Ahad, 8 April 2018

YA AMPOOON YA MAULANA






YA

AMPOON


KENYATAAN MEDIA

Kenyataan  Anwar Ibrahim mengenai Keengganan UMNO Mengembalikan Perkenan DiRaja

Pada hari-hari terakhir Parlimen ke-13, Menteri UMNO Puan Hajjah Azalina Othman berkata bahawa pihak kerajaan tidak berniat mengembalikan keperluan perkenan Di-Raja Yang Di-Pertuan Agong sebelum sesebuah Rang Undang-Undang itu menjadi Akta. Beliau menyebut sedemikian dalam satu  jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Saya amat terkejut dengan pendirian UMNO dalam isu ini. Ia membuktikan bahawa dakwaan UMNO mempertahan Institusi Raja-Raja Melayu dan kepentingan orang Melayu hanyalah dakyah propaganda semata-mata untuk meraih sokongan orang Melayu terhadap UMNO-BN!

Berasaskan Perlembagaan sedia ada, Perkenan Di-Raja tidak mandatori. Ini telah mengakibatkan salah guna kuasa oleh kerajaan BN. Contoh paling teruk adalah pewartaan Akta Majlis Keselamatan Negara  (MKN) walaupun Majlis Raja-Raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang tersebut perlu diperhalusi. MKN telah diwartakan tanpa menerima perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Awal tahun ini, saya telah memfailkan tindakan mahkamah terhadap kerajaan di Mahkamah Persekutuan untuk memulangkan keperluan mandatori bagi Perkenan Di-Raja, dengan memansuhkan Fasal 66(4) Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan sesuatu RUU menjadi Akta secara otomatik selepas 30 hari, walaupun Yang Di-Pertuang Agong tidak memberi perkenan terhadap RUU tersebut.

Saya berasa jijik mendengar kemunafikan pihak yang berkata kononnya mereka lah yang mempertahan Institusi Raja-Raja, tetapi kerajaan UMNO-BN melalui peguam-peguamnya lah yang melawan habis-habisan tindakan mahkamah yang saya mulakan ini!

Perkenan Di-Raja amatlah penting dalam menjamin keseimbangan di antara pihak eksekutif, legislatif dan Raja-Raja dalam meluluskan undang-undang.

Sekali lagi saya tekankan pendirian dan komitmen Pakatan Harapan untuk mempertahan integriti Perlembagaan Persekutuan dan memelihara kedudukan Institusi Raja-Raja dalam kerangka perlembagaan kita.

Kerajaan Pakatan Harapan akan melihat kembali isu ini dengan niat meminda Perlembagaan demi mengembalikan keseimbangan keperlembagaan seperti yang diniatkan sewaktu Merdeka, dan demi mempertahan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Anwar Ibrahim
7 April 2018




YA

MAULANA



--------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anwar ni bekas TPM, mcmana dia boleh buat silap yg mangang mcm ni!? Bukan Puan Hajah laa woiii.. itu Tuan Haji Azalina Othman!!! Takde sapa2 tolong semak ke sebelum disiarkan?

Tanpa Nama berkata...

Dulu-dula siapa yang usulkan dan siapa yang menyokong supaya kuasa raja-raja dihadkan?