Rabu, 28 November 2018

DASAR TEPAT







SOKONG

SEMUA WAJIB

SOKONG

 

Pasar raya besar tidak dibenar beoperasi di pedalaman
 
Kerajaan tidak akan membenarkan pasar raya besar beroperasi di kawasan pinggir bandar dan pedalaman, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  Saifuddin Nasution Ismail.
 
Beliau berkata ia bagi membantu kelangsungan perniagaan kedai runcit kecil yang beroperasi di kawasan-kawasan tersebut.
 
Pada masa ini, beliau berkata pasar raya besar menguasai 65 peratus daripada pasaran runcit dalam negara manakala 35 peratus lagi dipunyai kedai-kedai runcit kecil.
 
“Pasar raya besar sangat mengharapkan kerajaan membuka halangan supaya mereka juga boleh beroperasi di kawasan pedalaman. Itu kita tidak benarkan kerana ia akan menyebabkan industri runcit kecil terjejas,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi KPDNHEP di Dewan Rakyat malam ini
 
DASAR TEPAT

DASAR PRO

RAKYAT


---------------

2 ulasan:

azam berkata...

Apa yang pro rakyatnya?
Pasaraya jual murah.
Kedai runcit tak ambil pekerja, mereka anak beranak je yang kerja.
Boleh juga orang kampung kerja di pasaraya.

DIDI KOTA BELUD berkata...

Apa kau... Tesco ada eskalator panjang ooo. . Rasa elegent kalau berdiri ianya bergerak... Mcm langsiur bergerak rasanya. .. Kakakakakkkkaka