Rabu, 17 Oktober 2018

MERAKAM SEJARAH - KONSPIRASI MEDIA BARAT



MERAKAM SEJARAH

KONSPIRASI MEDIA BARAT

Anak semua bangsa akan bertanya apakah ada konspirasi dari luar untuk menjatuhkan Najib dan United Malays National Organisation pada 9 Mei 2018 dahulu. Jawapan saya senang sahaja. Betul ada. Memang ada konspirasi luar.
Jawapan saya ini  bukan kerana saya memiliki jaringan risikan yang kompak. Atau saya memiliki hubungan rapat dengan jaringan  intel. Tidak. Saya tidak memiliki semua ini.

Jika tidak memiliki hubungan intel bagaimana saya bagitu yakin tentang wujudnya  konspirasi luar yang berkerja untuk menjatuhkan Najib?

Saya berani berkata dan mengeluarkan pandangan sademikian hanya dengan keupayaan mengumpul dan memeta bahan dan maklumat terbuka. Dalam istilah intel ini dinamakan risikan ‘open source’. 

Risikan jenis ini mewajibkan seseorang mengumpul dan mengarkibkan semua berita yang bersangkutan. Kemudian dibuat garis masa untuk menganalisa tanda dan makna dari berita ini. Juga menganalisa secara teperinci  apa yang tersurat dan apa yang tersirat dari berita ini.  

Sabenarnya intel ‘open source’ ini amat mudah. Kita tidak perlu badan risikan resmi. Tidak perlu kaki tangan dan tali barut. Tidak perlu mengintip e-mail, mencuri dengar panggilan talipon atau mencuri rakam video  di bilik tidur atau bilik hotel. Yang diperlukan hanyalah keupayaan  fikrah menganalisa bahan-bahan yang dapat dibaca dari media secara terbuka. Inilah asas intel saya.

Apakah ini bermakna kemenangan 9 Mei 2018 tidak berjaya  jika tidak ada bantuan luar. Tidak. Jangan silap faham. Kemenangan 9 Mei 2018 itu adalah kemenangan anak semua bangsa warga Malaysia melawan kejahatan Najib dan kuncu-kuncunya.  Sama ada bantuan luar ada atau tidak ada bukan satu yang penting.  

Bantuan media luar ini menambah meriah suasana pesta menjatuhkan Najib. Hakikatnya jika anak semua  bangsa enggan  turun ke jalan raya menyokong Bersih, Najib tidak akan jatuh.  Jika anak -anak muda  enggan berdemo - Tangkap Mo1 - maka hari ini Najib dan Rosmah masih berkuasa. 

Senapang dan meriam ditangan kita. Media luar hanya memberi laporan membantu mencerahkan suasana.  Media luar hanya melapor tembakan dan ledakan. Membantu menyakin mereka yang masih ragu-ragu terhadap Najib.

Jika anak semua bangsa tidak mahu menjatuhkan Najib maka Najib dan Rosmah masih lagi diatas tahtha. Media luar atau kuasa luar boleh menjerit terpekik terlolong - satu habuk tidak kan berubah.

Contoh terbaik ialah Syria. Kuasa Zionis- Anglo-Amerika-Wahabi telah cuba menjatuhkan Bashar tapi semua gagal.  Senjata dari Amerika yang dibeli melalui  riyal Saudi dihantar kepada pengganas untuk menyerang Syria. Gagal.  Ini kerana rakyat Syria masih menyokong teguh kerajaan Bashar.

Justeru sebelum parlimen dibubar  saya  amat yakin bahawa Najib dan United Malays National Organisation akan dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah. Keyakinan saya berganda-ganda lebih tinggi dan lebih kukuh dari Wisma Yakin di Jalan Masjid India.

Keyakinan ini berasakan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan. Ombak ampoh  kebencian orang ramai  terhadap Najib dan Rosmah cukup jelas. Semua ini disahehkan dan diafdalkan oleh laporan media barat.

Kenapa percaya kepada media barat? Bagaimana pula dengan media tempatan?

Media tempatan dari zaman Mahathir berkuasa terutama salepas 1998 telah tidak diyakini  orang ramai.  Rakyat Malaysia anak semua bangsa lebih percaya kepada apa sahaja yang dilapor oleh media barat.

Laporan berita  media luar yang dinafikan oleh Menteri atau oleh Jabatan Perdana Menteri akan dilihat sebagai lawak. Malah Rosmah sendiri  terpaksa memakai Pembantu Khas yang kerjanya hanya menafikan segala betuk berita tentang dirinya. 

Sabenarnya tekanan yang dilakukan keatas media tempatan ini bukan satu yang buruk.  Dalam masa jangka panjang ianya membantu orang ramai untuk tidak lagi percaya kepada laporan Utusan, Bernama, Tv4, RTM atau The Star. Amin.

Apabila pada 8 Febuari The New York Times (NYT) meledakan berita Jho Low dan 1MDB ini adalah tanda permulaan serangan media barat terhadap Najib. 

Saperti yang telah saya rakamkan dahulu akhbar NYT ini adalah akhbar  arkib berita untuk Central Intelligence Agency (CIA). Faham-fahamlah maknanya. 

Wajib diingat juga akhbar-akhbar dimana sahaja dalam dunia ini memiliki garis politik dan pandangan dunia. Selain dari tuan pemilik akhbar  dan pemegang  saham  akhbar dan media ini juga mewakili kepentingan  kumpulan pembaca.

The Washington Post - memberi garis kumpulan liberal Amerika. The Wall Street Journal pembacanya terdiri dari kaum  pemodal, peniaga dan kaum kapitalis. Press Tv - mewaikili Iran. RT pula adalah stesen milik kerajaan Rusia. BBC   menjana kepentingan British. Bagitu juga Al-Jazeerra.

Ini sama saperti Roket menjana pandangan DAP. Suara Keadilan adalah suara PKR. Malaysian Dateline adalah suara Amanah.  Ini bukan satu kesalahan atau penghinanan. Ini hakikat bagaimana  media bergerak.

Hakikatnya walau pun media ini mendabik dada mengatakan bahawa mereka  hanya membuat membuat laporan apa yang berlaku. Ini tidak benar seratus peratus. Media juga  menggariskan politik dan pandangan dunia.

Dalam kes konspirasi menjatuhkan Najib peranan media luar jelas sekali. Sesudah laporan NYT muncul pada  8 Febuarari 2015 dunia  digemparkan dengan kenyatan  Jabatan Keadilan Amerika (JKA). Pada 20 Julai 2016 Peguam Negara  Amerika Puan Loretta Lynch yang diapit oleh Timbalan Ketua FBI telah mengumumkan kepada dunia bahawa JKA sedang menjalankan siasatan keatas 1MDB. 

Dari laporan bertulis JKA muncul apa yang diketahui umum sebagai MO1 - Malaysian Officil One. Satu dunia tahu sosok ini adalah Najib isteri…opsss.. suami kepada Rosmah Mansor.

Untuk saya pada 20 Julai 2016 Puan Loretta Lynch telah mengumum hukum gantung sampai mati kepada Najib dan Rosmah. Penggunaan MO1 itu hanyalah bahasa diplomatik yang bersopan. Mustahil dunia tidak faham siapa itu MO1. Amin.

Satu minggu sesudah kenyataan JKA - pada 28 Julai 2016  The Guardian dari London membuat - The Long Read. The Guardian adalah akhbar rujukan kelas  menengah kiri dan kaum liberal  berbahasa Inggeris sedunia. Dengan The Long Read ini sekali lagi Najib ditibai kau kau.

Akhirnya dilaporkan bahawa ada 66 media dunia luar telah melaporkan tentag Najib, Rosmah, Jho Low, Riza dan 1MDB. Yang tidak melaporkan secara tuntas tentang rompakan  1MDB ini ialah The Star, The Sun, Utusan, Berita Harian, New Straits Time, Nanyang, Sin Chew, Oriental Daily, Tamil Nesan, TV3, RTM , BFM dan dan.. semua media dan tv Malaysia. 

Tanpa laporan media temptan tidak sadikit pun menggangu perjalanan  projek menerajang Najib. 

Buktinya - pada 10 March 2018 - dua bulan sebelum PRU14 dijalankan satu ledakan ‘BOM NUKLEAR’  telah berlaku. Majalah The Economist dari kota London telah mengeluarkan lidah pengarang bertajuk : Malaysia’s PM is about to steal an election - Perdana Menteri Malaysia merancang untuk menipu pilihanraya. Dibawah tajuk berita  ini adalah tertulis - American Officilas says he already stole millions from taxpayer - Pegawai Amerika berkata Najib telah mencuri berjuta juta duit cukai orang ramai. Khalas.


Kalau Puan Loretta Lynch mengumumkan hukuman gantung untuk Najib dan Rosmah. Kini lidah pengarang majalah Economist telah memberikana tarikh bila Najib  dan Rosmah akan digantung.

Biar saya berlaku jujur. Apabila saya terbaca sahaja isi lidah pengarang The Economist ini - saya melonjak-melonjak ketawa.  Saya dengan cepat menulis dalam blog Tukar Tiub untuk memberi penjelasan apa makna lidah pengarang The Economist ini.

The Economist mewakili kepentinagn kaum pemodal multi nasional  Anglo-American. Dari tajuk berita itu kita telah tahu bahawa ini adalah tanda isharat kepada semua kaum kapitalis dan kaum pemodal sedunia untuk sama berusaha menjatuhkan Najib dan Rosmah.

Lidah pengarang ini meminta agar semua kaum pemodal dunia menolak Najib. Sistem ekonomi kapitalis tidak mahu  lagi bersubahat dengan Najib.

Kepada saya lidah pengarang The Economist adalah hadis saheh untuk kaum kapitalis. Kalau dalam Islam ini adalah hadis  dari Al-Bukhari.  Untuk kaum Marxist-Leninist  ini adalah garis politik dari The Third International. Untuk kaum kiri Trotskyite ini adalah garis arahan dari The Fourth International.Tidak ada tanda yang jelas dari ini. Amin.

Mungkin ada lagi yang kurang yakin dari apa yang saya rakamkan ini. Untuk mensahehkan risikan ‘open source’ saya sila lihat klip video ucapan Mr Daniel Twinning Presiden The International Republican Institute (IRI). Klip ini mucul dalam laman IRI pada 6 Ogos 2018. Pengarah IRI ini berbangga dengan peranan IRI membantu projek menerajang  Najib.

‘ Malaysia for 61 years , one party governed this country, since it became independent….. So IRI - we have worked with Opposition political parties since 2002…...

Timbul persolan kurun ini - kenapa kaum kapitalis mahu Najib dilupuskan? 

Jawabnya cukup senang. Kaum kapitalis  sedang membuat perniagaan satay kijang  untuk  dijual ke negara Arab. Tetiba si Najib ini menggunakan daging babi yang lebih murah untuk pasaran  yang sama.

Sayugia diingatkan bahawa kuam kapitalis juga memiliki rukun iman. Melamine dijual sebagai tepong susu kanak-kanak hanya berlaku di China. Beer bercampur racun dan membawa maut hanya berlaku di Malaysia. Apa boleh jual  akan dijual - apa boleh dibeli akan dibeli adalah rukun  iman kaum  kapitalis  dunia ketiga.

Selian dari media luar siapa lagi yang sama membantu dan merayakan kejatuhan Najib. Ada. Watak ini amat-amat penting. Siapa watak ini? Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



---------------------

1 ulasan:

Nole berkata...

Presiden IRI, hang jgn nak dok kalut. Ko ingat kami nak terima kaseh pd ko. Ko x membantu sehabok apa.pon. jika ada pun, sehalus sperm pun kami x nmpk. Hang mungkin ada tlg DAP. Tp malangnya, PRU2004 menang besar mr clean tidur nyenyak. PRU2008, hang ada tlg bersih,tp kematangan kami melampaui bantuan hang tu naa. Masa tu, info smua dekat handfone. Segala berita negara di google nya. 2013, undi popular. Gua boleh ckp ini hasil kerja padu pakatan, 1 hari 20 program. 2018, rakyat benar² ngak bole tahan lagi dong sama najib n rosmah. Benar2 menggelegak tgk perangai gangster BN. Phuiii! Hang jgn nak merepublikkan malaysia haa. Hang kalau nk jgk, hang kena berhadapan pahlawan panglima pejuang raja2 kami, iaitu Sdr. Isyam Rais, yg kekal konsisten mempertahankan kedaulatan raja2.