ayam ini. Kokok mereka tidak saya dengari secara serious. Tak masuk ke telinga kiri dan tak masuk ke telinga kanan.

Kenyataan dari dua ekor ayam piliharaan Najib ini telah menjemput Rais Yatim dan Rafidah Aziz untuk bersuara. Mereka ini adalah bekas menteri kabinet Dr Mahathir. Apakah mereka kini bersimpati dengan perangkap   Mahathir untuk menangkap Najib? Soalan ini saya tidak dapat memberi jawapan secara tuntas. 

Tetapi apa yang jelas Rais Yatim dan Rafidah Aziz telah menunjukkan rasa mual dan bosan terhadap Najib dan ayam-ayam piliharaan Najib. Ayam jenis Fendi dan ayam jenis Kerouk ini dilihat telah cuba membodohkan Rais dan Rafidah. Dua-dua ini bekas menteri yang bukan kecik anak.

Rafidah dengan bangga telah memaparkan kesah bagaimana dia sendiri telah bertembung dengan kapal Jho Low di Selatan Siam ketika si Rafidah ini bercuti. Rafidah memaparkan gambar yang diambilnya sebagai bahan bukti.

Si Rafidah  menyoal - kalau saya  boleh jumpa kapal ini kenapa kerajaan Malaysia tak dapat cari?

Pertanyaan atau soalan dari Rafidah ini masuk akal. Telinga tebal Najib yang mendengar suara Rafidah ini pasti berdesing. Apakah Rafidah sudah belot? Walah hu alam.

Si Rais Yatim pula menerangkan melalui lojik akal bahawa kapal ini adalah milik Jho Low. Mengikut  lojik akal  - kalau kapal ini bukan milik Jho Low kenapa peguam Jho Low mengeluarkan kenyataan media menyatakan rasa kesal apabila Equanimity ditahan of DOJ - Jabatan Keadilan Amerika. 

Rais Yatim hairan kenapa peguam Jho Loh ‘terkentut’ kalau tahik kering  itu bukan dimiliki oleh anak guamnya? 

Dua ekor ayam - Kerouk dan Fendi - tidak berketak.

Tetiba saekor lagi ayam dari PDRM berkokok. Kali ini ayam serama jenis Fuzi Harun berkata bahawa Jho Low tidak  ada kaitan dengan 1MDB. Apa? Tidak ada kaitan dengan 1MDB? 

Apakah jenis dedak yang telah dimakan oleh ayam serama ini tidaklah dapat saya  ketahui. Apakah ayam ini telah makan dedak bercampur  syabu atau  dedak bercampur pil kuda? Walah hu alam bisawwab.

Rais Yatim merasa tidak puas hati kerana dibodohkan  oleh ayam-ayam Najib. Bekas Menteri Undang-undang ini ada  ijazah PHD ilmu hukum dari Universiti London bukan dari Universiti Sintok.  Si Rais ini pasti menyampah mendengar dan membaca kenyataan bangang dari ayam-ayam piliharaan Najib.

Lalu Rais - yang juga ahli United Malays National Organisation - melalui tweetnya pada 6 March telah memberitahu dunia terutama Bani Melayu bahawa kes 1MDB ini sedang berjalan dalam 8 buah negara.

Saya sebagai batu api dan tukang hasut mengambil kesempatan untuk menuliskan   nama negara-negara ini - Amerika, Switzerland, Luxembourg, Singapura , Hong  Kong, United Arab Emirates, United Kingdom, Thailand dan Australia dan Itali. 

Dalam setiap nama  negara yang saya  tulis ini ada  fail kes 1MDB dalam pelbagai bentuk. Ada negara yang mahu Najib disoal kerana Najib ialah kelapa taiko 1MDB.

Najib  TIDAK DICEKOP oleh Interpol, FBI atau CIA bukan kerana dia Pahlawan Bugis yang kebal. Atau kerana Najib ada jampi pendinding dari Pak Bomoh Kerala. Semua tidak betul. Najib belum kena gari kerana Najib masih lagi Perdana Menteri Malaysia. Khalas.

Wahai Bani Melayu. Wahai pengikut  Ayam Serama. Biar saya beritahu disini. Pada ketika ini empat sosok telah dimasukkan ke dalam penjara kerana terlibat dengan kerja jahat bersubahat mencuri duit 1MDB. 

Pada ketika  ini dua buah bank telah ditutup kerana terlibat dalam mengatur rompakan teratur  1MDB. Beberapa pegawai bank - gedebe bank antarabangsa - telah diberhentikan kerja.  Ada sosok yang diharamkan  hingga ke liang lahad untuk bekerja dalam hal ehwal bank kerana bersubahat merompak 1MDB. 

Hanya di Tanah Melayu Peguam Negara kita yang dilantik oleh Najib untuk  mengganti Ghani Patail telah berkata bahawa - di Malaysia TIDAK ada kes 1MDB. Kalau ini bukan menipu - ini bermakna Rosmah Mansor akan menggantikan Erra Fzira sebagai Duta Global Slim.

Umum tahu melalui membaca Sarawak Report bahawa Ghani Patail telah menyediakan kertas tuduhan terhadap Si  Najib apabila Ghani telah  dipaksa berhenti kerja atas sebab kesehatan. Umum juga tahu bahawa  Abu Kassim Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM telah dipaksa bercuti ke Amerika untuk dibetulkan buah pinggangnya. Amin

Jelas kelihatan perangkap tempatan telah menyedia suasana dan memberi pencerahan bahawa hari hari akhir Najib akan sampai.

Perangkap raga tempatan ini berkait rapat dengan sampainya PRU14. Pada ketika saya menulis ini laporan demi laporan telah menunjukkan bahawa Pakatan Harapan akan menang dalam PRU14 kecuali ditipu.

Pada 9 March 2018 - portal MalaysiaInsight telah melaporkan bahawa gedebe baru Felda - Shahril Samad - muka manis Felda yang menggantikan muka ketat Isa Samad akan menerima kekalahan  di Johor Bahru. Amin.
Laporan ini selari dengan berita Ombak Felda yang dikocak oleh Mahathir di Taib Andak, di Jengka dan paling akhir di Chini - kawasan mengundi Najib sendiri. Warga Felda mula sedar bahawa Lanun Bugis yang rajin menyamun ini sedang terkepong. 

Jika warga Felda dapat disedarkan, dapat diberi pencerahan  bahawa pada ketika ini Najib bukan hanya dikepong oleh raga tempatan. Warga Felda wajib diberi pencerahan bahawa Si Najib anak beranak ini sedang di kepong oleh FBI, CIA dan Interpol. James Bond Amerika sedang mencari Najib anak beranak dan Jho Low.

Ahli parti United Malays National Organisation wajib diberi kesedaran bagaimana Mahathir telah membuat 2 menara Petronas KLCC dengan belanja 2 bilion ringgit. Perlu diingatkan projek KLCC ini juga pernah ditentang dan dihebohkan sebagai membazir. 

Penganut mazhab Ketuanan Melayu wajib disedarkan bahawa Menara Petronas   berharga 2 bilion manakala sebuah kapal Equanimity milik Jho low harganya 1 bilion ringgit. Duit ini dicuri dari 1MDB oleh Jho Low  dengan kerjasama lanun Bugis.

Dengan satu bilion ringgit ini semua hutang Pak Cik dan Mak Cik Felda akan selesai. Dengan 1 bilion ringgit  semua hutang PTPTN akan langsai. Dengan satu bilion ringgit  semua ubatan dihospital boleh diberi percuma.

Kapal 1 bilion ringgit  ini ditahan dimana? Siapa menahan?

Kapal Jho Low ini sedang ditahan di pulau Bali Indonesia atas permintaan Amerika. Kapal ini ditahan dengan kerjasama polis Indonesia dengan CIA, FBI dan Interpol.

Bukankah Indonesia ini dibawah pimpinan Pak Jokowi? Bukankah Pak Jokowi seorang Muslim?  Kenapa Pak Jokowi bersubahat dengan FBI dan CIA? Kenapa Pak Jokowi tidak membantu Najib yang juga seorang pemimpin  Islam? Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45







---------------------

4 ulasan:

Hakimi Abdul Jabar berkata...

WHAT CARLO SOMMARUGA AND HIS FELLOW SWISS LEGISLATORS, MALAYSIAN & INTERNATIONAL NGOs, MALAYSIAN BAR , PAKATAN HARAPAN & INDIVIDUALS ARE DOING FOR THE WELFARE & WELL-BEING OF THE PEOPLE OF MALAYSIA

I'm a working professional who's having my breakfast. A carton of strawberry milk, a bowl of Nestle Whole Grain Honey Stars in a bowl of milk, Chinese Fried Rice, 2 fried eggs & Chinese fried churros (Yew Char Kuey) AND there are MANY CHILDREN in low-cost flats living in Kuala Lumpur, within easy proximity to amenities; yet, have less access to nutritious food etc.

Carlo Sommaruga,
https://www.reuters.com/article/us-swiss-1mdb/switzerland-faces-law-change-call-to-return-1mdb-profits-to-malaysia-idUSKCN1GP1VI

Children living in poverty: unseen, but among us

Higher child poverty and malnutrition rates in low-cost flats of KL, new UNICEF report

PUTRAJAYA, 26 February 2018 – A new study released today by UNICEF reveals higher levels of poverty and malnutrition among children living in low-cost housing in Kuala Lumpur, compared to the national average.

Commissioned by UNICEF, the study Children Without: A study of urban child poverty and deprivation in low-cost flats in Kuala Lumpur highlights how poverty impairs the opportunities of children living in low-cost flats in Kuala Lumpur to early education and makes them more vulnerable to malnourishment, with potentially damaging impact on their cognitive development.

The report indicates a 100 per cent rate of relative poverty amongst children living in low-cost flats in the nation’s capital.

Some of the main findings of this study include:

· Almost all children (99.7 per cent) in low-cost flats live in relative poverty and 7 per cent in absolute poverty;

· About 15 per cent of children below the age of five are underweight, almost two times higher compared to the KL average (8 per cent);

· About 22 per cent of the children are stunted, two times higher than the KL average;

· About 23 per cent of the children are either overweight or obese, six times higher compared to the KL average (4%);

· While almost all of the children aged 7 to 17 are in school, only 50% of 5 to 6 year olds attend pre-school compared to 92% of national enrolment in 2015

· About 1 in 3 households surveyed has no reading materials, for children aged below 18.

· About 4 in 10 households have no toys for the children aged below 5.

“Children in low-cost flats live in Kuala Lumpur, within easy proximity to amenities; yet, have less access to nutritious food, don’t go to pre-school, live in perceived unsafe areas and have less opportunity to learn and play than most other children in Malaysia. The reality is: poor children are among us but they often remain unseen. It’s clearly a data blind spot,” added Marianne Clark-Hattingh, UNICEF representative in Malaysia.

https://www.unicef.org/malaysia/media_urban_child_poverty.html

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah... ayat kau kat perenggan yg akhir tu mmg terbaik. Biar org bukak mata sikit; utk buat kerja2 murni menangkap penyangak MO1, tak salah kalau Pak Jokowi pemimpin Islam bekerjasama dgn FBI, CIA dan Interpol yg kafir harbi tuu. Malah dia dapat pahala sebab bantu kerja kerja tangkap penyangak.

Jangan jadi macam lebai Eddy Wang, habis dibongkar segala dalil nas dan hadis utk pertahankan penyangak MO1 melalui surat terbuka.. tup tup surat terbuka Eddy Wang cakap; itu semua campurtangan asing. kah kah kah kepala lancau lu laa lebai Marang.

Tanpa Nama berkata...

najib tewas maka tuan haji hadi pun tewas..

Tanpa Nama berkata...

Boleh jadi juga, ini adalah perangkap Jahid Komedi asal Ponorogo tu, kan tak jauh dari Bali? Kalau Tok Jib kantoi, jawa asal Ponorogo senang-senang terajang Tok Jib dan Ishamudin auw-auw isap aiskrim malaysia melopeh nak jadi MO1.