Selasa, 9 Oktober 2018

ANAK ANAK ADAM


ANAK ANAK

ADAM 

Wahai Pembacha Tukartiub Yang Budiman

John Loudon McAdam (1756-1836) adalah warga Scotland yang menchipta kaedah pembenaan jalan moden...dari kaedah susunan batu mengikut saiz sampailah ke paras jalan berbanding paras tanah dsbnya.Tanpa John McAdam...maka tiadalah jalanraya saperti yang ada sekarang....dan mungkin juga tiadalah Demonstrasi Jalanan yang digemari Abang Isham kita.

Tujuan choretan ini adalah mendalami apa itu McAdam....kerana pernah di Scotland sebagai penuntut maka fahamlah saya sikit sikit bahawa dalam bahasa Gaelic.... "Mc"  itu membawa maksud  "Son of"....Hatta  McAdam itu  anak lelaki kepada Adam. Jadi di Scotland pun terima pakai istilah Anak Adam.

Di negara ini istilah Anak Adam dah lama di pakai.Semua dah sedia ma' alom akan istilah Anak Adam. Namun dalam semua anak anak Adam di bumi bertuah inii yang tersohor buat masa ini ia lah  Lokman bin Adam. Sekitar  30 tahun yang lampau yang tersohor ada lah Prebet Adam.

Kembali ke nama Lokman...sudah tentu nama ni ambik berkat dari Surah Luqman yang mengesahkan pesanan pesanan Luqman kepada anaknya. Nasehat kepada anaknya...saperti jangan menyembah selain dari Allah..berbuat baik kepada ibubapa...di mulai dengan  Ya  Bunnaya...atau  Wahai Anak Ku.

Ada juga ahli bahasa yang mendakwa Ya Bunnaya itu pun membawa maksud Wahai Anak Lelaki Ku.Jika benar sedemikian maka tak ubah macham "Mc" yang membawa maksud "Son of"" saperti yang diterangkan di atas.

Ramai juga yang ambil nama Luqman Hakim...yakni hikmah hikmah atau kebijaksanaan (ya Hakim) dalam nasehat nasehat yang terkandong dalam Surah Luqman.

Akhir kalam di atas kebijaksanaan Luqman yang dichoret di atas, semoga  saudara  Lokman bin Adam juga beroleh petunjok dan hidayah dan didoakan agar beliau di lindongi dari anasir anasir subversif yang choba  mempersekutu dan MENGahmadmaslanKAN beliau.

Berhenti lah kutok Lokman bin Adam......THERE IS ONLY ONE AHMAD  MASLAN.Tiada tolok bandingnya.

KAH KAH KAH





-----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

https://www.malaysiakini.com/news/446640

Rasuah???

Tanpa Nama berkata...

lokman.. dlm bahasa batak lock man. tukang kunci. tp terkunci diri sendiri. ahmadmaslan unggul tiada duanya. lokman tunggul..ada byk merata2 blh dijumpai.

Tanpa Nama berkata...

Kes baruah terbaru pengganti JJ nama glamour Jamal Fishburn tuh timbul banyak tanda tanya...satu daripada nya :

LOK MANA DAM? Sebab tuh apabila menyusun nama mesti diikat niat maka jadi lah orang baik baik in sya Allah jadi LOKMAN ADAM...tak gitu?

Tanya jer ok? Yok kita main dam!