CUKONG BUAT
PERANGAI
MANA ILANG
HAMZAH
ZAINUDDIN
SURAT UNTUK BERSIH MALAYSIA
SKANDAL BANK RAKYAT?
Bank Rakyat adalah sebuah bank koperasi. Ianya telah berkembang maju dan mutakhir ini telah menjalankan aktiviti seperti bank-bank komersial. Keahliannya bukan saja kepada koperasi malah terbuka kepada orang ramai.
Prestasinya sentiasa meningkat dan memberi munafaat kepada pemegang-pemegang sahamnya. Setiap tahun Bank Rakyat Berjaya memberi bonus atau dividen kepada ahli-ahlinya. Pernah suatu masa Bank Rakyat berjaya memberi bonus dan dividen sebanyak 20%. Pada tahun ini Bank Rakyat telah memberi dividen sebanyak 16%. Suatu angka yang cukup memberangsangkan.
Dalam meningkatkan kemajuan serta mengefisenkannya, Bank Rakyat terpaksa menuruti kemajun-kemajuan yang dilakukan oleh bank-bank komersial. Antaranya membandingkan ‘ core banking ‘ yang dimilikinya. Bertolak dari premis inilah Bank Rakyat telah membuat keputusan untuk meningkatkannya.
Lantas Core Banking Replacement Project dilaksanakan. Dimana kos untuk projek ini melibatkan wang sebanyak RM 571 juta ( lima ratus tujuh puluh satu ). Satu angka yang cukup besar.
Projek ini dimenangi oleh syarikat SILVERLAKE INNOVATION PARTNER SDN BHD(SIPSB). Ianya anak syarikat kepada SILVERLAKE LIMITED, yang disenaraikan di Bursa Saham Singapura.
Difahamkan dari sumber yang boleh dipercayai kemenangan syarikat tersebut kerana campur tangan pihak yang berada di koridor kuasa. Antaranya adalah bekas Menteri KPDNKK ( Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan) iaitu Dato Seri Hamzah Zainuddin. Selain beliau turut terlibat ialah Dato Seri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak, adik mantan Perdana Menteri. Juga Tan Sri Dr Abdul Munir Abdul Majid.
Beberapa persoalan timbul berhubung kejayaan syarikat tersebut memenangi tender ini. Adakah kemenangan itu kerana semata-mata campur tangan kuasa politik? Adakah berlaku penyelewengan dalam menentukan keputusan tender tersebut? Adakah tangan-tangan tersebut membantu secara percuma? Adakah jumlah kos itu mengembung selepas memperhitungkan keperluan jasa orang yang membantu?
Sekiranya Silverlake Innovation Partner S/B sememangnya sebuah syarikat yang terbaik di dalam menyediakan system Core Banking, mengapa perlu adanya campur tangan kuasa politik? Jadi, adakah kemenangan syarikat tersebut bukan kerana ‘ merit ‘ tapi sebaliknya ?
Itulah persoalan-persoalan yang perlu diambil perhatian.
Difahamkan mantan Pengarah Urusan Bank Rakyat iaitu Dato Mustafha Abdul Razak diseret ke mahkamah ada hubungkait dengan projek di atas. Dikatakan beliau tidak mahu tunduk kepada tekanan dalam memutuskan tender tersebut. Akhirnya beliau diseret atas kes yang sangat kecil. Natijahnya beliau kehilangan jawatan Pengarah Urusan Bank Rakyat.
Hari ini Silverlake Limited melalui Silverlake Innovation Partner S/B menjadi sebuah syarikat yang berpengaruh di Bank Rakyat. Syarikat yang menentukan perlajalanan system core banking Bank Rakyat. Beberapa nama dari syarikat tersebut menjadi nama besar di Bank Rakyat. Antaranya pengasas dan tuan punya Silverlake Limited iaitu GOH PENG OOI. Namanya mengisi dada surat khabar The Star pada tahun lepas kerana permasalahan syarikatnya di Singapura.
Selain itu nama pengasas Silverlake Innovation Partner S/B iaitu Dato Chin Jit Pyng rakan kongsi Goh Peng OOi. Manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada SIPSB adalah anak kepada Chin Jit Pyng iaitu Chin Tzer Jinn. Difahamkan keluarga Chin telah bercuti ke Italy selepas memenangi tender tersebut. Manakala mantan Pengarah Urusan Bank Rakyat belayar di dalam kepayahan berpunca dari projek tersebut.
Kerajaan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan yang diharapkan dapat membersihkan segala salah laku yang menjadi amalan kerajaan BN. Sa.ma ada salah laku di dalam pentadbiran kerajaan, di dalam GLC atau swasta. Itulah harapan rakyat terhadap kerajaan PH. Sesuai dengan harapan baru dan Malaysia Baru.
Keyakinan rakyat terhadap kerajaan PH menjadi semakin menebal apabila SPRM berjaya menyelongkar kekotoran yang ditinggalkan oleh rejim lama. Satu demi satu didedahkan kepada masyarakat.
Menjadi tanda tanya kepada ahli-ahli Bank Rakyat adakah projek core banking bank ini akan berada di RADA SPRM? Atau sememangnya hal ini sudah berada di dalam senarai SPRM. Atau akan dimasukkan ke rada SPRM. Atau SPRM sedang menunggu repot yang akan dibuat oleh ahli-ahli Bank Rakyat. Repot yang akan menentukan kes Bank Rakyat ini berada di dalam rada SPRM.
------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan