BACHOK
SEJARAH POLITIK
WahaI Pembacha TukarTiub yang budiman.
Bachok tempat Nik Abduh Nik Aziz berentap dengan Dr Awang Adek (BN) dan calon PH mempunyai sejarah yang menarek.
Tahun 1959 diwakili Al Marhum Dr Zulkifli Mohamad.Setelan Dr Zulkifli meninggal akibat kemalangan Ustaz Abu Bakar Hamzah ganti pada 1964.
Dari tahun 1969 1974 (PAS dalam BN) 1978 1982 dan 1986 diwakili Chegu Mat Zain orang lama PAS.
Pada tahun 1983 atas dasar setiakawan dengan Al Marhum Dato" Asri Hj Muda... Chegu Mat Zain masok HAMIM partai serpehan PAS yang kemudiannya diserap ke dalam UMNO/BN. Jadi bila Chegu Mat Zain bertanding tahun 1986 dia dibawah tiket BN.Pada waktu itu salah satu lagi serpehan PAS yakni Berjasa juga bersama BN dan dengan sokongan Berjasa beliau menang bawah BN.
Fakta yang manarek ia lah TGNA tinggalkan kawasan selamat di Pengkalan Chepa bertanding dengan sahabat karib nya Chegu Mat Zain pada tahun 1986. TGNA tewas tipis sebanyak 207 undi. Yang pelek sekali Chegu Mat Zain tak kempen. TGNA pun tak kempen. Dua insan mulia yang bersahabat dan seperjuangan.Saling hormat menghormati.Tak ada gamak nak kempen. Setiakawan dan akhrab sehingga matinya Chegu Mat Zain dahulu.
Saya terpanggil menghurai kan kesah indah ini kerana alangkah indah nya jika Adinda Nik Abduh reciprocate sikit sebanyak apa yang Kekanda Nik Omar telah buat.Kelembutan Nik Omar lek lek macham TGNA. Cinta setiakawan dan tauladan mulia Chegu Mat Zain dan TGNA perlu di chontohi. AlMarhum Ayahanda TGNA pun tidak kasar atau apatah putuskan siratul rahimnya kerana partai politik berlainan.
Samatelah laa Nik Omar dan Nik Abduh ni adek beradek,.Charek2 bulu ayam lama2 berchantum jua.
Good luck to Dr Awang Adek
------------------
1 ulasan:
last sekali good luck to awang adek tu yg win. huahahahah
Catat Ulasan