Khamis, 21 Mac 2019

LELAKI PUN KENA BULI










LELAKI PUN 

KENA BULI

TAK CAYA  TANYA

HAJI NAJIB


JKM: Lebih 50 lelaki jadi mangsa keganasan rumah tangga


KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sejumlah 56 lelaki menjadi mangsa keganasan rumah tangga dari Jun 2017 hingga Jun tahun lepas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata jumlah itu merupakan 5.4% daripada keseluruhan kes iaitu sebanyak 1,037 kes.

Beliau berkata daripada keseluruhan kes itu, ia antaranya melibatkan 484 kes mencederakan mangsa secara fizikal dan 401 kes sengaja meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan.

“Manakala sebanyak 69 kes adalah penderaan secara psikologi dan emosi serta melakukan khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan dan kegusaran sebanyak 30 kes,” katanya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) yang ingin tahu jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada JKM bagi tempoh 2017 hingga kini.

Yeoh berkata kementerian melakukan pindaan berkenaan Akta Keganasan Rumah Tangga dan mempertingkatkan lagi usaha memberikan perlindungan kepada mangsa dengan cara memberi perintah perlindungan sementara, memindahkan mangsa supaya tinggal berasingan atau kembali ke rumah ibu bapa dan saudara-mara.

APA HUKUM

KENA NASI 

KANGKANG

DAN MINUM

AIR MANDRAM

BUATAN BOMOH

KERALA

SAJE TANYA

KALAU KALAU

NAJIB TAHU

KAH KAH KAH



-----------------

Tiada ulasan: