Rabu, 23 Januari 2019

WARTAWAN DAN MALAYSIA BARU









WARTAWAN DAN

MALAYSIA BARU


‘ Maaf ya Datuk, maaf Datuk Seri,  maaf Tun …boleh tanya… nak tanya sikit … jangan marah Datuk.. minta maaf.. nak tanya sikit… jangan marah...Ni tentang… nak minta komen tentang….’

Ini cara Hishamuddin Rais mengambarkan  para wartawan Malaysia.  Dailok ini adalah hasil pemerhatian. Dailok ini adalah juga  pengumpulan pengalaman saya  apabila berhadapan dengan wartawan dan pemberita bergenre Malaysia a.k.a genre bodek.

Semenjak tahun 1971 - saya telah berhadapan dengan media. Ini ketika saya mula terlibat dalam gerakan pelajar.  Pada ketika itu saya tidak berapa faham sangat akan peranan wartawan dan pemberita.  Tapi pada tahun 2019 - saya berani mengeluarkan dailok - hampeh - diatas. Ini untuk menerangkan apakah makna genre bodek dalam kewartawan  bergenre Malaysia.

Pernah saya mendengar satu surah klasik tentang wartawan Malaysia. Surah ini disampaikan kepada saya  oleh seorang bekas wartawan NST  ( New Straits Times) yang akhirnya kami sama-sama bekerja di BBC London.

Surah ini bermula dengan lawatan Tina Turner penyanyi dari Amerika. Tina Turner telah sampai ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada 25 Febuari 1988. 

Ketika sampai di lapangan terbang Subang Ratu Rock n Roll dan Raja Rhytm ini telah diserbu oleh pengamal media. Satu sidang akhbar telah diadakan. Jurugambar dan perakam berita dari stesen Tv juga sibuk. Semua ingin mendapat berita tentang Ratu Rock ini.

Dengan rambut  Afro mengerbang dan kasut tinggi tumitnya  Tina Turner telah bersedia  untuk  menjawab  apa sahaja soalan dari wartawan. Sidang akhbar ini juga bertujuan untuk membuat  promosi jualan tiket. 

‘ Miss Tina… I am Chin Ling ( bukan nama sebenar) from Female magazine. The leading fashion and beauty magazine in Malaysia… 

‘ Yes.. what is your question darling… Sampok Tina.

‘ Miss Tina.. may I know when do you start singing….’

Tina Turner menarik badan kebelakang. Dia tergamam. Semua wartawan Malaysia tak faham apa yang sedang berlaku. Untuk beberapa ketika semua senyap menunggu jawapan dari Miss Tina.

‘ Darling… go and read my book... Read it…before you come here….’ Jawapan  Miss Tina mungkin masih tidak difahami oleh  ramai para  wartawan dan pemberita  bergenre bodek hingga ke hari ini.

Saya sendiri pun mengalami pekara yang sama. Pada tahun 1994 satelah dua puluh tahun  berkelana saya pulang ke Malaysia. Tiga hari sesudah sampai ke Jelebu saya telah ditahan dibawa ISA - Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dua minggu kemudian saya telah dibebaskan.

Dua hari satelah dibebaskan  saya telah mengadakan sidang akhbar  di Pejabat Datuk Zaid Hamidi - kawan lama saya.  Ramai pengamal media yang datang ke sidang akhbar ini.

Tetiba ada seorang wartawan entah dari akhbar mana dengan bangga bangun bertanya.

‘ Inchek Hishamuddin apa sabenarnya berlaku pada tahun  1974…..’

Saya pandang muka Mamat ini. Saya teringat surah Tina Turner yang telah  saya dengar awal di London sebelum saya pulang ke Malaysia. Saya nak ketawa salah. Saya nak menangis pun salah. Nak ber’darling’ macam Miss Tina dengan Mamat ini nanti disalah tafsir pula.

Nasib baik ketika itu ada kawan lama dari Universiti Malaya. Lalu saya minta kawan lama saya tarik keluar Mamat Pemberita ini dan beri dia kuliah  tentang perjuangan petani dan penoreh getah di Baling pada tahun 1974.

Demi Zeus saya tidak faham kenapa si Mamat Pemberita ini dihantar menemu bual saya tanpa si Mamat  ini mengetahui latar belakang perjuangan warga miskin Baling 1974.

Hari ini dengan adanya internet mustahil tidak dapat dibaca kembali babak sejarah 1974. Mustahil tidak dapat diketahui bila dan dimana Tina Turner mula menyanyi. Jika masih  ada pemberita atau wartawan  yang datang tanpa mengetahui latar belakang apa yang ingin disidang akhbarkan  maka saya akan sumbat talipon bimbit Nokia saya ke mulut wartawan ini. Amin.

Wajib diberita tahu disini bahawa kerja sebagai pemberita dan wartawan ini adalah tugas yang maha suci. Satu pekerjaan yang amat-amat dihormati. 

Apakah para wartawan dan pemberita genre Malaysia  tidak sedar  bahawa semua mereka ini digulungkan ke dalam   - the fourth estate. Atau  perkataan  ‘estate’ ini hanya memberi kefahaman kepada mereka sebagai tanah yang bersangutan dengan kebun getah.

Astaga. Demi Zeus saya beharap mereka akan sedar makna estate ini. 

Untuk memahami konsep estate ini mari kita kembali ke zaman sebelum Revolusi Peranchis 1789. Ini dizaman  Czar, Emperor, Sultan dan Raja memerentah ikut suka hati. Masyarakat  dibahagi kepada tiga kumpulan atau estate. Estate pertama kuam Agamawan. Estate kedua kaum Bangsawan. Estate ketiga ialah Rakyat Jelata.

Satelah dipenggal  kepala Louis ke 16 maka di Parlimen United Kingdom muncul konsep  - the fourth estate. Ini untuk memberi penghormataan  kepada para wartawan dan pemberita  yang melaporkan apa yang berlaku di Parlimen.

Malah dalam konteks  moden pemberita dan wartawan memainkan peranan yang amat-amat penting. Tanpa mereka tamadun moden jadi kucar kacir.

Utusan Melayu sebelum menjadi akhbar ‘kaki bodek ‘ milik United Malays National Organisation telah memainkan peranan yang amat penting dalam mengaris  dan melaungkan ombak MERDEKA kepada Bani Melayu. 

Tanpa Utusan Melayu adalah mustahil untuk Bani Melayu diberi kefahamam tentang garis  politik  Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang menuntut Merdeka. Atau garis perjuangan radikal  Angkatan Pemuda Insaf  (API) yang bersedia mengangkat senjata melawan Inggeris. 

Malah para nasionalis awal Melayu semuanya berpayung dibawa Utusan atau terlibat dalam bidang kewartawan atau penulisan. 

Wajib dirakam untuk sejarah bahawa kader bawah tanah PKM ( Parti Komunis Mlaaya) yang mengajukan konsep  Barisan Nasional dan membuat hubungan diplomatik dengan China Merah ialah seorang wartawan bernama Samad Ismail. Dia juga penulis ucapan dan penaseht Perdana Menteri Razak Husin hingga ditahan dibawah ISA pada thaun 1976.

Kemenangan rakyat pada 9 Mei 2018 pasti telah memeranjatkan ramai para wartawan dan pemberita yang dibaluti oleh budaya bodek.

Saya berani berkata sademikain kerana saya amat yakin budaya bodek  ini amat tebal dikalangan para wartawan dan pengamal media di Malaysia ketika ini.

Kalau dulu mereka membodek Najib. Kalau dulu mereka  membodek Rosmah . Kalau dulu mereka membodek Zahid Hamidi tup tup tup  pada 10 Mei 2018 mereka mula beralih kiblat. Kini mereka  membodek  Mahathir. Mula membodek  Azmin Ali. Mula membodek Lim Guan Eng.  

Dalam sakelip mata mereka berubah tuan. Hakikatnya budaya bodek amat amat tebal dalam rangka dan nafas para wartawan dan pengalam media Malaysia. Untuk saya ini amat bahaya. Pada hemat saya ini perosak agenda perubahan.

Saya tidak mahu mereka membodek. Saya tidak mahu mereka menyokong Pakatan Harapan. Atau membenci Barisan Nasional. Parti mana yang mereka sokong itu hak mereka. Apa  yang saya mahu ialah mereka menjadi wartawan, pemberita dan pengamal media yang jujur dan tulin. Bukan Mat Bodek atau Minah bodek.
Hentikan perangai bodek. Perangai bodek inilah yang telah membawa kemusnahan kepada Tanah Melayu selama ini. Perangai bodek ini telah menjadikan United Malays National Organisation beraja dihati dan bersultan dimata selama 60 tahun. 

Perangai bodek inilah yang membuatkan bertan-tan pasir dijual ke Singapura  walau pun dilarang. Perangai bodek inilah yang menjadikan Rosmah terkinjak-kinjak sebagai First Lady of Malaysia sambil merembat harta negara. Perangai bodek inilah yang memboleh  Jho Low menipu dan mengsonglap duit rakyat berbilion ringgit.

Hentikan budaya -  ‘ Maaf Datuk… Maaf Tan Seri.. Maaaf Datuk Serii.. Maaf Tun… nak tanya sikit jangan marah….’

Woit. Tugas kamu sebagai wartawan dan pemberita bukan sebagai  peminta maaf.

Tugas sebagai wartawan ialah mencari kebenaran. Menulis  kebenaran. Melapor kebenaran. Wartawan bukan ajen kerajaan Pakatan Harapan. Atau ajen kerajaan Barisan Nasional.  Wartawan bukan ajen kepada kuasa. Wartawan  ialah  ajen rakyat. Kepada orang ramai para wartawan bertanggung jawab. Piagam ini wajib difahami.

Rakan sejawat  kamu ialah Pak Sako, Ahmad Boestamam, Rahim Kajai, Samad Ismail, Tongkat Waran, Carl Bernstein, Bob Woodward, Saymour Hersh,  dan John Pilger. Kamu juga wajib mengingati  arwah Jamal Khashoggi yang disalib oleh  Muhamad bin Salman Putra Raja Saudi. 

Dan paling terkini kawan kamu  yang wajib dijadikan contoh ialah Julian Assange. Anak muda kelahiran Australia ini sedang terperangkap  di Kedutaan Ecuador London untuk tahun ke enam. Sosok ini adalah pemula WikiLeaks  - kewartawan zamam internet dn digital.

Kamu wajib juga mengenali Jeremy Hammond pemecah berita yang kini merengkok dalam penjara di  Milan Michigan Amerika. Jeremy ditahan semenjak bulan March 2012.

Jika nama nama ini amat asing bagi kamu ertinya mas telah sampai masa untuk kamu mula membaca dan mengkaji apa itu kewartawaan. Jika tidak kamu akan terus tenggelam dalam budaya bodek.

Kewartawan ialah perjuangan. Berjuang untuk menegakkan keadilan. Berjuang untuk kebenaran. Bukan untuk membodek.

Cuba mulakan budaya baru. Sila tanya Mat Sabu. Sila tanya Anwar Ibrahim. Sila tanya Mazlee Menteri Pendidikan.

‘Abang Mat.. kenduri kahwin anak Abang Mat baru selesai. Ini kenduri besar. Abang Mat baru sahaja menjadi Menteri. Adakah kenduri mewah ini ditaja oleh Towkay senjata?’

‘ Saudara Anwar.. ketika Pilihan Raya Kecil di Port Dickson dulu ada dilaporkan saorang kepala samseng yang bernama Tee Yam @ Koo Tee Kam datang menyambut saudara untuk jamuan makan malam. Apakah jamuan ini ditaja oleh kepala samseng ini? Apa hubungan saudara dengan kepala samseng ini?

‘ Salam mualiakum Ya Aki  Mazlee mana lebih penting menghapus Akta Universiti dan mengembalikan hak pelajar untuk berpesatuan saperti tahun 60’an dan 70’an dari  mengubah warna kasut sekolah.  Apakah ada syarikat kasut yang mencadangkan kepada saudara perubahan ini.’
Jika soalan-soalan berbentuk ini terus keluar dari mulut wartawan da pemberita Malaysia, saya yakin masa depan Malaysia  akan cemerlang.

Tetapi jika  budaya … maaf Datuk… maaf Tan Seri.. maaf Datin Seri…diteruskan maka masa depan Malaysia Baru akan terus gelap. (tt)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



---------------------

8 ulasan:

Unknown berkata...

"Maaf ya Isham, nak minta tolong sikit".hahahah.. Alangkah molek kalau blog ini di strukturkan kepada 2 bahagian utama. Satu tulisan TT dan satunya lagi pengomenan orang sejagat. Aku kekadang bosan baca pengomenan sejagat. Hanya tetarik kepada penulisan sebegini. Muahah

Nazrio berkata...

uLat2 tahiK d bungkus KepaLa Dan Mata... Dia tetap akan merayap ke Lobang tahiK... KERANA itu Laaa SYORGA nya

Asrul Sani berkata...

Maaf Tuan TT nak minta lalu dan tumpang tanya...harap Tuan TT tidak marah...

Apa ke jadahnya TT engkau ni sikit-sikit sumpah atas nama Demi Zeus sikit sikit Demi Zeus. Apa tak ada nama lain ka bersifat tempatan seperti Demi Chief Lebai haji Hadi atau Demi King of Troll Najib the Pirate or at least demi Ahmad maslan...atau nak glamour lagi demi Lokman Adam...pirahhh tanya macam tu pun nak marah ka...!

Tanpa Nama berkata...

Mintak maaf TT. Tumpang lalu te. Anak cucu nak bertanya ni. Jangan marah ye TT. Soalan saya ialah, nampak TT, nampak ular, sapa dulu yang kita nak katok kepala dia?

Sekian soalan saya TT. Mintak maaf. Mohon lalu. Mohon beri laluan. Terima kasih.. .

hamim berkata...

Ini baru cara yang betul, tanya soalan secara terus terang, jangan pusing kiri pusing kanan , lepas tu mistilah tulis berita yang betul, kalau dia masih menyontot, tulis dia tu masih menyontot, jangan buat fitnah, selamat dunia akhirat.

musulman berkata...

Hawau ko Isham..ko kenakan ramai newsman(pemberita) drp Utusan & NST,akhbar2 Cina
& tamil eh!
anyway aku setuju dgn ko>>> 'young reporters bila tanya kpd politicians soalan
eg to Tun Dr.M,Sdr Anwar,Menteri2,parti OPPOS leaders,Polis etc...ditanyakan
Soalan2 bodoh!
soalan2 yg tak guna Akal...eg sep.soalan kpd Tina Turner yg dinyatakan...
CHEERS mate!

Unknown berkata...

Tina turner

pajam berkata...

Demi Zeus, demi Zeud. Kau dah murtad ko