Selasa, 4 September 2018

CERITA ZAMAN MAT MONGOL





WOW
APA JADI

DENGAN LETUPAN

TALIPON?

Isteri CEO Cradle Fund direman 7 hari

PETALING JAYA: Samirah Muzaffar yang merupakan isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan direman 7 hari bagi membantu siasatan kematian suaminya pada Jun lalu, lapor Bernama.

Pada 6 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat mengesahkan kematian Nazrin diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta bedah siasat.

Nazrin, 47, maut dalam kebakaran di rumahnya di Petaling Jaya kira-kira 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu.

Cradle Fund Sdn Bhd dalam kenyataan ketika itu mengesahkan laporan bedah siasat menyimpulkan kematian Nazrin berpunca daripada komplikasi kecederaan akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatannya.

Cradle Fund adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia, dengan memberi pembiayaan awal kepada syarikat berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney.


INI CERITA

DEKETEKETIF

ZAMAN

MAT MONGOL

-------------------

Tiada ulasan: