Sabtu, 11 Ogos 2018

ANAK SEMUA GENDER






SALUT
Add caption
GARIS BARU

MALAYSIA BARU

Jangan diskriminasi golongan transgender

PUTRAJAYA - Golongan transgender meminta untuk tidak di diskrminasi masyarakat dan mendapat layanan saksama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata perkara berkenaan diluahkan Nisha Ayub, yang mewakili golongan transgender, pada pertemuan berlangsung di pejabat menteri berkenaan di sini hari ini.

Mujahid berkata pertemuan dijalankan susulan isu penurunan gambar Nisha yang dipamerkan pada Festival Georgetown di Pulau Pinang itu juga membuka ruang bagi pihaknya mendekati golongan berkenaan.

"Menurut Nisha, beliau tidak mengetahui gambarnya dipamerkan di Festival tersebut (sehinggalah perkara itu tular) dan beliau menegaskan beliau bukanlah daripada kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) atau aktivis malah tidak suka dilabelkan sebagai LGBT," katanya kepada media di sini hari ini.

Mujahid berkata pada pertemuan tersebut, Nisha menceritakan mengenai diskriminasi yang dihadapi golongan itu terutamanya ketika di kawasan awam dan tempat kerja.

"Golongan transgender tidak menuntut untuk perkahwinan sesama jenis, yang minta adalah LGBT...oleh itu kasihan kerana mereka ditindas di tempat kerja dan ketika ke klinik mereka tidak mendapat layanan sewajar yang akhirnya mereka tidak bekerja lalu terjebak menjadi pekerja seks," katanya.

Menteri hal ehwal agama itu berkata menurut kajian, 80 peratus golongan transgender terjebak dalam aktiviti pelacuran.

“Berikan mereka peluang kerana mereka juga warganegara, dan mereka mahu menyumbang dan menjadi sama seperti orang lain untuk pergi ke sekolah, mendapat akses sama rata terhadap kesihatan, bahkan untuk beribadah dan pergi ke mana-mana tempat awam,” katanya. -Bernama


ANAK SEMUA 

GENDER

ANAK SEMUA

BANGSA

BANGSA SEMUA

AGAMA

BERGUMBIRALAH

DALAM

MALAYSIA BARU


---------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Transgender ni apa dia? Transformasi gender ka? Ini mesti transformer punya Kerja... Transformer ni ada yg baik dan yg jahat..? Yang mana satu?